Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, January 21, 2013

Cabaran


Lamanya blog ni tak diupdate. Tiba2 hilang momentum untuk menulis. Padahal ada macam2 perkara menarik nak dikongsi buat kenangan masa depan. Bila penyakit malas datang menyerang, inilah hasilnya.

Hari ni dah start semester baru. Lepas 3 bulan duduk goyang kaki, hari ni ummi start mengajar semula. 11 jam seminggu untuk dua subjek. Salah satu subjek tu selalu buat ummi nervous tiap kali masuk kelas huhuhu. Maklumlah subjek agak baru. Teknikal pulak tu! Sebelum masuk kelas mesti kalut. Tapi takpe, inilah yang dinamakan cabaran.

Cakap pasal cabaran, teringat kat Aiza dan Abah. Sabtu lepas kitorang ke Taman Metropolitan dengan niat nak main layang2. Masalahnya abah dengan ummi dua-dua tak reti nak main layang2. Nak naikkan pun tak reti. Orang lain relaks je tak sampai lima minit layang2 dah terbang tinggi. Abah 50 minit pun still terkial2 lagi. Sampai satu tahap masa abah lari keliling padang try nak naikkan layang2, Aiza jerit kuat-kuat depan orang ramai "Come on Abah, you can do it. YOU HAVE TO!"

So itulah cabaran untuk abah buat masa sekarang!



2 comments on "Cabaran"

AyuArjuna BiGoshh on January 21, 2013 at 4:03 PM said...

wah boleh kurus bapak aiza klu tiap2 sabtu main layang2..heheheh

ummi aiza on January 21, 2013 at 4:13 PM said...

hahaha tu pun salah satu cabaran utk dia jugak skrg ni: MENGURUSKAN BADAN!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez