Kitorang bertolak petang Jumaat lepas asar. Singgah Koi ambik cikta dan cikwan dulu. Jalan clear tak jem maybe sebab ramai yang dah balik kampung minggu yang lepasnya. Cikta dah beli murtabak dan air kotak siap2 untuk dibuat berbuka. Bila masuk waktu berbuka, time tu kitorang baru je lepas sempadan Johor. So kitorang berhenti buka puasa kat R&R Pagoh. Sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Time tu nyai, yai dengan cukdin tak balik terawih lagi. Yang ada cuma ceklon. Actually nyai dengan yai baru je renovate besarkan dapur. Dan sememangnya dapur baru ni SANGAT BESAR! Sama saiz macam rumah low cost kat KL :) terasa luas, lapang dan besar sampai ummi rasa lost kejap kat rumah mak bapak sendiri sebab taktau nak lepak kat mana. Bila nyai dengan yai balik, kitorang borak2 makan2 tak hengat dunia. Syoknya! Dalam pukulo 3 pagi family kak awa pulak sampai tapi time tu ummi dah zzzzzzz kepenatan.
Esok paginya,cikta dengan yai pegi JB ambik cikyah. Then diorang pegi beli sofa baru kat HomeLife ihsan dari cikyah. Dengar kata, sofa baru ni harganya cecah 5k. Fuhh..ummi semestinya tak akan spend sebanyak tu hanya untuk sofa. Tapi memang tak dinafikan sofa tu sangat cantik dan nampak eksklusif. Jangan ada sesapa tumpahkan air kat situ sudah. Mau nangis nyai dibuatnya!
Kitorang pulak shopping baju raya kat kota tinggi dengan ceklon. Ummi tinggalkan Asyraf dengan nyai kat rumah. Ummi beli sepasang baju kurung untuk ummi dan gown raya untuk Aiza. Beli jugak sepasang baju untuk Asyraf.Sangat puas hati. Tapi tu tak bermakna ummi dah abis shopping untuk raya. Ummi plan nak menghabiskan voucher Parkson RM100 yang abah dapat untuk beli baju raya budak2 ni lagi hehehe.
Esoknya kitorang plan nak balik KL pagi2 tapi sebab hujan lebat, pukul 12 baru bertolak. Sempat singgah roundabout Kluang beli kupang fresh dan jagung. Then singgah Ayer Hitam jugak beli kerepek untuk teacher Aiza.
Ending kepada entri ni, nak cakap betapa seronoknya ummi balik kampung. Lebih2 lagi tgk Aiza happy main dengan pakcik makcik dan sepupu2 dia. Ummi happy tengok Aiza happy. Dan ummi look forward untuk balik Johor lagi sempena raya pulak. Cepatlah masa berlalu!!
0 comments on "Balik Kampung"
Post a Comment