Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, April 6, 2012

Mabuk Cinta


Minggu lepas, ummi dapat memo dari syarikat kurier GDEX mengatakan ummi ada undelivered parcel sebab tak ada orang kat rumah. So hari Sabtu pagi2 lagi ummi dah ajak abah pergi tuntut. Dalam hati mode suspens, entah apalah yang ada dalam parcel tu agaknya? Sempat lagi abah berangan dan mengharap mudah2han dalam parcel tu ada cek hasil menang contest kat mana2 hahahaha. Dan sempat jugak berdoa mudah2han bukan dapat surat saman, surat mintak hutang what-so-ever.

Bila parcel dah dalam tangan, cepat je bukak. Ini rupa kandungannya:

6 CD koleksi lagu cinta terhebat sepanjang zaman! HAHAHAHA. Tajuk album ni Cinta Selama-lamanya hokeh.

Bila tengok parcel tu, datang dari AMP-Sinar Dept. Sah menang dari peraduan Sinar.fm tapi tak ingat peraduan apa.

Honestly, ummi memang peminat lagu2 lama. Tak percaya cuba tanya abah. Ummi selalu jadi pakar rujuk dia kihkihkih. Tanyalah apa juga soalan berkaitan lagu2 90-an, sure ummi boleh jawab. Tapi lagu2 yang ada dalam koleksi ini JAUH LEBIH RETRO. Soooooo yesterday! CD ni bukan setakat ada lagu2 dari zaman Uji Rashid or Sharifah Aini, tapi sampai ke zaman J Mizan dan Ahmad Jais pun ada! Dan ada banyak jugak nama2 penyanyi yang ummi tak pernah dengar. Contohnya:
 
Sarena Hashim (agaknya ada kena mengena dengan Jeslina Hashim hahaha)

Sugiman Juhari (ni mesti orang jawa ni)

Habibah Yakob (eh macam nama lecturer kat UIA ni je)

Dan yang paling tak tahan ada penyanyi or kumpulan dolu2 nama SAFAREES heeheehee. 

Ummi juga mendapati penyanyi dulu2 suka letak huruf awalan kat nama diorang contohnya macam M Rizal, S Roslee, A Rahman etc.

Semua sekali ada 132 lagu cinta kesemuanya. Hari tu dah pasang 1 CD. Tu pun tak abis dengar. So ni ada 5 lagi CD belum terusik. Kalau ummi pasang semua CD cinta ni back-to-back, sure ummi mabuk cinta. Anyway, thank u Sinar.fm. Album ni akan duduk bersama2 dengan CD dan DVD Adele yang ummi menang dulu tu. Bertambahlah koleksi lagu2 ummi.

Ikhlas dari,
P Ummi --> p for perasan!




0 comments on "Mabuk Cinta"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez