Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, January 5, 2012

Maggi Goreng Satu! Order Je Apa Nak.


Perhatian kepada semua hadirin hadirat sekalian? Anak ummi si Aiza tu ada permainan terbaru kihkihkih. Macamlah hot news sangat kan? Permainan apa? Ni dia:
Play-dough set untuk main masak2
Alkisahnya selama ni Aiza suka main masak2. Dah namanya pun budak perempuan kan? Dah banyak kali jugaklah ummi, abah or cikyah belikan dia set masak2. Yang terbaru hari tu ada student abah datang bawak set masak2 yang sangat cantik kaler pink. Jenuhlah ummi dan abah layan dia 'main pondok2' dalam rumah. Tapi macam tak thrill kan asyik main guna ikan plastik, telur plastik, sayur plastic etc. So weekend lepas abah belikan dia set masak2 yang baru - guna plasticine!
Dengan harga RM36, dapat macam2 aksesori beserta 6 botol playdough. Boleh 'masak macam2 makanan'.
So sekarang inilah permainan yang jadi kegilaan dia. Lepas balik sekolah mesti ajak main masak2. Abah malas nak layan sebab abah kata dia tak kreatif. Alasan le tu --> kalau taknak join kitorang, pergi main jauh2! Macam2 masakan dah terhasil. Sekarang ni orderlah nak makan apapun, sure ummi Aiza boleh sediakan. Favourite makanan yang ada dalam menu adalah ini:
Telur goreng, fries dengan sayur. Ala2 healthy eating le konon2nya kihkihkih. Mesti ada yang terliur kan :p

Burger dengan sandwich! Burger kaler merah pembuka selera.
Ada banyak lagi yang ummi dan Aiza dah create. Ada buah oren, drumstick, aiskrim etc. Pizza pepperoni pun ada! Lupa nak snap gambar. Sekarang tengah cari idea nak 'masak' apa malam ni. Malam tadi dah gigih buat 'kek bday'. Sekalinya Asyraf datang kacau, abis tercabut semua lilin kat atas kek tu huhuhu. Tapi overall permainan ni memang best. Dengan ummi sekali join main. Nasib baiklah ada ummi yang kreatif ni :p Kalau nak harapkan abah- masak fishball jelah memanjang. Bukan susah pun, buat bulat jadilah fishbal! Abis cerita.
Tokei 'kedai makan'. Encik, saya nak order maggi goreng satu!




2 comments on "Maggi Goreng Satu! Order Je Apa Nak."

dhr on January 9, 2012 at 6:03 PM said...

canteknye! mcm makanan betul2 plak. ummi ke aiza yg buat tu? menarik jgkla play-dough ni kan? mencabar kreativiti anak & mak.

ummi aiza on January 10, 2012 at 9:05 AM said...

of course le ummi yang buat. Aiza cuma tau order je! abah pulak tau tengok je. Asyraf pulak tau kacau je!

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez