Ewah..ewah abah senyum sampai telinga! |
Malam tadi rumah ummi dikunjungi oleh 8 orang bakal2 doktor yang cantik manis slim melim belaka. Diorang semua ni student a.k.a mentee abah kat CUCMS. Dah lama diorang plan nak datang rumah tapi asyik cancel je. Akhirnya malam tadi 'impian' abah untuk show off perkenalkan student2 dia kat ummi terlaksana. Mengikut kata abah, program mentor-mentee kat CUCMS sepatutnya lecturer lelaki akan dapat mentee lelaki and vice versa. Tapi dah REZEKI abah dapat mentee semuanya perempuan. Comel2 pulak tu."Syukur Alhamdulillah...syukran...syukran" <- begitulah kata abah dalam hati.
So apa yang ummi masak? Sebab diorang datang on weekday so ummi takdelah sempat nak masak apa sangat. Sampai rumah lepas kerja pun dah dekat pukul 5.30. Memandangkan dalam fridge ada banyak daging korban sempena Raya Haji yang lepas, so ummi masak bihun sup siap dengan segala perencah nak tabur kat atasnya (tauge, bawang goreng, daun sup, ayam goreng siat kecik2 etc). Siap dengan sambal kicap kaw2 punya. Berdesup pedas bila makan. Then potong buah dan goreng keropok. Itu jelah yang sempat. Alhamdulillah habis licin semua.
Diorang datang bukan dengan tangan kosong. Tapi bawak ni:
Hadiah untuk Aiza |
Dan ini:
Hadiah untuk Asyraf |
Tapi as expected Aiza malu taknak borak dengan kakak2 dan akhirnya tertidur SANGAT AWAL as early as 10pm. Selalunya kalau tak pukul 12 mesti tak tidur. <- so ni lagi satu sebab kenapa ummi nak jemput student2 abah ni datang rumah lagi. Nanti bolehlah Aiza tidur awal lagi kihkihkih.
Sebab kakak2 yang datang, so saya tidur awal le. Kalau ABANG2 yang datang mungkin saya semangat nak borak dengan mereka! |
Ngantuknya dia... |
Tea Set kaler pink yang sangat cantik. |
Terus time tu jugak dia perasan main tuang2 air dalam cawan konon2 ada tetamu datang rumah. Sapa tetamunya? Ummi dan Asyraf le sapa lagi. Kitorang pun buat2 le minum air sambil cakap "sedapnya...nak lagi" ulang2 kali!
So berbalik pada tajuk di atas...apa perasaan ummi?
Ummi pandang abah kiri - kanan...atas - bawah...hurmmm....TAKDE PERASAAN. zzzzzzz.....
2 comments on "Bila Suami Dikelilingi 8 Orang Anak Dara - Apa Perasaan Anda??"
wahhh..time workday pun bole masak bihun sup! dengan ade anak 2nye lagi. hebat la tu! kalau weekend mesti lagi grand.
taklah dian. weekend lagi malas masak asyik nak ngabiskan duit husband ajak makan luar kuikuikui
Post a Comment