Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

Aiza Pindah Kelas


Mulai esok (1 December 2011) Aiza akan berpindah dari kelas Khalifah Ali (3 tahun) ke kelas Khalifah Uthman (4 tahun). Walaupun Aiza baru je sambut birthday ke-3 tahun dua bulan lepas, tapi sebab kelas 4 tahun ada kekosongan dan cikgu2 pulak rasa Aiza dah mampu ikut pengajaran  budak 4 tahun, so dia dipindahkan. Malangnya tak semua kawan2 Aiza selama ni akan pindah sama, hanya ada beberapa orang sahaja. So bermula esok, Aiza akan ada kawan baru dan teacher yang baru. Terima kasih pada Teacher Yan dan Teacher Zaimah yang mengajar Aiza selama ni. Atas kesabaran teacher berdua inilah, Aiza sekarang dah tak pakai pampers kecuali time tidur. Yeay! Actually kalau kat sekolah, time tidur pun teacher tak akan pakaikan pampers. So far baru 2,3 kali failed. Tapi kalau kat rumah ummi dan abah malas tak nak ambik risiko so kami pakaikan jugak pampers.

Notis Aiza pindah kelas

Asyraf pula masih kekal di kelas yang sama. Perkembangannya cukup pantas. Pada umur 5 bulan 1/2, dia dah mula belajar merangkak. Ummi pun dah start bagi solid food kat dia. Kat sekolah pun dia makan penuh selera!


Ummi gembira tengok perkembangan anak2 kat depan mata. Walaupun penat dan kerja menimbun, tapi bila tengok perangai Aiza dan Asyraf, hilang semua beban. Sesungguhnya Aiza dan Asyraf adalah harta ummi yang tak ternilai. Thank you Allah.


0 comments on "Aiza Pindah Kelas"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez