Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, November 11, 2011

Tanaman Dah Mula Tunjuk Hasil


Dah lama rasanya ummi tak update pasal pokok2 tanaman ummi. Sejak musim hujan ni, aktiviti gardening agak terbantut. Nak bercucuk tanam time weekend pun kadang2 tak boleh sebab hujan. Tapi hujan pun rahmat Allah. Bila musim hujan, tak perlu susah2 nak siram pokok pagi petang. Dan ada beberapa tanaman ummi dah mula keluarkan hasil. Antaranya ini:

Buah mulberi dah nak masak. Tapi sebab musim hujan, sure rasanya agak masam.
Pokok roselle pun dah mula berputik. Kat setiap dahan daun ada putik buah. Sukeeeee!!!
Ini pulak bunga telang. Semalam ada sekuntum je. Pagi ni dah ada 2 kuntum. Bunga telang ni pewarna biru yang orang gunakan untuk masak nasi kerabu.
Hobi gardening ni perlu banyak bersabar. Tak boleh ada sikap 'hari-ni-tanam-esok-mesti-berbuah' dalam diri. Ada pokok yang sekejap je dah keluarkan hasil. Ada pokok yang berbulan2 baru keluar hasil. Ada jugak pokok yang bertahun2 baru keluarkan hasil. Dan ada jugak pokok yang langsung tak keluarkan apa2 hasil. Semai pun tak tumbuh. Takpelah. Dari Allah dia datang, kepada Allah dia pergi <- ayat ending ni maca tiba2 je eh.


0 comments on "Tanaman Dah Mula Tunjuk Hasil"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez