Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, April 5, 2012

Lesson Learned


Malam tadi, entah angin apa yang menyampuk Aiza, dia buat perangai koyakkan buku sekolah. Ummi nasihat dan cakap elok2 suruh dia simpan balik buku tu dalam beg tapi dia buat tak tahu je. Makin galak dia koyakkan buku, sikit-demi-sikit. Memang cukup menguji kesabaran. Ditambah pulak waktu tu si Asyraf pun menangis dan muntah lepas makan ubat batuk. Then abah pun mula tinggi suara. Tapi Aiza ni memang ada perangai keras hati sikit. Dia continue koyak buku, so abah cubit. Tapi surprisingly cubit pun tak jalan jugak. Last2 abah letak dia kat luar rumah dan kunci pintu tak bagi dia masuk.

Bayangkan, malam2 buta ada budak perempuan menangis terpekik terlolong kat porch depan rumah. Satu taman boleh dengar.  Jiran2 mesti ingat kitorang dera anak.

Sambil menangis, sambil ketuk goncang pintu, sambil merayu!

"abah, bukak pintu! Aiza nak kencing"
"abah, bukak pintu! Aiza ngantuk ni"
"abah, Aiza nak ummiiiiiii"

Dalam hati memang rasa kesian. Biasalah being ummi kan, tersentuh hati bila dengar anak menangis. Tapi kadang2 tindakan macam ni perlu jugak dibuat untuk mendisiplinkan dia. Kalau tak nanti dia ingat semua perbuatan dia tu acceptable.

Drama swasta berlanjutan lebih kurang 15 minit bila tiba2 abah dengar bunyi berdentum kuat kat pintu. Cepat2 abah bukak. Ni hasilnya:
Pasu pokok roselle jadi mangsa keadaan. Buku dah koyak sana sini.
Dalam usaha Aiza nak masuk rumah, dia telah heret satu pasu roselle ummi dan  gunakan pasu tu untuk konon2 'pecahkan pintu'. Tak boleh bayangkan macam mana dia mampu angkat pasu berat tu. Tapi dalam keadaan menangis dan geram,  dia dapat banyak tenaga!

Dah masuk rumah, sambung menangis lagi. Then ummi pujuk. Ummi suruh dia salam dan mintak maaf kat ummi dan abah.

Pagi ni ummi dengar perbualan-satu-hala dia dengan Asyraf yang lebih kurang begini:

"Adik batuk kena makan ubat. Jangan nangis. Jangan muntah kat karpet. Nanti kalau tak adik duduk kat luar, tak boleh masuk rumah!"

Lesson learned kan kakak kan?



3 comments on "Lesson Learned"

azlie on April 5, 2012 at 1:22 PM said...

itu pasu pokok mulberry la mi

ummi aiza on April 5, 2012 at 1:45 PM said...

Oh sorry wrong info. Roselle sudah jadi 'arwah' sbb abah-yang-cabut.

AyuArjuna BiGoshh on April 5, 2012 at 4:40 PM said...

hahaha, giler gagah si aiza ni..ni gen saper ni hahahaha

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez