The Hotel
Abah booked Hotel Vistana sebab tu yang paling dekat dengan PISA, Penang. Rate hotel erpatutan walaupun dah start cuti sekolah. Satu malam lebih kurang RM150 je. Bersebelahan dengan hotel ni ada Kompleks Bukit Jambul tapi kami tak sempat nak terjah. Facilities dalam bilik hotel pun OK. Kami sebenarnya dah lama tak tidur sekeluarga satu katil. Kalau kat rumah, ummi bentang 2 tilam queen side-by-side barulah boleh tidur selesa. Tak guna katil bentang tilam atas lantai je (macam daif je kan hahahaha). So malam hari tu, ummi dan abah tidur sipi2 je lagi nak jatuh. Nak buat macam mana, dapat anak dua2 tidur lasak tak hengat dunia kihkihkih.
|
2 orang budak yang conquer katil |
|
Cara paling mudah nak mandikan Asyraf kat hotel - dalam sinki hihihi |
The Show
Show start pukul 8.30 malam. Jarak dari hotel ke PISA dekat je sebenarnya lebih kurang 10 minit. Tapi Penang boleh tahan jem. In fact ummi rasa jem lagi teruk dari KL. Tambahan pulak waktu tu hujan turun renyai2. Kami solat maghrib dulu kemudian baru bertolak. Bila sampai PISA, parking dah penuh. Hmmm...boleh tahan ramai jugak peminat Mickey Mouse kat Malaysia ni eh? Untuk show opening night, penonton agak ramai. 90% penonton of course le budak2. Yang datang bawak baby dengan stroller segala bagai pun ramai. So scene di mana budak berlari or menangis adalah perkara biasa. Tapi surprisingly Asyraf dan Aiza elok je perangai sepanjang show. Dua2 tak berkelip tengok Mickey and friends skating depan mata. Ummi agak skeptikal pada mulanya. Ummi ingatkan, show ni cuma sesuai untuk budak2 je. Tapi rupanya mak budak dengan bapak budak pun enjoy! Jalan cerita mudah faham, costume menarik, audio dengan lighting pun superb. Bila habis setiap scene, ummi pulak yang tepuk tangan macam nak rak kihkihkih.
|
Sebelum masuk stadium |
Bila habis separuh masa pertama, Aiza dah kata ngantuk nak tidur. Mata pun dah layu je. Agaknya sebab penat travel dari KL-Penang petang tu. So by pukul 10pm kitorang dah keluar stadium. Takdelah rasa ralat sangat walaupun tak tengok sampai habis. Agaknya sebab tiket free kot. Kalau tiket bayar sendiri, sampai tutup lampu stadium baru balik rasanya hahahaha.
|
Part of the show |
The Makan-Makan
Jalan2 cari makan memang jadi agenda utama ummi dan abah. Penang memang ada banyak makanan sedap2. Petang sebelum pergi tengok show, kitorang pekena nasi kandar dengan pasembor kat Restoran Original Kayu Nasi Kandar yang betul2 ada kat sebelah hotel. Ummi dan abah jarang makan nasi kandar. Malah ummi tak tahu pun konsep nasi kandar yang sebenar. Apa yang ummi nampak, nasi kandar tu ala2 nasi tuang kuah kari then letak sayur dan lauk. So kenapa tak panggil nasi letak kuah kari je??
|
As usual, abah tgh kumpul idea nak komen pasal makanan dia hihihi |
Pasembor pun ummi tengok ala2 rojak mamak yang banyak jual kat KL ni. Takde bezanya. Tapi seriously pasembor a.k.a 'rojak mamak' kat Original Kayu Nasi Kandar ni sedap. Kuahnya pekat dan manis. Ummi makan habis sepinggan. Sekarang duk teringat2 hahahaha.
|
Kuah pasembor yang marveles |
Malam lepas tengok show tu, kitorang keluar awal. Selain sebab Aiza dan Asyraf dah ngantuk, ummi dan abah sebenarnya nak makan char kuey teow. Kami takde kedai yang spesifik nak pergi. Main belasah je jalan2 pusing sampai bandar. Then tiba2 ummi nampak ada satu gerai char kuey teow yang nampak happening. Namanya Jeff Kuew Teow. Sebab Aiza dan Asyraf dah tidur, so kami tapau. Bila sampai hotel, tak sabar2 nak makan. Sekali bila dah ngap masuk mulut.....Ya Allah....SEDAPNYA! Makan sampai licin hahaha.
|
Gambar char kuey teow tak sempat nak snap. Cepat sangat masuk perut. Yang ada gambar gerai je 'buat kenangan'. |
Selain tu, ummi sempat jugak makan laksa penang dan ABC sedap kat atas Bukit Bendera. Banyak lagi makanan lain yang teringin nak cuba tapi tak sempat. Lain kali harus pergi lagi! Seriously makanan kat Penang memang sedap2.
|
Laksa Bukit Bendera |
|
ABC sedap |
Last sekali sebelum balik, kitorang sempat singgah satu lagi restoran yang popular kat Penang - Restoran Kapitan. Speciality restoran ni jual roti nan dan ayam tandoori. Nasi briyani pun ada tapi kitorang tak order. Ni ha gambar roti nan cheese dia dan ayam tandoori yang femes tu.
So apa rasa dia? Ummi bagi 5 star! Tengoklah kat gambar tu ayam dengan roti dah kena cubit sikit tak menyempat nak ambik gambar hahaha. Roti nan tu sangat fluffy. Ayam tandoori pun sangat sedap dan juicy tak kering macam yang biasa jual kat restoran mamak kat KL ni. Heiiii...kalau teringat roti nan ni, malam ni jugak rasa macam nak drive pi Penang huhuhu.
Moral of the story, kalau nak kurus dan jaga body ----> jangan duduk Penang!
The Jalan-Jalan
Kami stay kat Penang satu malam je. Hari Sabtu dah check out. So tak sempat nak jalan jauh2. Sebelum check out, abah sempat bawak kitorang pergi Bukit Bendera. Dapatlah Aiza merasa naik tren. Dulu tren nak naik ke Bukit Bendera ni guna tren kayu je. Sekarang dah guna tren canggih ala2 LRT gitu. So dalam masa 7 minit dah sampai puncak. Punyalah laju tren tu gayat ummi dibuatnya.
|
Model tak bertauliah |
Sampai kat puncak Bukit Bendera, kitorang sewa buggy. Bayar RM30 pusing keliling satu Bukit Bendera. Seronok sungguh! Asyraf gelak sepanjang masa. Lepas naik buggy, sedar2 kaki Asyraf kena gigit pacat hahahaha sungguh tak sangka!
|
Happy naik kereta takde dinding! Berangin je. |
Lepas check out, kitorang tak terus balik. Tapi singgah dulu Chowrasta sebab nak beli buah berangan dan jeruk. Buah berangan harga sama macam kat KL. Sekilo RM24. Tapi jeruk memang murah dan sedap. Ummi beli kat kedai Nasir Jeruk harga sekilo RM8 boleh campur macam2 (kedondong, pelam, mangga, sengkuang, pala etc). Tapi katanya kalau beli kat dalam Bazar Chowrasta, boleh dapat sekilo RM5 je. Hmm...lain kali boleh borong banyak2.
The End
Overall percutian ke Penang memang menyeronokkan. Niat dalam hati kalau boleh nak pergi lagi. Setakat pergi satu hari satu malam memang tak puas. Banyak tempat kitorang tak pergi lagi. Banyak makanan tak try lagi (ni le sebenarnya sebab paling utama). Sungguh tak sangka, hobi join contest ummi berjaya bawak kami sekeluarga ke Penang. Moga lepas ni akan ada rezeki lain yang boleh dikongsi bersama seluruh keluarga. Amin.