Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Saturday, November 19, 2011

Akibat Tak Sedar Diri


Hari Rabu yang lepas ummi ke One Utama sempena J Card Member's Day. Ummi sampai awal lepas punch out terus ke sana. Tapi mak oiiiii parking penuh. Penuh sepenuh penuhnya bukan setakat double parking even triple parking pun ada agaknya.Tapi dengan kehebatan abah, dapat jugak kitorang menyelit.

Tempat yang dituju tak lain tak bukan bahagian kanak2. Memang niat ummi nak belikan baju Asyraf dan Aiza sempena Ceklon nak kawin minggu depan. Masuk je kat bahagian kanak2 tu, ummi terdiam kejap. Mata juling tak boleh nak kelip tengok diskaun 70% kat sana sini. Bila dah berjaya mengumpul tenaga, ummi pun mulalah melancarkan misi menipiskan wallet.

Dalam tempoh 2 jam shopping, ini yang ummi dapat:

Baju gown floral printed untuk Aiza. Harga asal RM49. Lepas diskaun jadi RM39.
Baju Disney untuk Asyraf. Sepasang RM15.
Lagi baju untuk Asyraf. Sepasang RM15 jugak.
Yang ni paling best. Harga asal RM14. Lepas diskaun 70% jadi RM4.17 je. Sayang cuma ada satu jenis dan satu colour. Kalau tak sure ummi dah borong. Brand Tollijoy.
Selain tu ummi sempat jugak terjah bahagian ladies. Nampak ada sale triumph tapi tak sempat nak belek2 sebab Asyraf dah start nangis. Last2 beli 2,3 helai barangan scarlet je.

Total damage semua sekali RM117. Tapi sebab belanja lebih dari seratus, dapat voucher RM10 dari Jusco. ----> see Abah... betapa pandainya ummi berbelanja. Walaupun ummi habiskan duit abah, tapi in return ummi berjaya dapatkan voucher kehkehkeh. Terima kasihlah kat abah sebab jadi penaja utama.

Sesungguhnya bila sampai part bershopping, orang perempuan memang tiada tolok bandingnya. Semua boleh bertukar jadi 'wonder woman' berlari menolak troli dengan laju dalam sekelip mata. Waktu inilah tiba2 kepandaian matematik tiba2 naik mendadak. Setakat nak kira harga barang lepas tolak diskaun 50% hingga 70% ---> piece of cake!

Tapi lepas gembira balik bershopping, ummi sedih pulak. Sebabnya ummi mendapati HANDPHONE HILANG dari beg. Tak pasal2 kena sindir dan bebel2 dengan abah. Entah bila dan kat mana  hilangnya pun ummi tak sedar. Dan ini jelas membuktikan teori bahawa kita boleh jadi tak sedar diri bila sakan berbelanja! Sekian.




2 comments on "Akibat Tak Sedar Diri"

Nurul Ulfa on November 21, 2011 at 11:37 AM said...

syidah..rindunya nak bershopping sejak beranak 3 ni online shopping je..huhu..nanti kita balik kl tinggal 2 anak kita kat syidah bole?...hehe..nak pi shoping ;)

ummi aiza on November 21, 2011 at 3:03 PM said...

Ulfa, makin bertambah anak makin hebat style shopping kita. Kat otak dah pikir dulu siap2 nak beli apa. Tak boleh pikir lama2. Then dah sampai kat shopping mall terus je beli. Bila balik rumah baru kira berapa total damage dalam wallet :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez