Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, August 1, 2011

More updates!


#1 Kereta Baru

Selaras dengan pertambahan ahli keluarga baru, ummi dan abah decide untuk let go dua2 kereta yg ada dan beli satu kereta yang agak besar. So Alza 7-seater adalah pilihan terbaik, murah dan cantik. Alhamdulillah pada 30/6 yg lepas kereta tu sampailah ke tangan kami. Dan hari itu jugaklah jadi hari terakhir kami sekeluarga naik Suzuki Swift abah kaler merah yang cantik tu. Sedih huhuhu. Tapi lagi sedih bila ingat kat Viva ummi. Kat manalah agaknya kereta tu sekarang.
Ummi dan Aiza bergambar kenang-kenangan buat kali terakhir kat depan Swift.

Btw abah retain no plat kereta Swift dan letak kat Alza yg baru ni. Sayang sungguh dia dgn plat WRC105 tu :) ha ni dah ada 7 tempat duduk dalam kereta, sukati Aiza le nak tonggang terbalik dalam kereta. Ummi cukup berpuas hati dengan Alza ni. Sangat luas sampai ummi boleh julur2 kaki lagi. Ingatan untuk abah, kita guna jelah kereta ni selama mana yang boleh. Jangan nak berangan beli kereta lain hokeh!!!

#2 Ahli Baru

Alhamdulillah pada 13/6 yg lepas, lahirlah Asyraf Ilhami. Kecik comel je anak ummi yg ke-dua ni. Dan alhamdulillah proses nak melahirkan Asyraf pada ummi cukup mudah. Ummi ulang, MUDAH saje tau...sakitnya tetap sama hanya Allah yg tahu! Actually malamnya tu sebelum tidur ummi dah start rasa contraction yg very mild. Ummi even tunjuk perut ummi kat abah. Abah jokingly kata kot2 esok ummi bersalin. Then ummi tidur macam biasa. Pukul 2.30 pagi ummi terjaga dan start rasa contraction tu makin kerap. Tapi takdelah rasa sakit sangat2. So ummi ignore je dan sempat lagi tidur2 ayam sampai pukul 5. Then contraction dah rasa makin kerap dan rasa sakit. Tapi time tu tengok abah khusyuk sangat tidur so macam tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun time tu air ketuban tak pecah, darah pon tak keluar. Even ummi pon tak berapa sure sama ada betul ke ummi time tu sebenarnya nak bersalin atau tak. Sebab due date 1/7 which is lagi 3 minggu. Then apart from contraction, tak ada tanda2 lain. Pukul 6.30 bru ummi kejutkan abah dan bagitau dia ummi rasa macam nak bersalin. So kitorang mandi, sembahyang, siap2 semua dan hantar Aiza ke nursery. Dalam pukul 8.15 dah sampai UIA. Then terus je ke Pusrawi Kota Damansara. Nasib baiklah jalan tak berapa jem so dalam pukul 8.40am kitorang sampai sana, terus masul labor room. Bila nurse check, dia kata bukaan dah 5cm. Tak lama lepas tu ummi pun pecah ketuban. Time ni memang dah sakit sangat2 le macam nak nangis. Bila doktor Zul datang, ummi pun dah rasa nak meneran, then rasanya 2 kali push teruslah lahir si baby ummi yang comel ni pukul 9.20 pagi. Tak sempat doktor Zul nak gunting ke hape ke.
Inilah rupa Asyraf masa baru lahir. Berat dia 2.4kg je. Jauh lebih kecik berbanding kakak dia dulu

Alhamdulillah sekarang Asyraf dah besar dan ummi pun dah lepas pantang. Cakap pasal pantang ni, actually ummi tak berpantang sangat pun. Makan tak berpantang, aktiviti pun tak berpantang. Dulu masa bersalinkan Aiza, 3 hari lepas bersalin ummi dah berjalan sampai ke IKEA, OU segala bagai. Ni masa bersalinkan Asyraf, lepas seminggu je ummi dah terjah kedai perabot, pergi hari sukan Aiza kat Gombak etc. Orang kata, bila tak berpantang, sekarang memang tak rasa kesannya. Rasa sihat tak ada apa2 masalah. Tapi nanti bila dah tua baru rasa sakit2 badan. Iye ke??? Tawakal jelah ummi.

Btw ni rupa Asyraf sekarang. Comel kan dia? :)


Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Sesungguhnya kehadiran Asyraf melengkapkan hidup abah dan ummi. Dan pastinya Aiza pun sangat sayang kat adik dia yang sorang ni. Harapan ummi, semoga kedua-dua anak ummi ni akan membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan solehah, dapat berbakti pada keluarga, negara dan agama insyaAllah.

#3 Rumah Baru

Alhamdulillah impian ummi selama ni dah tercapai. Penantian selama bertahun2 tertunai sudah! Akhirnya pada 19 Jun 2011 ummi berpindah ke rumah sendiri. Rumah setingkat di kaki lereng bukit berdekatan FRIM dan Taman Botani ni mmg sungguh mendamaikan. Ummi masuk pindah ke sini seminggu lepas bersalinkan Asyraf. Susah nak gambarkan perasaan duduk kat rumah sendiri. Segalanya cukup tenang dan rasa bebas. Syukur atas nikmat Allah.

Rumah-rumah yang baru naik kat area Damansara, Kepong dan Selayang ni, kalau tak cecah setengah juta memang tak sah. Padahal teres 2 tingkat je kebanyakannya. So dengan harga RM290000, ummi rasa rumah ni cukup berbaloi.Owner lama pun baru je renovate rumah ni dalam 2 tahun lepas. Lantai bilik semua dah siap tile, siling dah dicornish cantik, kitchen cabinet pun dah ada, lampu dan kipas semua dah tersedia. Malah owner lama dah extend besarkan dapur dan buat satu lagi bilik kat tingkat atas membuatkan rumah ni jadi 1 1/2 tingkat. Yang paling ummi berkenan, laman rumah ni ada rumput karpet sama macam apa yang ummi impikan selama ni! Kat otak ni dah plan macam2 nak bercucuk tanam. Kita tengok jelah nanti apa hasilnya.

Ummi tengok abah pun cukup excited bila pindah ke sini. Semuanya dia plan nak buat sendiri. Dari mengecat, mengemas, susun atur perabot, warna dinding etc semuanya dia yang buat. Saje nak bagi personal touch agaknya :) Ummi pun biarkan jelah dia. Dah dapat pindah rumah sendiri ni pun dah cukup besar bagi ummi. Yang lain2 tu ummi serah jelah kat abah. Tapi kadang2 hangin jugak bila semua cadangan ummi dia tolak bulat2. Hish!!!

Banyak lagi sebenarnya nak cerita pasal rumah ni. Tapi tunggulah pada posting2 akan datang. Nak upload gambar pun segan sebab banyak lagi tak setel. Kat porch pun bersepah2 dengan tong cat yang tak berkemas2 sampai sekarang. Tunggulah nanti bila semua dah siap, ummi upload gambar. Time tu jangan semua orang terkejut kalau rumah ummi vavavooom nampak cantik mengalahkan rumah dalam rancangan eric leong! Ngehngehngeh...



0 comments on "More updates!"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez