Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, August 19, 2011

Orang Dah Bagi Tu Ambik Jelah!

0 comments
Hari ni ada posmen baling surat landing betul2 kat sebelah ampai baju. Bila ummi check, rupanya surat untuk ummi.

Bila ummi bukak, ni saje isinya. Clean and Clear punya pencuci muka. Dia tulis kat situ "clear fairness cleanser with gentle whitening beads instantly brighten skin".Takde surat, takde memo dalamnya. Sapa yang kasi? Hmm...ambik jelah. Adalah tu kot2 ummi ada sign up kat mana2 promotion kan? Ummi ni kan pantang nampak benda free kat internet, laju je jari ummi ni mengisi form.


Produk ini akan disedekahkan kepada abah. Semoga dengan sedekah jariah ummi ini akan dapat memutihkan kulit abah. Amin.




Tuesday, August 16, 2011

Quick Update

0 comments
Hari ni malas masak. Buntu dan taktau nak makan apa untuk buka puasa. Lauk yang ada dalam fridge pon cuma ayam bahagian dada dengan daging sekepal. Selain tu ada 2 ekor ikan rebus cikyah yang dah 2 kurun bulan. Dah bagi2 hint kat abah suruh beli je KFC.

Penat rasanya hari ni. Ummi mengemop satu rumah. Ternyata itu bukanlah aktiviti yang bagus dilakukan time bulan puasa. Ini semua gara2 Aiza makan sumi jelly abis tumpah kat lantai dan atas tilam. Mengenangkan semut yang datang dan maybe menggigit Asyraf, ummi gigihkan jugaklah badan ni. Time mengemop tu barulah sedar "besar jugak rupanya rumah aku ni mengemop dari tadi tak abis2".

Esok nuzul Quran. Abah cuti. Dalam kepala otak ummi ni duk pikir2 nak seret abah ke mana esok. Parkson kah? Atau Jusco kah? Dua2 tempat tu menarik nak dikunjungi sebab ada cash voucher. Ummi ada RM100 cash voucher Parkson dan RM40 voucher Jusco. Dah boleh kalau nak beli sandal crocodile tinggal top up lagi beberapa hinggit je. Kalau jadi beli, nanti ummi hapdet & upload gambarnya.

zzzzzzzz...............
















Thursday, August 11, 2011

Rezeki Ramadhan

0 comments
Suke...suke...suke...

Kejap tadi ada posmen hantar surat guna pos laju. Suspen je ingatkan sapalah yg hon2 motor kat depan rumah. Rasanya inilah kali kedua ummi dapat surat dialamatkan ke rumah ni sejak pindah sini. Kalau tak memanjang surat untuk owner lama.

Nak tau surat apa?

Surat dari AEON Marketing Division bagitau yg ummi adalah pemenang untuk Baby Organix Contest dalam majalah Pearl bulan May (issue 60). Yeay! Dan sebagai hadiahnya, ummi akan dapat Baby Organix products worth RM160. Seronoknya! Tak sabar nak seret abah pegi Jusco Kepong redeem hadiah. Ditambah lagi memang ummi ada benda lain jugak nak beli kat Jusco.

Gembira sesangat. Inilah yang dikatakan rezeki ramadhan. Bak kata pie 2020 "popiiiitttt...popiiittt"...








Projek Masak-Masak - Part 2

0 comments
Iye tuan-tuan dan puan-puan, sedara sedari sekelian,

Projek masak-masak kita diteruskan lagi dengan menu yang cukup mudah disediakan iaitu:
Jeli Kelapa

Ummi memang tersangatlah suka makan jeli ni. Lagi2 kalau time panas. Laju je ummi makan. Tapi masalahnya tak berapa selalu nampak jeli ni jual kat area Kepong. Dulu pernah jugak kirim kat cikta suruh belikan dengan opismate dia. Tapi ni pon opismate dia dah tak menjual lagi. So semalam ummi cuba buat sendiri.

Hasilnya pada cubaan kali pertama agak mengecewakan (as always). Jeli ummi terlebeh keras sampai jadi macam agar2 le pulak. Sebab tak puas hati, ummi masak balik jeli yg dah keras tu dan tambah air lagi. Sejukkan balik semula. Kali ni ok sikit.

Untuk sesapa yang nak mencuba, ini resepinya (setelah dimodify oleh ummi)

Bahan2:
3 biji kelapa muda (asingkan air dengan isinya. Potong isi kelapa kecik2 panjang2)
3 liter air
1 1/2 cawan gula
serbuk agar2 (dalam paket standard 10gram)

Cara buat:
Campurkan semuanya. Masak sampai didih.
Kemudian tuang dalam bekas kecik2. Masukkan dalam peti ais.
Bila dah sejuk...ngap!

Masalahnya, bila bulan puasa ni, masa makan terhad waktu malam je. So jeli kelapa ni ada banyak lagi kat dalam peti ais tu. Kastad jagung yg buat kelmarin pon ada lagi. Tapi ni ummi macam dah gatal tangan nak buat kek pisang pulak! Sapa nak makan semua tu????

Ada jugak nanti tak pasal2 ummi bukak payung depan rumah jual kuih kihkihkih..

Tuesday, August 9, 2011

Little Blue Box

0 comments
Minggu lepas hari Khamis ada orang courier call kata nak hantar parcel ke opis. Tapi sebab ummi tengah maternity leave, so ummi mintak dia hantar terus ke rumah. Dia kata dia akan hantar semula paercel tu ke HQ dan akan ada orang lain hantar ke rumah sebab dia cuma cover area PJ je. Pulak dah! Esoknya orang kat HQ pulak call kata nak hantar parcel tu hari Sabtu pagi. Tapi sebab ummi nak balik kampung, so ummi suruh dia hantar hari Isnin je. Sepanjang balik kampung, hati tertanya2 apalah benda yang bakal diterima tu. Siapa yang hantar pun ummi tak tau. Menang peraduan ke? <- cehh perasan je lebeh! Isnin pagi parcel tu sampai ke tangan ummi. Bila ummi bukak...jeng...jeng...jeng..



Storage box kaler biru yang saaaaaaaaaaaaaaaaaangat cantik! Suke...suke...suke. Rupa2nya parcel tu dari Friso. Entah bila ummi request pun tak ingat. Aiza dengan Asyraf tak minum pon susu Friso tapi ummi memang suka join kelab segala jenis susu yang ada kat Malaysia nih kihkihkih. Bila pikir2, ummi decide untuk jadikan storage box tu tempat letak peralatan Asyraf kat tepi katil. Senang le bila2 nak cebokkan Asyraf, capai je my little blue box yang cantik tu!



Balik Kampung

0 comments
Since raya tahun ni akan beraya kat KL dulu, so ummi dan abah decide untuk balik Johor weekend yang lepas. Sajalah nak merasa berpuasa dan berbuka kat Johor pulak.Bila ummi bagitau Aiza yang kita akan balik kampung, punyalah dia excited. Ummi sempat ajak abah ke Selayang beli kain untuk buat baju raya Aiza dan Asyraf. Hopefully sudilah nyai 'terima tempahan last minute' untuk jahit baju raya budak kecik dua orang ni.

Kitorang bertolak petang Jumaat lepas asar. Singgah Koi ambik cikta dan cikwan dulu. Jalan clear tak jem maybe sebab ramai yang dah balik kampung minggu yang lepasnya. Cikta dah beli murtabak dan air kotak siap2 untuk dibuat berbuka. Bila masuk waktu berbuka, time tu kitorang baru je lepas sempadan Johor. So kitorang berhenti buka puasa kat R&R Pagoh. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Time tu nyai, yai dengan cukdin tak balik terawih lagi. Yang ada cuma ceklon. Actually nyai dengan yai baru je renovate besarkan dapur. Dan sememangnya dapur baru ni SANGAT BESAR! Sama saiz macam rumah low cost kat KL :) terasa luas, lapang dan besar sampai ummi rasa lost kejap kat rumah mak bapak sendiri sebab taktau nak lepak kat mana. Bila nyai dengan yai balik, kitorang borak2 makan2 tak hengat dunia. Syoknya! Dalam pukulo 3 pagi family kak awa pulak sampai tapi time tu ummi dah zzzzzzz kepenatan.

Esok paginya,cikta dengan yai pegi JB ambik cikyah. Then diorang pegi beli sofa baru kat HomeLife ihsan dari cikyah. Dengar kata, sofa baru ni harganya cecah 5k. Fuhh..ummi semestinya tak akan spend sebanyak tu hanya untuk sofa. Tapi memang tak dinafikan sofa tu sangat cantik dan nampak eksklusif. Jangan ada sesapa tumpahkan air kat situ sudah. Mau nangis nyai dibuatnya!

Kitorang pulak shopping baju raya kat kota tinggi dengan ceklon. Ummi tinggalkan Asyraf dengan nyai kat rumah. Ummi beli sepasang baju kurung untuk ummi dan gown raya untuk Aiza. Beli jugak sepasang baju untuk Asyraf.Sangat puas hati. Tapi tu tak bermakna ummi dah abis shopping untuk raya. Ummi plan nak menghabiskan voucher Parkson RM100 yang abah dapat untuk beli baju raya budak2 ni lagi hehehe.

Esoknya kitorang plan nak balik KL pagi2 tapi sebab hujan lebat, pukul 12 baru bertolak. Sempat singgah roundabout Kluang beli kupang fresh dan jagung. Then singgah Ayer Hitam jugak beli kerepek untuk teacher Aiza.

Ending kepada entri ni, nak cakap betapa seronoknya ummi balik kampung. Lebih2 lagi tgk Aiza happy main dengan pakcik makcik dan sepupu2 dia. Ummi happy tengok Aiza happy. Dan ummi look forward untuk balik Johor lagi sempena raya pulak. Cepatlah masa berlalu!!

Tuesday, August 2, 2011

Projek Masak-Masak

0 comments
Ummi cukup bertuah ditakdirkan kawin dengan seseorang yang cukup pandai memasak. Iye...kepandaian abah memasak memang cukup mengkagumkan. I salute to you abah! Agaknya sebab 6 tahun abah di Ireland membolehkan abah mengasah skillnya. Atau mungkin jugak abah memang dilahirkan dengan genetik pandai memasak.

Dan kerana kepandaian abah memasak itulah yang telah mendorong ummi untuk turut sama 'berkecimpung' di dapur. Malu weh kalau laki pandai masak tapi diri sendiri reti makan je. Tapi sebenarnya ummi ni bukan le langsung tak tau masak. Walau masakan ummi tak sesedap masakan nyai di kampung, at least tempias2 kepandaian masak tu adalah jugak. After all, ummi ada 2 orang abang yg kerja sebagai chef kat hotel. So kiranya bakat memasak tu runs in my blood ekekeke..

Sejak kawin, ummi dengan abah selalu masak sama2. Biasanya weekend memang separuh hari dihabiskan kat dapur. Abah dengan poyonya bangganya menggelarkan kitorang 'The Dynamic Duo' kihkihkih. Masakan kitorang sangatlah sedap sampai terjungkit anak tekak. Tak caya cuba rasa!

Ni bila dah pindah rumah sendiri, aktiviti masak-masak tetap diteruskan, malah makin menjadi2 pulak. Lagi2 bila baru2 ni kitorang beli oven dan microwave. Ni ummi upload antara masakan2 abah dan ummi baru2 ni eh!
Lunch prepared by abah. Udang goreng safron, kangkong belacan, ikan goreng dan telo masin. Sedap!
Roti nan dengan ayam shawarma. Sos cicah dia tu yang ummi suka. Nanti bila2 buat lagi ye abah!
Capati dengan kari ikan. Kalau lepas ni abah berjaya buat tosai pulak, kompem kitorang tak perlu pegi mamak lagi hihihi
Yang ni ummi yang buat. Puding kastad jagung. Rasa dah ok tapi agak lembik sikit susah nak potong2. Next time kalau buat ummi dah tau apa nak modify kat resepinya.
Peminat masakan abah no 1 yang buat abah teruja untuk masak...dan masak...dan masak lagi!

Nanti bila2 ummi nak upload gambar2 masakan yang lain. Ada beberapa signature dish (poyo je) kitorang yang wajib diwar2kan pada orang ramai. Tunggu ye!

Monday, August 1, 2011

Salam 1 Ramadhan

0 comments
Alhamdulillah panjang umur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ni. InsyaAllah ummi akan dapat berpuasa penuh sebulan sebab baru je habis berpantang. Tekad ummi nak khatam Quran hopefully tercapai. Banyak plan nak dibuat Ramadhan kali ni, almaklumlah ini Ramadhan pertama ummi kat rumah sendiri. Tapi sebelum buat apa2, biar ummi zzzzzzzzzzzz...... dulu. Bye



More updates!

0 comments
#1 Kereta Baru

Selaras dengan pertambahan ahli keluarga baru, ummi dan abah decide untuk let go dua2 kereta yg ada dan beli satu kereta yang agak besar. So Alza 7-seater adalah pilihan terbaik, murah dan cantik. Alhamdulillah pada 30/6 yg lepas kereta tu sampailah ke tangan kami. Dan hari itu jugaklah jadi hari terakhir kami sekeluarga naik Suzuki Swift abah kaler merah yang cantik tu. Sedih huhuhu. Tapi lagi sedih bila ingat kat Viva ummi. Kat manalah agaknya kereta tu sekarang.
Ummi dan Aiza bergambar kenang-kenangan buat kali terakhir kat depan Swift.

Btw abah retain no plat kereta Swift dan letak kat Alza yg baru ni. Sayang sungguh dia dgn plat WRC105 tu :) ha ni dah ada 7 tempat duduk dalam kereta, sukati Aiza le nak tonggang terbalik dalam kereta. Ummi cukup berpuas hati dengan Alza ni. Sangat luas sampai ummi boleh julur2 kaki lagi. Ingatan untuk abah, kita guna jelah kereta ni selama mana yang boleh. Jangan nak berangan beli kereta lain hokeh!!!

#2 Ahli Baru

Alhamdulillah pada 13/6 yg lepas, lahirlah Asyraf Ilhami. Kecik comel je anak ummi yg ke-dua ni. Dan alhamdulillah proses nak melahirkan Asyraf pada ummi cukup mudah. Ummi ulang, MUDAH saje tau...sakitnya tetap sama hanya Allah yg tahu! Actually malamnya tu sebelum tidur ummi dah start rasa contraction yg very mild. Ummi even tunjuk perut ummi kat abah. Abah jokingly kata kot2 esok ummi bersalin. Then ummi tidur macam biasa. Pukul 2.30 pagi ummi terjaga dan start rasa contraction tu makin kerap. Tapi takdelah rasa sakit sangat2. So ummi ignore je dan sempat lagi tidur2 ayam sampai pukul 5. Then contraction dah rasa makin kerap dan rasa sakit. Tapi time tu tengok abah khusyuk sangat tidur so macam tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun time tu air ketuban tak pecah, darah pon tak keluar. Even ummi pon tak berapa sure sama ada betul ke ummi time tu sebenarnya nak bersalin atau tak. Sebab due date 1/7 which is lagi 3 minggu. Then apart from contraction, tak ada tanda2 lain. Pukul 6.30 bru ummi kejutkan abah dan bagitau dia ummi rasa macam nak bersalin. So kitorang mandi, sembahyang, siap2 semua dan hantar Aiza ke nursery. Dalam pukul 8.15 dah sampai UIA. Then terus je ke Pusrawi Kota Damansara. Nasib baiklah jalan tak berapa jem so dalam pukul 8.40am kitorang sampai sana, terus masul labor room. Bila nurse check, dia kata bukaan dah 5cm. Tak lama lepas tu ummi pun pecah ketuban. Time ni memang dah sakit sangat2 le macam nak nangis. Bila doktor Zul datang, ummi pun dah rasa nak meneran, then rasanya 2 kali push teruslah lahir si baby ummi yang comel ni pukul 9.20 pagi. Tak sempat doktor Zul nak gunting ke hape ke.
Inilah rupa Asyraf masa baru lahir. Berat dia 2.4kg je. Jauh lebih kecik berbanding kakak dia dulu

Alhamdulillah sekarang Asyraf dah besar dan ummi pun dah lepas pantang. Cakap pasal pantang ni, actually ummi tak berpantang sangat pun. Makan tak berpantang, aktiviti pun tak berpantang. Dulu masa bersalinkan Aiza, 3 hari lepas bersalin ummi dah berjalan sampai ke IKEA, OU segala bagai. Ni masa bersalinkan Asyraf, lepas seminggu je ummi dah terjah kedai perabot, pergi hari sukan Aiza kat Gombak etc. Orang kata, bila tak berpantang, sekarang memang tak rasa kesannya. Rasa sihat tak ada apa2 masalah. Tapi nanti bila dah tua baru rasa sakit2 badan. Iye ke??? Tawakal jelah ummi.

Btw ni rupa Asyraf sekarang. Comel kan dia? :)


Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Sesungguhnya kehadiran Asyraf melengkapkan hidup abah dan ummi. Dan pastinya Aiza pun sangat sayang kat adik dia yang sorang ni. Harapan ummi, semoga kedua-dua anak ummi ni akan membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan solehah, dapat berbakti pada keluarga, negara dan agama insyaAllah.

#3 Rumah Baru

Alhamdulillah impian ummi selama ni dah tercapai. Penantian selama bertahun2 tertunai sudah! Akhirnya pada 19 Jun 2011 ummi berpindah ke rumah sendiri. Rumah setingkat di kaki lereng bukit berdekatan FRIM dan Taman Botani ni mmg sungguh mendamaikan. Ummi masuk pindah ke sini seminggu lepas bersalinkan Asyraf. Susah nak gambarkan perasaan duduk kat rumah sendiri. Segalanya cukup tenang dan rasa bebas. Syukur atas nikmat Allah.

Rumah-rumah yang baru naik kat area Damansara, Kepong dan Selayang ni, kalau tak cecah setengah juta memang tak sah. Padahal teres 2 tingkat je kebanyakannya. So dengan harga RM290000, ummi rasa rumah ni cukup berbaloi.Owner lama pun baru je renovate rumah ni dalam 2 tahun lepas. Lantai bilik semua dah siap tile, siling dah dicornish cantik, kitchen cabinet pun dah ada, lampu dan kipas semua dah tersedia. Malah owner lama dah extend besarkan dapur dan buat satu lagi bilik kat tingkat atas membuatkan rumah ni jadi 1 1/2 tingkat. Yang paling ummi berkenan, laman rumah ni ada rumput karpet sama macam apa yang ummi impikan selama ni! Kat otak ni dah plan macam2 nak bercucuk tanam. Kita tengok jelah nanti apa hasilnya.

Ummi tengok abah pun cukup excited bila pindah ke sini. Semuanya dia plan nak buat sendiri. Dari mengecat, mengemas, susun atur perabot, warna dinding etc semuanya dia yang buat. Saje nak bagi personal touch agaknya :) Ummi pun biarkan jelah dia. Dah dapat pindah rumah sendiri ni pun dah cukup besar bagi ummi. Yang lain2 tu ummi serah jelah kat abah. Tapi kadang2 hangin jugak bila semua cadangan ummi dia tolak bulat2. Hish!!!

Banyak lagi sebenarnya nak cerita pasal rumah ni. Tapi tunggulah pada posting2 akan datang. Nak upload gambar pun segan sebab banyak lagi tak setel. Kat porch pun bersepah2 dengan tong cat yang tak berkemas2 sampai sekarang. Tunggulah nanti bila semua dah siap, ummi upload gambar. Time tu jangan semua orang terkejut kalau rumah ummi vavavooom nampak cantik mengalahkan rumah dalam rancangan eric leong! Ngehngehngeh...



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez