Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, February 8, 2013

A Night With...


I wish it could be A Night With Anuar Zain. Tapi nak buat macam mana tak mampu kan tiket mahal bebenor so entry kali ni cuma A Night With Aiza and Asyraf jelah hikhikhik.

*********************************************************************************

Ummi selalu rasa ralat kalau tak dapat spend masa dengan Aiza & Asyraf. Yelah, as early as pukul 8 pagi dah hantar diorang pi nursery. Nanti pukul 5 petang baru ambik. Then balik meredah jem gitu gini maghrib baru sampai rumah. Lepas tu mulalah bersilat nak dinner, mandi, semayang, basuh baju, kemas beg sekolah, iron baju untuk the next day etc. Sedar2 dah pukul 10 malam diorang pun dah start ngantuk nak tidur. Kalau bukan diorang yang ngantuk, ummi yang ngantuk dulu. Ummi pikir, bila nak spend masa sama2? So last few days, ummi tolak tepi semua kerja rumah. Jerit kat diorang "Jom kita maiiiin!!!!"

Mula2 main 'belajar-belajar' dengan Aiza. Buat latihan guna buku yang teacher dia bekalkan, then dah siap ummi tanda right dengan bagi bintang. Btw dia sekarang panggil ummi "Teacher Ummi" hahaha entah hape2. Tengah khusyuk belajar, ummi nampak si kenit ni conteng dinding! Melompat ummi jadinya.

Dah selalu sangat kena tuduh conteng dinding, kali ni conteng betul2! Guna kaler pink lagi tu.
Terus turunkan dia dari sofa. Bagi dia mainan then sambung layan kakak. Tak sampai 5 minit, ummi nampak ni pulak:
Cubaan berani nak conteng sofa ummi!
Terus ambik dan simpan semua kaler. Tak boleh percaya si kenit sorang ni. Macam2 ada kat otak dia. Then ajak kakak masuk bilik main sama2 dengan adik dia. Ni antara mainan feveret diorang:

Lumba swimming
Dah macam anak pelarian yang tak dapat pembelaan sewajarnya
Kesian anak2 ummi swimming atas lantai hahaha. Maklumlah mak bapaknya tak mampu lagi nak buat swimming pool depan rumah. Kalau tak lumba swimming pun, diorang akan lumba lari or jalan itik or lompat kangaroo yang penting mesti ada elemen berlumba le.

Dah penat main lumba swimming, diorang buat anjakan paradigma main tudung saji pulak! Macam dah tak cukup mainan padahal satu storage box penuh dengan mainan diorang je.

"Cepat dik masuk sini nanti ada crocodile tangkap" And that crocodile refers to ummi

Bosan main tudung saji, masa untuk melawa pulak! Biasalah budak perasan comel memang ginilah hari2.
Actually, main dengan budak2 sangat memenatkan. Sebab diorang aktif & banyak tenaga. Kita pulak lemak dah banyak terkumpul. Baru nak terkinja2 sikit dah tak larat. Jadi aktiviti main dengan anak2 haruslah diamalkan terutama kalau ada niat nak hilangkan beribu2 kalori. Tak payah le susah payah nak beli kasut beratus2 ringgit jenama Reebok macam abah ADA ORANG TU. Yelah, abah DIA ada kasut mahal bolehlah jogging show off kasut dia kat FRIM. Kita ada selipar jepun je so kita duduk diam2 le kat rumah dengan budak2! Nyampah...





0 comments on "A Night With..."

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez