Ummi lahir pada 8/1/81. Cantik kan angka tu? Semalam adalah hari jadi ummi yang ke-25 tahun (sila ambik kalkulator dan kira sendiri). Pada usia semuda ini, ummi cukup bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Ummi punya suami yang amat penyayang, dua orang anak yang cukup menghiburkan, keluarga yang sentiasa mengambil berat akan hal ummi, kerjaya yang tetap dan kesihatan diri yang baik. I could not have asked for more. Syukur Alhamdulillah.
Sehari sebelum hari jadi ummi, abah telah belikan ummi sebiji kek yang sangat besar. Thank u abah. Entah macam mana le agaknya kita nak menghabiskan kek 2kg tu eh? Apapun, seronok sungguh dapat potong kek dengan ditemani abah, Aiza dan Asyraf di rumah sendiri. Cukup tenang tapi menghiburkan. As expected, Aiza le orang yang paling excited bila nampak kek seolah2 macam birthday dia pulak!
Ummi's fav - Chocolate Indulgence! |
Tetamu VVIP dalam majlis hari jadi ummi |
Dan semalam sempena birthday ummi, abah bawak kami semua jalan2 di KLCC. Kami mandi manda, jalan2 di park dan kemudian ajak Aiza main buaian sampai penat. Memang seronok! Tak sempat nak lunch sebab Asyraf dah tertidur dan Aiza pulak tak berapa nak bagi kerjasama.
Photo session |
Doa ummi, semoga Allah memberkati hidup ummi. Dan semoga ummi akan menggunakan usia yang diberi ini untuk terus berbakti pada suami, anak2, keluarga dan masyarakat. Dan yang paling penting, semoga ummi akan dapat mengisi setiap detik yang Allah kurniakan dengan amal ibadat buat bekalan di akhirat kelak. Amin.
0 comments on "Apa Ada Pada Angka?"
Post a Comment