Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, February 20, 2013

Projek Masak-Masak: Roti Sosej


Dah lama rasanya tak buat projek masak-masak. Kalau memasak pun biasanya masak benda yang simple-simple. Yelah, takkan balik kerja nak masak lauk rendang or ayam masak merah pulak kan? (eleh alasan je padahal orang lain masak rendang tu tutup mata dah boleh jadi). So biasanya menu pilihan ialah ikan goreng dgn sup sayur! Hari minggu pulak, most of the time abah yang konker dapur. Tapi last weekend ummi berjaya jugak masak sesuatu yang dah lama diidam-idamkan.

***************************Roti Sosej***************************

Resepi roti sama macam adunan buat donut. Sesapa yang nak try, boleh cuba ini:

Bahan-bahan:
Tepung 1 cawan
Yis setengah paket (ummi guna brand mauripan)
Air suam-suam kuku 1/4 cawan
susu pekat 1 sudu
Marjerin/butter 1 sudu (kalau guna butter lagi lembut)
Sosej

Cara:
Masukkan yis dan susu pekat ke dalam air suam-suam kuku tadi. Kacau dan tunggu sampai yis berbuih.
Gaul butter dengan tepung, kemudian masukkan yis yang dah berbuih tadi. Uli sampai lembut.
Kemudian ambik segenggam tepung yang dah diuli, gentel panjang2 dan kemudian lilit keliling sosej.
Biarkan sampai adunan naik dan kemudian bakar guna suhu 170-180 darjah Celcius selama lebih kurang 20 minit.

Ni ha hasilnya jeng jeng jeng...

Actually minggu sebelumnya ummi dah buat jugak tapi versi goreng. Yang goreng pun sedap jugak in fact abah prefer kalau goreng. Tapi sebab ummi kononnya mengambil langkah cara hidup sihat (piiiiirah), so ummi bakar sebab less oily.

Ok sekarang tengah pikir menu apa pulak nak try weekend depan. Tengah semangat ni!


2 comments on "Projek Masak-Masak: Roti Sosej"

dhr on February 20, 2013 at 6:41 PM said...

wah...hebak2! senang jugak resepinye..boleh lah dicuba nanti. Sosej tu takpayah rebus or goreng dulu ke?

ummi aiza on February 21, 2013 at 4:33 PM said...

tak payah rebus dulu pun takpe. sebabnya nanti bila bakar for 20min tu for sure dia masak

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez