Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, November 29, 2011

Kepada Allah Kita Kembali


Hujung minggu yang lepas adalah hari yang sibuk untuk ummi. Ummi sekeluarga berada di Johor dari hari Khamis-Isnin sempena majlis kahwin Ceklon dan juga majlis akikah Aiza/Asyraf. Tapi hari Sabtu petang ummi sempat buka komputer dan terima khabar yang cukup mengejutkan. Tentang kematian bekas sahabat sekolah dan juga bekas pelajar di UIA. Al-Fatihah kepada insan-insan berikut:

# Allahyarham Zulkarnain Abu Bakar

Dia merupakan ex-schoolamate di Sekolah Menengah Sains Johor dulu. Ummi sekolah kat situ dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Allahyarham Zul pula adalah pelajar baru yang masuk waktu tingkatan 4. Masa di sekolah, kami kenal gitu-gitu sahaja. Memang tak rapat sebab berlainan kelas ditambah pula waktu sekolah dulu student lelaki dan perempuan tak bercampur sangat. Bila dah besar, kahwin dan beranak pinak, jumpa semula dengan kawan2 lama di FB. Ummi suka baca status-statusnya di FB. Cukup kelakar dan menghiburkan. Mampu buat ummi tersenyum sorang2 dengan komennya yang 'ntah hape-hape'. Namun kurang dari setahun yang lepas, Zul mengkhabarkan yang dirinya menghidap kanser. Ramai kawan2 yang terkejut kerana luarannya dia kelihatan cukup sihat dan aktif. Zul sendiri dari komen2nya di FB seolah2 tak sangka yang dia menghidap kanser. Namun Alhamdulillah Zul kuat semangat. Dan ummi serta kawan2 yang lain hanya mampu memberi dorongan agar dia kuat menghadapi dugaan. Ummi mengikuti perkembangannya dari sehari ke sehari, semuanya melalui FB. Namun dia tiba2 'hilang' dari FB lebih kurang seminggu sehinggalah ummi menerima perkhabaran tentang kematiannya. Terkenang dua orang anak2 perempuannya yang masih kecil. Ummi pernah berseloroh dengan Zul mengatakan kedua2 anaknya comel macam ibu mereka tapi nakal dan perangai gila-gila dan sesekali ntah hape2 macam ayahnya. Zul mengiakan 100%. Ummi mendoakan agar anak2 arwah Zul akan membesar menjadi anak yang solehah kerana doa dari anak2 adalah antara amalan yang tidak putus sampai bila2.

Note: Tiba2 ummi terkenangkan abah, Aiza dan Asyraf. Moga Allah panjangkan usia ummi sebab belum puas rasanya mencurah kasih sayang pada mereka. Entah siapalah antara kami agaknya yang akan pergi dulu. Wallahuaklam hanya Allah yang tahu.

# Allahyarham Kamalhadi Rosli

Dia merupakan bekas pelajar ummi untuk subjek Internet beberapa semester yang lepas. Namun ummi masih ingat wajah dan penampilannya. Kurus dan tinggi melonjang. Dalam kelas dia agak pendiam. Namun ummi masih ingat dengan kesungguhannya. Di akhir semester waktu ummi mengajarnya, dia menghubungi ummi mengatakan tak berjaya nak upload websitenya ke server seperti yang ummi harapkan. Namun dia kata sanggup datang ke office untuk menyerahkan projek websitenya itu by-hand walaupun ketika itu semua pelajar dah mula bercuti dan pulang ke kampung. 
Email pertama dari Kamalhadi
Namun ummi guide dia untuk belajar upload websitenya ke server sampai dapat --> melalui email saja. Alhamdulillah dia berjaya dan ini hasilnya. 

Website yang terhasil

Kemudian dia sambung degree di kampus Gombak. Namun ukhuwah diteruskan melalui FB. Semuanya nampak ok dan biasa2 saja sehinggalah ummi dikejutkan dengan berita kematiannya. Alhamdulillah dia meninggal dalam keadaan yang sangat mudah. Dia dikatakan rebah di toilet, dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Urusan jenazahnya pun mudah. Meninggal pada hari Jumaat, disembahyangkan di masjid UIA selepas subuh dan kemudian dikebumikan segera.

Note: Sesungguhnya berita tentang kematian adalah tazkirah yang paling berkesan dan menginsafkan. Sesungguhnya mati itu pasti, tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Bila muhasabah diri, terasa begitu kerdil dan serba kekurangan. Betapa banyaknya dosa ummi dan betapa sikitnya bekalan untuk dibawa ketika mengadap-Nya nanti. Moga2 Allah panjangkan usia agar ummi sempat bertaubat dan menambah amal pahala. Sebab sesungguhnya ummi pun mudah lalai dengan urusan dunia. Seringkali terfikir bila melakukan amal ibadat terutamanya solat, hanya kerana rutin harian sahaja tanpa ada pengisian yang sebenar2nya. Masuk waktu--ambil wuduk--solat--doa seadanya--lipat telekung--the end. Ummi berazam untuk berubah. Solat seharusnya penuh dengan rasa khusyuk dan penuh pengisian, barulah dapat jadi benteng diri dari melakukan dosa. Doakan semoga ummi berjaya!


1 comments on "Kepada Allah Kita Kembali"

AyuArjuna BiGoshh on November 30, 2011 at 1:49 PM said...

al-fatihah...sesungguhnya kematian itu pasti....

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez