Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, August 2, 2011

Projek Masak-Masak


Ummi cukup bertuah ditakdirkan kawin dengan seseorang yang cukup pandai memasak. Iye...kepandaian abah memasak memang cukup mengkagumkan. I salute to you abah! Agaknya sebab 6 tahun abah di Ireland membolehkan abah mengasah skillnya. Atau mungkin jugak abah memang dilahirkan dengan genetik pandai memasak.

Dan kerana kepandaian abah memasak itulah yang telah mendorong ummi untuk turut sama 'berkecimpung' di dapur. Malu weh kalau laki pandai masak tapi diri sendiri reti makan je. Tapi sebenarnya ummi ni bukan le langsung tak tau masak. Walau masakan ummi tak sesedap masakan nyai di kampung, at least tempias2 kepandaian masak tu adalah jugak. After all, ummi ada 2 orang abang yg kerja sebagai chef kat hotel. So kiranya bakat memasak tu runs in my blood ekekeke..

Sejak kawin, ummi dengan abah selalu masak sama2. Biasanya weekend memang separuh hari dihabiskan kat dapur. Abah dengan poyonya bangganya menggelarkan kitorang 'The Dynamic Duo' kihkihkih. Masakan kitorang sangatlah sedap sampai terjungkit anak tekak. Tak caya cuba rasa!

Ni bila dah pindah rumah sendiri, aktiviti masak-masak tetap diteruskan, malah makin menjadi2 pulak. Lagi2 bila baru2 ni kitorang beli oven dan microwave. Ni ummi upload antara masakan2 abah dan ummi baru2 ni eh!
Lunch prepared by abah. Udang goreng safron, kangkong belacan, ikan goreng dan telo masin. Sedap!
Roti nan dengan ayam shawarma. Sos cicah dia tu yang ummi suka. Nanti bila2 buat lagi ye abah!
Capati dengan kari ikan. Kalau lepas ni abah berjaya buat tosai pulak, kompem kitorang tak perlu pegi mamak lagi hihihi
Yang ni ummi yang buat. Puding kastad jagung. Rasa dah ok tapi agak lembik sikit susah nak potong2. Next time kalau buat ummi dah tau apa nak modify kat resepinya.
Peminat masakan abah no 1 yang buat abah teruja untuk masak...dan masak...dan masak lagi!

Nanti bila2 ummi nak upload gambar2 masakan yang lain. Ada beberapa signature dish (poyo je) kitorang yang wajib diwar2kan pada orang ramai. Tunggu ye!

0 comments on "Projek Masak-Masak"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez