Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, August 11, 2011

Projek Masak-Masak - Part 2


Iye tuan-tuan dan puan-puan, sedara sedari sekelian,

Projek masak-masak kita diteruskan lagi dengan menu yang cukup mudah disediakan iaitu:
Jeli Kelapa

Ummi memang tersangatlah suka makan jeli ni. Lagi2 kalau time panas. Laju je ummi makan. Tapi masalahnya tak berapa selalu nampak jeli ni jual kat area Kepong. Dulu pernah jugak kirim kat cikta suruh belikan dengan opismate dia. Tapi ni pon opismate dia dah tak menjual lagi. So semalam ummi cuba buat sendiri.

Hasilnya pada cubaan kali pertama agak mengecewakan (as always). Jeli ummi terlebeh keras sampai jadi macam agar2 le pulak. Sebab tak puas hati, ummi masak balik jeli yg dah keras tu dan tambah air lagi. Sejukkan balik semula. Kali ni ok sikit.

Untuk sesapa yang nak mencuba, ini resepinya (setelah dimodify oleh ummi)

Bahan2:
3 biji kelapa muda (asingkan air dengan isinya. Potong isi kelapa kecik2 panjang2)
3 liter air
1 1/2 cawan gula
serbuk agar2 (dalam paket standard 10gram)

Cara buat:
Campurkan semuanya. Masak sampai didih.
Kemudian tuang dalam bekas kecik2. Masukkan dalam peti ais.
Bila dah sejuk...ngap!

Masalahnya, bila bulan puasa ni, masa makan terhad waktu malam je. So jeli kelapa ni ada banyak lagi kat dalam peti ais tu. Kastad jagung yg buat kelmarin pon ada lagi. Tapi ni ummi macam dah gatal tangan nak buat kek pisang pulak! Sapa nak makan semua tu????

Ada jugak nanti tak pasal2 ummi bukak payung depan rumah jual kuih kihkihkih..

0 comments on "Projek Masak-Masak - Part 2"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez