Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, January 10, 2013

Graffiti


Ummi memang tak pandai melukis. Dulu masa kecik2 time subjek lukisan, ummi SENGAJA taknak siapkan kat sekolah. Saje buat lambat2 so that boleh bawak balik siapkan kat rumah. Bila sampai kat rumah, apalagi...

PAKSA CikWan siapkan!

Siap ugut dia itu ini -->contoh kakak yang saiko. Sebab di kalangan adik beradik, CikWan antara yang paling pandai melukis. Lepas tu esoknya pergi sekolah dengan hati yang berbunga2 sebab lukisan dah siap cantik kalerful bagai. Bila cikgu puji, kembang kempis hidung bangga tak ingat dunia padahal bukan hasil usaha sendiri pun hahaha.

Bila dah kawin ada anak dua, ummi tengok Aiza ada tendency suka melukis. Lebih tepat lagi, suka menyonteng. Pantang nampak pen or pensel, abis semua dikerjakan. Dari dia kecik lagi perangai dia dah macam tu. Gambar kat bawah ni diambik masa umur dia lebih kurang 2 tahun kot. Relaks je dia menyonteng cadar ummi tanpa rasa bersalah.
Tekun mengerjakan cadar ummi. Hangin jadinya!
Time tu kitorang duduk rumah MIL lagi. Dinding bilik penuh dengan hasil mural dia. Ummi pernah pesan kat abah suruh cat balik sebelum kitorang pindah tapi abah buat bodo je. So, sampai la ni still ada hasil seni Aiza kat bilik tu. Tak cukup cadar, tak cukup dinding, dia kerjakan ni pulak:

Badan sendiri jadi mangsa!

Sekarang ni bila dah besar, perangai still tak berubah. Ni antara 'karya agung' dia kat rumah kitorang:
Betul-betul atas sofa kat living room
Yang ni dia tak ngaku dia yang buat. Siap buat konspirasi dengan Si Asyraf! Dia 'train' adik dia supaya tiap kali orang tanya siapa yang conteng, adik dia yg mengaku. Padahal adik dia taktau benda pun. Sampai sekarang pun kalau ummi saje2 tanya "Siapa yang buat ni?", then cepat2 Si Asyraf jawab "Adik" sambil angkat2 tangan senyum bangga. Hish!

Yang kat atas ni pun dia tak ngaku jugak. Tapi pehal? Dah sah2 tulis nama dia hahaha. Tu je pun perkataan yang dia pandai eja buat masa ni.

Yang terbaru, minggu lepas dia conteng sofa ummi gambar orang ada 4 tangan guna crayon! Mental ummi jadinya.


3 comments on "Graffiti"

dhr on January 10, 2013 at 3:41 PM said...

hahaha...pandai pulak train adik mengaku! sofa baru tu ke Shidah?

ummi aiza on January 10, 2013 at 3:50 PM said...

yelah Dian, my one and only sofa. dah tak rupa macam sofa pun!

AyuArjuna BiGoshh on January 11, 2013 at 5:08 PM said...

in the making leonardo da vinci ni...

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez