Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, January 3, 2013

Don't Seduce Me!


Minggu lepas ummi ada meeting. Ini meeting untuk interview student yang dah kena buang - nak tentukan sama ada universiti nak terima semula atau tak. So ummi was one of the interviewers. Candidate yang nak diinterview ada 26 semuanya. Duration of the meeting: 5 jam dari pukul 9 pagi sampai 2 ptg. Lama gileeeerrrrrrrr rasa nak jerit je dalam meeting room tu.

Ummi taknak cakap siapa yang dapat or siapa yang tak dapat. Tu semua confidential. Cuma ummi nak highlight beberapa fun  sad facts kat sini:

# Almost 80% yang kena tendang ialah students lelaki. Dah le populasi diorang kat universiti makin pupus. Ni lagi nak buat perangai. Haish! Memang nak kena dengan ummi.

# 90% kata diorang failed sebab addicted to computer games. Main game sampai pukul 2,3 pagi. Of course esoknya tak larat nak bangun. Subuh pun entah ke mana. Then ponteng banyak kelas. Time exam tak boleh jawab. Jenis mcm ni, memang ummi 'bambu' habis2an time inteviu hari tu. Rasa nak sekeh kepala pun ada! Games yang diorang main memang advance. Solitaire atau farmville tak masuk dalam senarai ye tuan-tuan dan puan-puan.

# Tak serius dan main-main. Diorang ingat masuk universiti ni boleh suka-suka agaknya. Terlebeh berangan pun iye jugak. Aritu ummi ada tanya soalan macam ni:

ummi: where do you see yourself 5 years from now?
candidate A: I want to be a goat farmer
ummi: erk? kau ni delusional ke?

# Takde keyakinan diri. Masalah komunikasi pun iye jugak rasanya.

Ummi: what was your parents' reaction when they know that you've been dismissed from the university?
candidate B: (silence). Lama jugak tunggu jawapan dia adalah dekat 2,3 minit.
Ummi: ok, simple question. What is your ambition?
candidate B: (silence) 
*cricket sound*

ok fed-up. Next candidate please!

macam manalah agaknya student ni berkomunikasi dalam kelas eh? Tanya sepatah jawab sepatah agaknya. Or even worse, tanya sepatah tak jawab2. Tekanan perasaan kalau ummi ingat2 balik.

# Oh My English. Setiap candidate kena buat surat rayuan. Masa meeting hari tu, ummi sempat baca semua surat diorang. Penuh satu surat merayu2 itu ini. Tapi bahasa diorang, MasyaAllah tak boleh tahan. Terkekeh2 ummi ketawa siap kena tekup mulut. Sungguh tak profesional ummi time tu. Macam manalah tak ketawa. Cuba korang tengok ni:
Oh please don't seduce me!
Berapa kali dia nak repeat perkataan repeat???

Kalau korang nak tahu ni lah yang dikatakan 'direct translation' :) Really I like!

Hamboih kau truly repented student. Tapi bila diinterview gelak2 macam takde rasa bersalah pun
Hai, pening kepala kalau pikir pasal student. Balik rumah pun teringat2. Well, tak payah kat rumah -masuk kereta je dah pung pang pung pang mengadu domba kat abah pasal hal opis hahaha.

Sebab pening kepala, rasanya ummi perlukan shopping therapy nih --> alasan le tu!


0 comments on "Don't Seduce Me!"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez