Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, January 16, 2012

Andai Kata Diri Boleh Dibelah 3


Kesibukan dengan kerja2 rumah dan level-of-attachment Asyraf dengan ummi selalu membuatkan ummi mengabaikan dua insan lain yang cukup penting dalam hidup ummi; Aiza dan abah. Kesian sangat terutamanya dengan Aiza, sebab dulu dialah centre-of-ummi's-attention. Makan, main, mandi dan tidur semuanya sama2. Maklumlah dia anak pertama. Tapi sekarang banyak masa ummi dihabiskan dengan si kecik Asyraf. Selalunya waktu malam Aiza akan menangis nak ajak ummi baring sama2 tengok kartun sedangkan dalam masa yang sama Asyraf menangis nak menyusu dan tidur. Tak boleh buat dua perkara ni serentak sebab Asyraf jenis 'telinga tikus'. Pantang bising sikit mesti terjaga. So setiap malam ummi akan masuk bilik untuk tidurkan Asyraf dan biarkan Aiza menangis sorang2 kat luar. Tak ada orang lain dia nak ajak bermain kecuali abah (itupun kalau abah ada mood nak bermain dengan dia). Sungguh sedih dan sadis sekali. Tambah menyedihkan kalau ummi pun tertidur dalam proses nak menidurkan Asyraf. Sedar2 bila bangun pukul 2,3 pagi, nampak Aiza dan tertidur tanpa sempat nak bermain dengan ummi. Esok paginya kejutkan dia dan hantar dia ke sekolah. Itulah kitaran kehidupan yang selalu buat ummi ralat. 

Bila Aiza buat perangai dan merajuk tak tentu hala, sikit sebanyak ummi rasa sebab dia nak perhatian dari semua orang terutamanya ummi. Alangkah kesiannya dia, bila kat sekolah dia memang tak banyak bercakap. Nak berkawan pun malu2. Bila balik rumah, tak dapat pulak perhatian dari ummi. Kalau ummi tak sibuk melayan Asyraf pun, rutin harian membasuh dan menggosok baju, mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pun perlu dibereskan.Ada masanya bersengkang mata tidur pukul 12 malam pun kerja2 rumah tak siap jugak. Sudahnya terpaksa bangun awal pagi semata2 nak mengemas beg sekolah anak2 dan menyiapkan mana yang patut. Terbayang macam manalah nyai boleh membesarkan 12 orang anak dengan jayanya ye? Dia memang superwoman!

Itu belum lagi masuk bab abah. Selalu jugak dia terabai dan serabai. Maaflah abah sebab ummi sekarang sudah tak punya cukup masa nak menemankan abah layan movie atau main game macam dulu2. Kalau tengok movie dengan abah, baru 10 minit dan tertidur. Pergi tengok wayang jauh sekali. Kalau keluar berdating pun selalu terburu2; makan ala kadar saje. Maklumlah, dating disertai dengan Aiza dan Asyraf. Dan takde adegan suap-menyuap jeling-menjeling macam waktu muda-mudi dulu. Hukhukhuk...
Budak mata bulat yang suka cari perhatian!

Bila sibuk memikirkan pasal abah, Aiza dan Asyraf, perhatian untuk diri sendiri bila pulak? Jawapannya memang langsung tak ada! Tiada lagi masa bersenang lenang membaca novel, menonton drama Korea, bermain Feeding Frenzy atau yang seangkatan dengannya. Andai dapat tidur waktu siang pun sudah satu rahmat untuk ummi hikhikhik. Tengoklah rupa ummi sekarang - sudah tidak comel lagi, pergi kerja pakai  sarung je mana tudung yang ada tak ada masa nak matchingkan dengan warna baju. Nak pakai toner dan moisturizer pun kadang ingat kadang lupa. Pergi mengajar pun kadang2 bau busuk dek terkena muntah Asyraf dalam kereta. Sungguh memalukan!
Love you all!

Hai, andai kata diri ummi boleh dipecah2, andai kata satu hari itu lebih panjang dari 24 jam, andai kata perhatian ummi boleh dibahagi sama rata seadilnya - alangkah baiknya. Tapi semua itu 'andai kata'. Sesungguhnya ummi insan yang lemah, yang sentiasa mengharapkan petunjuk dari-NYA agar dapar menjalani kehidupan sehari2 dengan tenang dan berlapang dada!

Ikhlas dari:
Ummi - wanita bekerjaya yang ingin cemerlang dalam hidup berumahtangga juga!




2 comments on "Andai Kata Diri Boleh Dibelah 3"

AyuArjuna BiGoshh on January 16, 2012 at 5:12 PM said...

hahahah, ko baru dua shida, hakak 5...terbongkang setiap hari plaing awal kul 1 pagi...plg lewat bgn kul 6 pagi huhu

ummi aiza on January 17, 2012 at 9:59 AM said...

tulah pasal kak ayu! padahal baru dua. kot kalau berangan nak anak 5 macam kak ayu, kurus kering la saya jawabnya.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez