Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, January 9, 2013

Forever Young


Semalam birthday ummi yang ke 32 23 tahun. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Syukur tak terhingga!

Ada yang tanya, ummi selebret birthday di mana? Kalau tahun-tahun yang lepas, mesti ummi dan abah berdesup pergi Eastin Hotel kat belakang UIA ni. Tapi tahun ni kami tukar selera. Abah bawak ummi ke Chilli's. Kami dating berdua je time lunch hour - fefeeling romantik gitu! Petangnya lepas ambik Aiza dan Asyraf kat nursery, kami pergi OU makan aiskrim Baskin Robbins kemudian sambung acara memenuhkan perut kat Fish & Co. Kenyang sampai ke malam!

Kat Baskin Robbins
Oh btw seminggu sebelum tu ummi dah dapat hadiah bday dari abah. Advance kan? Ni ha hadiahnya. Jeng...jeng..jeng..
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Beg laptop! Wowowi 'romantik' sungguh hadiah dari abah! Sangat berteknologi tinggi kihkihkih. Thank you abah for the present. And thank you sebab belanja makan sedap semalam. Abah cakap tahun ni dia nak buat spesel sikit sempena birthday ummi. Instead of one day celebration, dia nak buat ONE WEEK celebration. Hamboih kau, 7 hari 7 malam punya perayaan. Artis pun kalah! So dalam otak ni duk tengah berkira-kira apa lagi yang boleh pow kat abah hari ni dan hari2 seterusnya hahaha. Ada lagi 6 hari je tinggal so kena pikir pantas. Hal opis tolak tepi dulu, sekarang kena fokus kat agenda mengikis duit abah kihkihkih.

So apa perasaan ummi bila umur dah makin tua muda? Erm biasa2 je, sama je feeling macam umur sweet 17 dulu hahaha statement tak hengat dunia. Kalau ummi tak reveal umur kat orang ramai, sure semua orang ingat ummi ni baru nak masuk namblastaon <huk huk huk batuk dulu!>. Kot kalau ummi tunjuk gambar ni kat orang, mesti diorang pikir cenggini:

"Ni minah ni bergambar dengan anak2 dia ke or adik2 dia? Anak ke adik? Anak ke adik? Anak ke adik? Kompius la, macam muda lagi...sweet pulak tu"

Hahaha berdarah telinga abah baca posting ni.

Sebenarnya ayat2 kat atas tu saje nak cover kejadian semalam. Lebih kurang pukul 11, teacher kat nursery call.

Teacher: Hello, ni Puan Rasyidah emak kepada Asyraf Ilhami ke?
Ummi: Iye saya (ni mesti nak cakap si kenit tu tak sihat)
Teacher: Nak bagitahu, dalam beg Asyraf tak ada baju. Puan lupa nak bawakkan. Sehelai pun takde. Pampers je banyak.
Ummi: Hah????? Pitam jap.

Seriously? Ni ke kesan peningkatan usia? And it happened on my birthday. Sah ummi dah tua. End of story.



3 comments on "Forever Young"

Anonymous said...

happy belated bday ummi... luv ciktah

ahmadihah said...

Happy belated birthday syidah!

dhr on January 10, 2013 at 3:44 PM said...

happy belated birthday Syidah! ko memang maintain macam zaman sekolah. forever young!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez