Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, April 10, 2012

Cita-Cita Saya Nak Jadi....


Dulu masa ummi kecik, bila jumpa saudara mara dan rakan taulan, selalu ditanya "bila dah besar nanti nak jadi apa?". Bila dah masuk sekolah pun, cikgu selalu bagi penekanan tentang pentingnya ada cita-cita. Setiap  hujung tahun, cikgu akan bagi sehelai kertas untuk tulis cita-cita atau nama pekerjaan yang nak diceburi bila dah besar nanti. Tujuannya sebab cikgu nak isi dalam report card kat bahagian belakang sekali. 

Well, kenapa perlu ada cita-cita. Supaya hidup kita lebih terarah dan ada matlamat. Bila kita dah set cita-cita, mestilah kita kena usaha untuk capai cita-cita tu kan? Tak boleh le duduk goyang kaki tengok TV je then sedar2 je dah jadi lawyer. Betul tak?

Ummi rasa, penting untuk kita sebagai ibu bapa set minda anak2  tentang cita-cita sejak mereka kecik lagi. So that mereka akan ada usaha ke arah mencapai cita-cita tu. Mungkin sekarang mereka kecik lagi umur baru 3,4 tahun dan tak tahu nak pilih yang mana satu. So kita boleh terangkan dengan cara yang mudah. Contohnya kita cakap "doktor rawat orang sakit", "polis tangkap orang jahat", "bomba tolong padamkan rumah orang yang terbakar" etc. Dari situ anak2 boleh pilih mana pekerjaan yang paling disukai. Kemudian set satu cita2 dan galakkan mereka untuk usaha ke arah capai cita-cita tu. Lagipun, kalau dah selalu sangat sebut, lama2 dia akan jadi satu doa. Iyelah, kalau dah hari2 si emak cakap "Ali dah besar nanti jadi cikgu tau", insyaAllah satu hari nanti Allah perkenankan. Amin.

Tapi kita janganlah terlalu rigid dan taksub dengan sesuatu cita-cita tu. As time goes by, anak2 akan belajar banyak benda dan explore banyak perkara. Mungkin dari situ akan timbul minat terhadap sesuatu yang lain dari yang dicita2kan selama ni. So sebagai ibu bapa, jadilah seorang yang fleksibel. Jangan terlalu memaksa. Pastinya kita sebagai ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak kita. Tapi selagi cita2 anak kita tu tak bercanggah dengan agama (nak jadi pencuri, penyangak what-so-ever), bagilah galakan. After all, tak semestinya yang kerja jadi doktor atau jadi engineer saja yang boleh hidup senang. Setiap rezeki kita dah ditentukan oleh Allah. Asalkan pekerjaan tu halal dan diberkati, insyaAllah boleh hidup dengan rezeki melimpah ruah juga.

Jangan terlalu memaksa anak2 untuk mencapai cita2 yang mereka tak suka atau diluar kemampuan mereka. Nanti teruk akibatnya. Mengikut pengalaman ummi sendiri, masa ummi mula2 mengajar kat UIA dulu, ummi pernah mengajar seorang student yang ada masalah attitude. Bila ummi panggil face-to-face, katanya dia tak minat dengan course yang diambiknya waktu tu. Dia suka nak jadi engineer, tapi parents suruh ambik economics sebab ada family business yang nak diperturunkan padanya. Akhirnya dia memberontak dengan cara ponteng kelas, assignment tak buat, kuiz selalu meniru. Pointer sangat rendah dan ada kemungkinan dibuang dari UIA. Yang sedihnya dia bagitau ummi, sekiranya dia dibuang dari UIA sekalipun, parents dia dah rancang nak masukkan dia kolej swasta - course economics jugak!

Sebagai anak pulak, cubalah untuk menggembirakan hati ibu bapa. Mungkin kadang kala permintaan ibu bapa tu sukar untuk dituruti dan tak kena dengan jiwa. Tapi cubalah dulu, mana tahu minat akan timbul kemudian ye tak?

So berbalik pada soalan di atas tadi. Dulu masa kecik2, apa cita-cita ummi? Hahaha jangan tak tahu, setiap tahun cita-cita ummi bertukar. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi engineer, kejap nak jadi polis. Pendek kata semua pun ada. Tapi yang paling tak menahan, ummi pernah ada cita-cita nak jadi peragawati! Diulangi hadirin hadirat sekalian....PERAGAWATI tu hahahaha. Ni kalau Nasha Aziz baca entry ummi ni, mahu berdarah tekak dia ketawa tak hingat dunia. Manakan tidak, tinggi dah le tak cukup. Gaya apatah lagi. Hari2 pergi kerja pun sarung baju mana yang ada je. Bukan kisah pun tudung dan baju matching ke tak. Tu tak kira lagi kebolehan nak catwalk. Pakai high heel pun sekali je waktu sanding dengan abah dulu. Selebihnya, sandal satu inci tu jelah yang disarung ke sana sini.

Malam tadi masa mandikan Aiza, ummi borak2 dengan dia. Ummi tanya "kakak bila besar nanti nak jadi apa?". Aiza jawab "nak jadi kakak la".

Errkkk...tak paham konsep dia ni. Perlu diberi lebih banyak penerangan.




0 comments on "Cita-Cita Saya Nak Jadi...."

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez