Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, January 27, 2012

Adele

0 comments
Semalam lepas kerja ummi datang ke sini:
Sri Pentas, Bandar Utama
Wah, apa ummi buat kat situ? Masuk TV ke? Oh tidak, ummi tidaklah seglemer itu. Ummi datang sebab nak tuntut hadiah yang ummi menang dari peraduan Bella, NTV7. Dah lama dapat tau pasal kemenangan tu cuma  baru semalam sempat nak tuntut hadiahnya. So apa yang ummi dapat? Ini dia:

CD Adele dan DVD Adele Live at The Royal Albert Hall
Ummi memang suka lagu2 Adele. Salah satu lagunya Rolling In The Deep jadi ringtone ummi sekarang. Someone Like You pun selalu jugak putar kat radio.  CD Adele dah selamat ada kat kereta abah. DVD pulak masih belum bukak lagi. Sebabnya ummi tak ada DVD player kihkihkih. So buat masa ni DVD ni akan terperap je dalam almari. Kot2 lepas ni ada rezeki nak menang DVD player, barulah kita bertentang mata ye Adele??

Btw kat Sri Pentas sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan AJL kot. Sana sini ada banner AJL. Dan semalam masa on the way ambik hadiah, ummi terserempak dengan salah sorang pengacara Bella; Daphne Iking :) Tapi takdelah ummi tegur dia sebab macam malu pulak kan! Pandang gitu2 je padahal dalam hati excited sungguh. 

Then ummi bagitau kat abah pasal Daphne Iking. Reaksi yang ummi dapat......










BLUR je muka dia. 






Hmmmm.....dah agak dah!


Wednesday, January 25, 2012

OMAIGOD!

6 comments
Dalam sistem ejaan, ada 26 huruf konsonan. Kesemua huruf ada kepentingan yang tersendiri. Hilang atau bertambah satu huruf, ejaan boleh berubah seterusnya mengubah makna pada sesuatu perkataan -> This is what I've learned today - through the 'hard' way!

Alkisahnya, hari ini adalah hari yang sibuk buat ummi. Setelah 4 hari bercuti, pagi ni bila tengok jadual rasa macam nak pitam bila nampak ada empat kelas berderet. Hambik kau! Terkejar sana sini sampai tak sempat nak lunch. Preparation mengajar pun buat last minute buat ummi jadi tak tentu arah dalam kelas. Bila sampai kelas yang terakhir, tenaga dah tak ada. Rasa nak abiskan kelas cepat2 dan kemudian duduk diam2 dalam ofis. Topik hari ni pasal storage, maka akan keluarlah istilah2 macam hard disk, optical disc etc. Ummi mengajar macam biasa, berkobar2 dan berdedikasi kononnya. Tengah khusyuk mengajar, tiba2 ummi perasan ada 2,3 student perempuan tersenyum simpul. Tapi ummi buat biasa je. Pandang pulak kat student lelaki, masing2 menahan gelak. Ada yang dah tekup muka guna buku nak lindung biar ummi tak nampak. Aiseh, what happen? Ummi dah mula rasa tak sedap hati. Tapi ummi teruskan jugak mengajar. Sambil tu pandang baju sendiri dari atas ke bawah manalah tahu kot2 koyak atau berlubang. Student dah mula bisik2 buat ummi tambah tak sedap hati. Ummi kuatkan hati, abaikan semua gangguan, pandang semula ke whiteboard untuk teruskan mengajar. Tiba2 ummi ternampak something!

Tajuk besar kat whiteboard:





Instead of hard disk, ummi tulis...













Hard DICK








<dem!>








Thursday, January 19, 2012

Buku Rujukan Untuk Master's Degree Dalam Bidang Farmakologi

0 comments
Alkisahnya abah dapat voucher buku 1 Malaysia beberapa hari yang lepas. Voucher buku 1 Malaysia ni nilainya RM200 dan diberi pada semua student kat institusi pengajian tinggi. Objektif utamanya nak beri peluang kepada student universiti untuk beli buku2 teks yang mahal tu. Since abah pun sekarang tengah further study, so dia pun dapatlah voucher tu. Harapnya dapatlah mengurangkan beban dia untuk beli buku. Dan semalam, abah dah buat satu pembelian guna voucher tu. Ni dia bukunya:
Mikimaus and friends!
Eh, ni ke buku teks abah? Tak nampak pun mana2 perkataan yang medical-related. Cuba close-up sikit.
Sahih! Ni buku mickey mouse!
Abah kata "Text book is sooooo yesterday" :)

Sekarang ni semua maklumat pun boleh google dan download je dari internet. Kalau tak pun, kat library dah banyak buku tersedia. So abah taknak beli buku teks dia tapi end up beli buku Aiza. Ummi tengok ramai jugak yang guna voucher ni untuk beli selain dari buku. Ada student post kat FB bagitau yang diorang boleh guna voucher ni untuk beli peralatan komputer, printer, pendrive etc. Even guna untuk beli stationary pun boleh. Harga buku ni RM49.90. So ada lagi voucher RM150. Kalau Aiza boleh dapat buku Mickey Mouse, ummi pun nak mintak abah belikan buku resepi le. Majalah pun macam menarik jugak. Kalau tak pun novel romance kihkihkih.
Asyraf, buku bukan untuk dimakan nak oiii!
So sekarang tengah pikir2 bilakah masa yang paling sesuai nak terjah kedai buku. Buku romance - here I come!



Monday, January 16, 2012

Andai Kata Diri Boleh Dibelah 3

2 comments
Kesibukan dengan kerja2 rumah dan level-of-attachment Asyraf dengan ummi selalu membuatkan ummi mengabaikan dua insan lain yang cukup penting dalam hidup ummi; Aiza dan abah. Kesian sangat terutamanya dengan Aiza, sebab dulu dialah centre-of-ummi's-attention. Makan, main, mandi dan tidur semuanya sama2. Maklumlah dia anak pertama. Tapi sekarang banyak masa ummi dihabiskan dengan si kecik Asyraf. Selalunya waktu malam Aiza akan menangis nak ajak ummi baring sama2 tengok kartun sedangkan dalam masa yang sama Asyraf menangis nak menyusu dan tidur. Tak boleh buat dua perkara ni serentak sebab Asyraf jenis 'telinga tikus'. Pantang bising sikit mesti terjaga. So setiap malam ummi akan masuk bilik untuk tidurkan Asyraf dan biarkan Aiza menangis sorang2 kat luar. Tak ada orang lain dia nak ajak bermain kecuali abah (itupun kalau abah ada mood nak bermain dengan dia). Sungguh sedih dan sadis sekali. Tambah menyedihkan kalau ummi pun tertidur dalam proses nak menidurkan Asyraf. Sedar2 bila bangun pukul 2,3 pagi, nampak Aiza dan tertidur tanpa sempat nak bermain dengan ummi. Esok paginya kejutkan dia dan hantar dia ke sekolah. Itulah kitaran kehidupan yang selalu buat ummi ralat. 

Bila Aiza buat perangai dan merajuk tak tentu hala, sikit sebanyak ummi rasa sebab dia nak perhatian dari semua orang terutamanya ummi. Alangkah kesiannya dia, bila kat sekolah dia memang tak banyak bercakap. Nak berkawan pun malu2. Bila balik rumah, tak dapat pulak perhatian dari ummi. Kalau ummi tak sibuk melayan Asyraf pun, rutin harian membasuh dan menggosok baju, mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pun perlu dibereskan.Ada masanya bersengkang mata tidur pukul 12 malam pun kerja2 rumah tak siap jugak. Sudahnya terpaksa bangun awal pagi semata2 nak mengemas beg sekolah anak2 dan menyiapkan mana yang patut. Terbayang macam manalah nyai boleh membesarkan 12 orang anak dengan jayanya ye? Dia memang superwoman!

Itu belum lagi masuk bab abah. Selalu jugak dia terabai dan serabai. Maaflah abah sebab ummi sekarang sudah tak punya cukup masa nak menemankan abah layan movie atau main game macam dulu2. Kalau tengok movie dengan abah, baru 10 minit dan tertidur. Pergi tengok wayang jauh sekali. Kalau keluar berdating pun selalu terburu2; makan ala kadar saje. Maklumlah, dating disertai dengan Aiza dan Asyraf. Dan takde adegan suap-menyuap jeling-menjeling macam waktu muda-mudi dulu. Hukhukhuk...
Budak mata bulat yang suka cari perhatian!

Bila sibuk memikirkan pasal abah, Aiza dan Asyraf, perhatian untuk diri sendiri bila pulak? Jawapannya memang langsung tak ada! Tiada lagi masa bersenang lenang membaca novel, menonton drama Korea, bermain Feeding Frenzy atau yang seangkatan dengannya. Andai dapat tidur waktu siang pun sudah satu rahmat untuk ummi hikhikhik. Tengoklah rupa ummi sekarang - sudah tidak comel lagi, pergi kerja pakai  sarung je mana tudung yang ada tak ada masa nak matchingkan dengan warna baju. Nak pakai toner dan moisturizer pun kadang ingat kadang lupa. Pergi mengajar pun kadang2 bau busuk dek terkena muntah Asyraf dalam kereta. Sungguh memalukan!
Love you all!

Hai, andai kata diri ummi boleh dipecah2, andai kata satu hari itu lebih panjang dari 24 jam, andai kata perhatian ummi boleh dibahagi sama rata seadilnya - alangkah baiknya. Tapi semua itu 'andai kata'. Sesungguhnya ummi insan yang lemah, yang sentiasa mengharapkan petunjuk dari-NYA agar dapar menjalani kehidupan sehari2 dengan tenang dan berlapang dada!

Ikhlas dari:
Ummi - wanita bekerjaya yang ingin cemerlang dalam hidup berumahtangga juga!




Thursday, January 12, 2012

Picture Of The Day #5

0 comments
Pic taken today during lunch hour.
Esok umurnya genap 7 bulan. Sudah pandai merangkak tapi masih tiada gigi!


Wednesday, January 11, 2012

Makan Gaji Buta!

3 comments
Ummi sudah lama tidak mengajar. Iye, sudah hampir setahun ummi datang kerja goyang kaki makan gaji buta kihkihkih. Kali terakhir ummi mengajar ialah pada penghujung bulan 2 tahun 2011. Kemudian semua student bercuti jadi ummi pun mulalah goyang kaki. Bila student datang semula untuk sessi seterusnya pada bulan 6, ummi 'direhatkan' sebab hampir bersalin. Kemudian ummi maternity leave selama 3 bulan, bila bekerja semula pada bulan Okt kebetulan semua student dah bercuti semula. Memang betul2 langkah kanan! Jadi selama dari penghujung bulan 2 hingga semalam, ummi datang kerja-bukak internet-kalau lapar makan-kalau ngantuk tido-punch out dan balik saje hari2. It was like in HEAVEN!

Tapi hari ni kehidupan goyang kaki dah pun tamat sebab dah kembali semula mengajar. Dan ummi rasa sangat stress sampai sakit kepala sejak semalam kihkihkih. Bila dah lama tak mengajar, semua skill seolah2 hilang. Nak speaking depan student pun asyik terbelit2 lidah. Tambahan pulak kena mengajar subjek baru yang ummi tak berapa mahir. Nervous dan tak keruan! Student pun pandang tak berkelip2 dalam hati agaknya mengata pasal madam yang berdiri depan mata.

Tambah buat ummi stress bila tengok beg kerja dah nazak hidup segan mati pun mahu. Berhabuk dan BERKULAT tinggal tunggu cendawan je nak tumbuh. Hobi gardening terbawak2 sampai ke ofis sampai beg kerja pun dah jadi tapak semaian kulat dan cendawan. Maklumlah beg tu dah terperap lama tak digunakan. So sekarang dah rasa malu nak bawak beg tu pergi mengajar. Akhirnya terpaksa usung jelah buku2, fail dan segala stationary guna tangan.
Beg kerja ummi yang dah ditumbuhi cendawan shitake. Tak berani nak bukak zip kot2 kat dalam tu pun dah jadi kandang lipas or cicak!
Terpikir kot2 ada 'orang tu' bermurah hati nak hadiahkan ummi beg kerja sempena birthday Ahad lepas. Manalah tau kan? Orang kata, bila bersedekah rezeki kita bertambah! Kalau 'orang tu' belikan ummi beg kerja simple2 beli kat MYDIN pun ummi terima. Tapi kot2 wallet dia terlebeh tebal nak hadiahkan ummi beg Coach harga ribu riban macam kat bawah ni pun apa salahnya kihkihkih. Terpaksalah ummi terima pemberian ikhlas dia. Cehhh, berangan je lebeh.

Takde sesapa nak beli saya ke???
Kalaulah dapat beg macam kat atas tu, nescaya pukul 7 pagi ummi dah terpacak depan kelas. Semangat nak mengajar, semangat nak tayang beg baru! Hilang semua sakit kepala agaknya kihkihkih.


Monday, January 9, 2012

Apa Ada Pada Angka?

0 comments
Ummi lahir pada 8/1/81. Cantik kan angka tu? Semalam adalah hari jadi ummi yang ke-25 tahun (sila ambik kalkulator dan kira sendiri). Pada usia semuda ini, ummi cukup bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Ummi punya suami yang amat penyayang, dua orang anak yang cukup menghiburkan, keluarga yang sentiasa mengambil berat akan hal ummi, kerjaya yang tetap dan kesihatan diri yang baik. I could not have asked for more. Syukur Alhamdulillah.

Sehari sebelum hari jadi ummi, abah telah belikan ummi sebiji kek yang sangat besar. Thank u abah. Entah macam mana le agaknya kita nak menghabiskan kek 2kg tu eh? Apapun, seronok sungguh dapat potong kek dengan ditemani abah, Aiza dan Asyraf di rumah sendiri. Cukup tenang tapi menghiburkan. As expected, Aiza le orang yang paling excited bila nampak kek seolah2 macam birthday dia pulak!
Ummi's fav - Chocolate Indulgence!
Tetamu VVIP dalam majlis hari jadi ummi
Dan semalam sempena birthday ummi, abah bawak kami semua jalan2 di KLCC. Kami mandi manda, jalan2 di park dan kemudian ajak Aiza main buaian sampai penat. Memang seronok! Tak sempat nak lunch sebab Asyraf dah tertidur dan Aiza pulak tak berapa nak bagi kerjasama.

Photo session
Terima kasih abah kerana sambutan hari jadi yang cukup meriah!

Doa ummi, semoga Allah memberkati hidup ummi. Dan semoga ummi akan menggunakan usia yang diberi ini untuk terus berbakti pada suami, anak2, keluarga dan masyarakat. Dan yang paling penting, semoga ummi akan dapat mengisi setiap detik yang Allah kurniakan dengan amal ibadat buat bekalan di akhirat kelak. Amin.


Thursday, January 5, 2012

Maggi Goreng Satu! Order Je Apa Nak.

2 comments
Perhatian kepada semua hadirin hadirat sekalian? Anak ummi si Aiza tu ada permainan terbaru kihkihkih. Macamlah hot news sangat kan? Permainan apa? Ni dia:
Play-dough set untuk main masak2
Alkisahnya selama ni Aiza suka main masak2. Dah namanya pun budak perempuan kan? Dah banyak kali jugaklah ummi, abah or cikyah belikan dia set masak2. Yang terbaru hari tu ada student abah datang bawak set masak2 yang sangat cantik kaler pink. Jenuhlah ummi dan abah layan dia 'main pondok2' dalam rumah. Tapi macam tak thrill kan asyik main guna ikan plastik, telur plastik, sayur plastic etc. So weekend lepas abah belikan dia set masak2 yang baru - guna plasticine!
Dengan harga RM36, dapat macam2 aksesori beserta 6 botol playdough. Boleh 'masak macam2 makanan'.
So sekarang inilah permainan yang jadi kegilaan dia. Lepas balik sekolah mesti ajak main masak2. Abah malas nak layan sebab abah kata dia tak kreatif. Alasan le tu --> kalau taknak join kitorang, pergi main jauh2! Macam2 masakan dah terhasil. Sekarang ni orderlah nak makan apapun, sure ummi Aiza boleh sediakan. Favourite makanan yang ada dalam menu adalah ini:
Telur goreng, fries dengan sayur. Ala2 healthy eating le konon2nya kihkihkih. Mesti ada yang terliur kan :p

Burger dengan sandwich! Burger kaler merah pembuka selera.
Ada banyak lagi yang ummi dan Aiza dah create. Ada buah oren, drumstick, aiskrim etc. Pizza pepperoni pun ada! Lupa nak snap gambar. Sekarang tengah cari idea nak 'masak' apa malam ni. Malam tadi dah gigih buat 'kek bday'. Sekalinya Asyraf datang kacau, abis tercabut semua lilin kat atas kek tu huhuhu. Tapi overall permainan ni memang best. Dengan ummi sekali join main. Nasib baiklah ada ummi yang kreatif ni :p Kalau nak harapkan abah- masak fishball jelah memanjang. Bukan susah pun, buat bulat jadilah fishbal! Abis cerita.
Tokei 'kedai makan'. Encik, saya nak order maggi goreng satu!




Wednesday, January 4, 2012

KFC Genting Highland Paling Sedap?

0 comments
Di hari terakhir dalam tahun 2011, abah, ummi, Aiza dan Asyraf bersukaria jalan2 ke Genting Highland. Perancangan dibuat agak last minute. Dan masa yang ada jugak agak terhad sebab kebetulan pada hari yang sama kami ada banyak event lain. Tapi abah beria2 benar nak bawak kami jalan2 ke Genting. Lagipun tak perlu modal yang besar sebab ummi ada menang 2 tiket ke Genting Theme Park hasil menang contest 2,3 bulan lepas. Last sekali ummi ke Genting berdua saje dengan abah time honeymoon. Lepas lebih 4 tahun, kini kami pergi berempat pulak! 

Dah separuh perjalanan, ummi tengok balik terms and condition dari pihak Genting kalau nak redeem hadiah tiket yang dimenangi tu. Bila baca kat situ "Congratulations to all winners! Kindly proceed to redeem your prizes at Theme Park Card Service Centre (next to Theme Park Hotel) before 31.12.2011" Alamak, hari ni dah 31hb. Boleh ke lagi nak redeem? Nak patah balik rasa tak berbaloi sebab dah separuh jalan. So tawakkal jelah. Bila sampai kat kaunter, nasib baik staff Genting bagi je tiket free tanpa banyak tanya. Ummi tengok kat list pemenang, tak ramai yang redeem hadiah tiket masing2.

Ummi ingatkan Aiza dapat masuk free sebab budak lagi. Rupanya sebab tinggi dia dah lebih 90cm, so kena bayar half price. Asyraf je yang masuk free. Tapi takpelah bukan selalu pun kan? Btw tiket nak masuk theme park Genting ni boleh tahan mahal! Kalau nak pergi saje2 keluar duit sendiri memang pikir banyak kali jugaklah. Nasib baik menang contest, so cuma bayar tix Aiza aje RM45.

Harga tiket untuk All Park
Terlebih sikit je dari 90cm. Tinggi kurang dari 90cm boleh masuk free.

Kami berjaya naik hampir semua family rides : Tea Cup, Flying Jumbo, Antique Car, Mini Train, Double Deck Carousel. Permainan yang lain macam Space Shot, Roller Coater tu semua ummi tak naiklah sebab tak boleh bawak budak2 kecik. Even kalau boleh pun ummi TAKNAK sebab gayat. Cukuplah 4 tahun lepas ummi naik semua benda alah tu sebab ABAH PAKSE kihkihkih.

Abah gayat ke???

Model fotoGEDIK

Asyraf anak ummi yang manja!

So far trip to Genting sangat membahagiakan. Aiza happy. Asyraf pun tak banyak meragam. Dia layan tidur je sebab sejuk kot. Around pukul 1, bila Aiza dah penat, ummi dan abah bawak dia makan KFC yang harganya double dari rate beli kat tempat lain. But I tell u what, rasa KFC kat Genting tersangatlah sedap kihkih. Kulitnya crispy, dagingnya juicy. Ala2 melt in your mouth gitu kihkihkih. Faktor kepenatan, perut lapar, suhu sejuk, cuaca hujan - so bila dapat KFC panas2 tak terkata sedapnya. Tak percaya? Cubalah!


Tuesday, January 3, 2012

Di Celah-Celah Kehidupan

0 comments
Sedar tak sedar 2011 dah pun berlalu pergi, meninggalkan segala kenangan pahit dan manis untuk ummi. Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu waktu ummi masih kecik, nak menghabiskan satu hari punyalah lama. Dah tengok TV, dah main lari2 keliling rumah, dah makan, dah tidur, dah gaduh dengan adik2 baru habis suku hari. Terlalu banyak aktiviti boleh dibuat dalam masa 24 jam. Kalau bulan puasa lagi terseksa terasa lama. Jarak antara waktu imsak dan buka puasa terasa macam berkurun tak tiba.

Tapi sekarang 24jam rasa tak cukup. Baru je punch-in, breakfast, check email then sedar2 dah tengahari. So apa je pengisian bermanfaat sepanjang separuh hari ummi kat ofis? Ummi pun tak tahu! Mungkin inilah antara tanda2 hari kiamat semakin dekat. Manusia semakin bersikap duniawi. Tempoh 24jam yang diberi tak akan cukup untuk melangsaikan semua kerja2 kat depan mata. Malah kerja akan bersambung pulak kat rumah. Dan kitaran "balik rumah-suap anak2-mandi-makan-basuh/iron baju-tidur-pergi kerja" akan berulang.

Tapi yang pastinya tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan dalam diri ummi. Ini antara yang penting:

Mac 2011-Langkawi Trip
1st time ummi NAIK KAPAL TERBANG setelah hidup selama 30 tahun hohoho! Memang jakun tak hengat dunia. Perasan takut, gayat, pening kepala, mual semua ada. Tak sabar nak jejak ke bumi lepas menghabiskan 45minit dalam kapal terbang. Hish, macam mana nak bercuti ke obersi kalau setakat 45minit flight pun rasa macam nak pengsan! Tapi percutian ke Langkawi memang best. Hotel, makan, pemandangan kat Langkawi semuanya best - kecuali naik cable car sebab gayat! kihkihkih

Borong cokelat. Suka!

Jun 2011-Asyraf Ilhami Permata Hati
Asyraf lahir pada 13/6 awal 3 minggu dari tarikh yang dijangkakan. Alhamdulillah kelahirannya cukup mudah. Ummi sempat hantar Aiza ke nursery, then berkira2 untuk nak punch-in (tapi kemudian tak jadi sebab terasa macam betul2 nak bersalin). Then sampai kat Pusrawi, tak sempat doktor nak gunting, tak sempat nak injek bius etc, dengan 2,3 kali push dia dah lahir. Underweight tapi cukup comel! Asyraf sekarang dah nak masuk 7 bulan. Dialah penyeri dan pelengkap hidup ummi, abah dan Aiza.

Asyraf dah nak masuk 7 bulan- tapi still takde gigi!

Jun 2011-Rumahku Syurgaku
Setelah 4 tahun tinggal di rumah MIL, akhirnya pada 19/6 ummi berpindah ke rumah sendiri. Gembiranya tak terkata. Inilah nikmat kehidupan yang sebenar. Rumah teres setingkat menghadap pemandangan FRIM yang berbukit bukau bergunung ganang cukup mendamaikan! Syukur Ya Allah. Terlalu damai dan selesanya rumah sekarang sampaikan Aiza selalu menangis tak nak pergi sekolah sebab nak duduk rumah. Kadang2 ajak berjalan time hujung minggu pun tak mahu. Hebat sungguh penangan rumah sendiri!

Inilah gambar rumah ummi masa mula2 diiklankan kat Mudah.my. Sekali tgk terus berkenan. Cantik kan rumah ummi? Ala2 Bali style gitu kihkihkih.

Nov 2011-Ceklon Kawin
Sungguh seronok bila dapat kumpul ramai2 dengan adik beradik dan anak2 buah. Keluarga ummi memang besar. Setakat nyai, yai, ummi adik beradik, ipar duai dan anak2 buah saje dah dekat 40org. Sepupu sepapat dan pakcik makcik tak usah ceritalah - kalau kumpulkan semua boleh jadi sekampung ramainya. Even kalau hari raya pun tak akan dapat kumpul seramai ni sebab akan ada je yang beraya kat rumah mertua masing2 dulu (ummi le tu sapa lagi huhuhu). Anyway, perkahwinan Ceklon cukup meriah. Didoakan Ceklon dan Acik Pidos kekal bahagia selamanya.

Selamat Pengantin Baru!

Disember 2011-Paklang Meninggal
Paklang adalah antara pakcik yang paling rapat dengan family abah. Ummi hanya kenal dia setelah berkahwin. Selama ni hanya kenal melalui surat khabar almaklumlah dia orang kenamaan. Tapi Paklang OK orangnya. Kematiannya agak mengejutkan walaupun 'sudah dijangka'. Paklang menghidap sakit jantung dan sepanjang ummi berkahwin rasanya dah 2,3 kali dia keluar masuk IJN. Malah dalam tempoh setahun yang lepas makanannya pun sudah mula disukat biar tak lebih dari kuantiti yang dibolehkan. Moga Paklang tenang di-SANA.

Perjalanan terakhir Paklang.

Disember 2011-Cikyah Operate
Hari yang sama Paklang meninggal, dapat pulak berita Cikyah masuk hospital sebab endometriosis dalam rahimnya. Dan saluran tiub fallopiannya terbelit dan harus dibuang. Alhamdulillah operation berjaya dan sekarang Cikyah dalam proses recovery! Dalam famili ummi alhamdulillah memang jarang ada orang masuk hospital. So bila dapat khabar yang Cikyah kena operate, memang kompem jadi berita GEMPAR dan GEGAR!


Endometriosis Cikyah yang dibuang.
Banyak lagi sebenarnya peristiwa2 lain yang berlaku dalam tahun 2011 tapi biarlah ummi simpan dalam memori saja. Ada yang suka, banyak juga yang duka. Yang suka akan jadi kenangan indah sepanjang hayat. Yang duka akan dijadikan iktibar agar tak berulang di masa akan datang. InsyaAllah. Mungkin juga peristiwa yang duka itu adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana ummi dan keluarga tabah menghadapinya.


Dan harapnya tahun 2012 akan menjanjikan segala yang terbaik untuk ummi, abah, Aiza dan Asyraf! Amin.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez