Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, February 15, 2013

Ketaq Lutut!


Antara cabaran bila jadi cikgu or lecturer ialah bila student tanya soalan tapi kita tak tahu jawapannya. Lagi2 bila soalan ditanya kat depan puluhan student yang lain. Ketaq lutut dibuatnya! Takpe, jangan malu nak mengaku yang kita tak tahu. Kalau berada dalam keadaan tu ummi selalu kata "that's a VERY GOOD question. But we are going to discuss about it tomorrow!". Taktik tu mesti ada. Lepas tu abis kelas terus berdesup google cari jawapan kihkihkih. 

Tapi ummi rasa cara tu lebih baik dari bagi jawapan merapu entah hape2. Tolonglah jangan bagi ajaran sesat kat student. Yelah, student selalu percaya bulat2 apa yang lecturer ajar. Macam Aiza le, sikit2 cakap "teacher kata jangan buat gini bla bla bla" or "teacher kata kena buat macam ni bla bla bla". Cakap teacher semuanya betul. Haishhh!

Apapun, student zaman sekarang kadang2 jauh lebih advance. Maklumat di hujung jari kan! (ni sebenarnya ayat nak sedapkan hati ummi yang serba serbi tak tahu).

Entry ini sebenarnya ditulis dengan perasaan nervous sebab petang ni ada kelas Computer Hardware & Troubleshooting dengan student. Ummi dulu tak pernah ambik course membaiki komputer masa buat degree or masters. So bila disuruh mengajar subjek yang kita tak familiar, terus sakit jantung! Walaupun dah 3 semester mengajar subjek yang sama, rasa cuak tak hilang lagi. Kena tunggu betul2 expert baru rasa confident kot.

Pic taken last week. Masing2 senyum simpul bila madam Rasyidah ambik gambar. Bajet artis!

Ha, buat elok2. Kalau taktau, rujuk buku!
Tapi minggu lepas ummi berjaya solve satu computer problem berkaitan RAM. Bangga sekejap then tiba2 rasa macam dah layak nak bukak cyber cafe or kedai baiki komputer. Hahahaha piiiraaah ummi!


2 comments on "Ketaq Lutut!"

dhr on February 15, 2013 at 7:38 PM said...

kenapa ko kene mengajar subjek yang ko tak familiar? susah tak syidah? btw, bile ko cite pasal aiza, aku teringat kawan-kawan aku yg ank2 diorg sekolah international school kat sini. most of the teachers are local pinoy jadi cakap guna pinoy english. dah la anak-anak diorang pun dok bercakap pinoy english. bile parents betulkan diorg kata cikgu kat sekolah ajar mcmtu. Mak bapak yang salah! kesian,wei!

ummi aiza on February 18, 2013 at 9:29 AM said...

Dian, inilah yg dinamakan cabaran! Cabaran dalam mengajar dan cabaran membesarkan anak hihi

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez