Tapi hari ni kehidupan goyang kaki dah pun tamat sebab dah kembali semula mengajar. Dan ummi rasa sangat stress sampai sakit kepala sejak semalam kihkihkih. Bila dah lama tak mengajar, semua skill seolah2 hilang. Nak speaking depan student pun asyik terbelit2 lidah. Tambahan pulak kena mengajar subjek baru yang ummi tak berapa mahir. Nervous dan tak keruan! Student pun pandang tak berkelip2 dalam hati agaknya mengata pasal madam yang berdiri depan mata.
Tambah buat ummi stress bila tengok beg kerja dah nazak hidup segan mati pun mahu. Berhabuk dan BERKULAT tinggal tunggu cendawan je nak tumbuh. Hobi gardening terbawak2 sampai ke ofis sampai beg kerja pun dah jadi tapak semaian kulat dan cendawan. Maklumlah beg tu dah terperap lama tak digunakan. So sekarang dah rasa malu nak bawak beg tu pergi mengajar. Akhirnya terpaksa usung jelah buku2, fail dan segala stationary guna tangan.
Beg kerja ummi yang dah ditumbuhi cendawan shitake. Tak berani nak bukak zip kot2 kat dalam tu pun dah jadi kandang lipas or cicak! |
Terpikir kot2 ada 'orang tu' bermurah hati nak hadiahkan ummi beg kerja sempena birthday Ahad lepas. Manalah tau kan? Orang kata, bila bersedekah rezeki kita bertambah! Kalau 'orang tu' belikan ummi beg kerja simple2 beli kat MYDIN pun ummi terima. Tapi kot2 wallet dia terlebeh tebal nak hadiahkan ummi beg Coach harga ribu riban macam kat bawah ni pun apa salahnya kihkihkih. Terpaksalah ummi terima pemberian ikhlas dia. Cehhh, berangan je lebeh.
Takde sesapa nak beli saya ke??? |
Kalaulah dapat beg macam kat atas tu, nescaya pukul 7 pagi ummi dah terpacak depan kelas. Semangat nak mengajar, semangat nak tayang beg baru! Hilang semua sakit kepala agaknya kihkihkih.
3 comments on "Makan Gaji Buta!"
ummi..cantiknye beg coach tu! i da survey harga dia, takde le sampai ribu riban...mampu milik. tp jgn beli kat butik Malaysia sebab mahal. Beli online. Tapi pastikan original!hehe..
Jgn harap mi :p
Tulah Dian, cantik sangat kan beg tu? Pandang tak jemu, siang terbayang malam merindu. Tapi 'org tu' taknak belikan. Terpaksalah kita membanting tulang memerah keringat kumpul duit nak beli sendiri hukhukhukhuk.
Post a Comment