Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, September 25, 2013

Barang Baby Part III: Spectra 3 Breast Pump

5 comments
Masa bersalinkan Aiza 5 tahun lepas, ummi ada beli breast pump brand Tollyjoy. Sebab breast pump tu battery-operated, so memang sangat convinient sebab boleh angkut sana sini. Sizenya kecik dan ringan. Tapi memang diakui, ummi tak istiqamah breastfeed Aiza. Campur2 between BF dan susu formula. Masa Aiza 10 bulan (time tu bulan puasa), berakhirlah kisah ummi menyusukan Aiza.

Bila Asyraf lahir 3 tahun berikutnya, semangat berkobar2 nak fully breastfeed mamat sorang tu. Tapi by that time, breast pump tu pulak yang buat masalah. Ada a few parts dia yang dah start tanggal. Then suction dia pun makin lama makin kurang. Tak sampai setahun BF Asyraf, breast pump tu pun tinggal nyawa2 ikan je. Dan berakhirlah jugak kisah ummi menyusukan Asyraf. Coincidentally waktu tu pun bulan puasa jugak.

Dan setiap kali stop breast feed kat anak2, mesti rasa sedeh dan guilty sob sob sob..<lap air mata laju2>

So ni nak masuk anak ke-3, timbul lagi semangat berkobar2 nak fully breastfeed baby yang akan lahir ni. So ummi pun mulalah gugel sana sini tengok mana breastpump yang elok dan affordable. Kalau tengok harga breastpump yang canggih kat market sekarang, cecah ribu riban pun ada i.e Medela Freestyle, Avent etc. Akhirnya, ummi decide nak beli Spectra Dew 350. Ramai orang bagi good review. Harganya pun affordable tak semahal brand Medela. Kebetulan Fabulousmom.com ada buat promosi. Discount up to 30%. So gigih ummi heret abah ke Fabulousmom outlet kat TTDI.

Bila sampai sana, alhamdulillah ada stok. Harga asal RM550 lepas diskaun jadi RM420 (ini harga breast pump shj bukan set). So ummi pun terus ambik dan cakap kat salesgirl nak test dulu. Masa tengah testing2 tu, tiba2 sales girl tu tanya "Kenapa akak tak ambik Spectra 3 je? Harganya jauh lagi murah. Retail price RM388 tapi sekarang promosi RM288 je. Beza lebeh seratus dengan yang akak nak beli ni". 

Dengar perkataan MURAH teruslah ummi berminat hehehe. Dan sangat jarang ummi nak beli barang tiba2 orang kedai suggest untuk beli barang yang jauh lebih murah. Selalunya memanjang promote barang yang lagi mahal. Ye tak?

"Apa bezanya Spectra 3 dengan Spectra Dew 350 ni dik?"

"Semuanya sama kak. Beratnya sama. Dan dua2 pun boleh buat double pumping. Cuma yang beza designnya. Spectra 3 tak lawa bentuk kotak Spectra Dew 350 comel bentuk bulat"

"Design akak tak kisah sangat"

"Satu lagi bezanya pada suction. Spectra Dew 350 kuat sikit suctionnya. Spectra 3 agak perlahan tapi ramai je yang kata OK. Suction kuat2 pun sakit breast kita kak. Kalau tak percaya nanti saya bagi test dua-dua"

"Betul jugak tu. Nanti akak test dulu"

"Tapi satu je kak, Spectra 3 bunyi dia bising. Kalau akak mengepam time suami & anak akak tidur, mahu terjaga diorang"

"Oh tu tak jadi masalah. Husband akak selama ni anak menangis tengah malam pun tak terjaga (or terjaga lepas tu tidur balik). Setakat bunyi breast pump, no hal le"

<sengih je salesgirl tu>

Setelah ummi test, ummi mendapati suction Spectra 3 dengan Spectra Dew 350 lebih kurang sama je. So ummi end up beli Spectra 3. #jimat-duit-aku!
InsyaAllah ummi nak try breastfeed next baby ni selama yang mungkin. Doakan ummi berjaya. Sesiapa yang ada experience guna Spectra 3 ni, cuba bagi review sikit!



Friday, September 20, 2013

Barang Baby Part II: Fisher Price Rocker

0 comments
Ummi memang tak pernah beli rocker atau bouncer untuk anak2 sebelum ni. Masa Aiza dengan Asyraf kecik2 dulu, diorang tido dalam buai. To be exact, buai elektrik. So cuma tekan suis, setkan speed then pandailah buai tu ayun sendiri. Banyak jasanya buai elektrik yang ada kat rumah tu. Bila Asyraf dah umur setahun lebih, motor buai dah mula rosak. Spring buai pun dah hilang elasticity.Yelah sebab dah bertahun guna sejak dari zaman Aiza. Ummi pun pack buai tu letak kat bilik store. Maka berakhirlah riwayat "Aku sebuah buai elektrik". Boleh buat macam karangan sekolah rendah!

So ni bila dah nak dapat anak ke-3, mulalah plan nak beli motor buai yang baru. Tapi pikir punya pikir, harga motor buai pun bukannya murah. Satu motor harganya RM100++. Pulak tu kalau guna buai, tak berapa mobile. Nak hangkut ke sana sini leceh. So ummi tukar plan beli rocker pulak. Kebetulan Si Sarah opismate ummi yang sama2 pregnant baru je beli Fisher Price Rocker (sekarang memang Sarah jadi partner-in-crime ummi shopping barang online habiskan duit hahaha). Banyak jugak online shop yang jual rocker ni. So gugel punya gugel, jumpa satu website ni yang tengah buat promosi. Harganya RM170 including postage. Sesiapa berminat boleh tengok kat SS Baby Store. Considered saaaaaaaaaaaangat berbaloi berbanding beli kat luar. Harga retail kalau beli kat Jusco/Parkson lebeh kurang RM300++.
Servis sangat bagus. Skynet dtg opis subuh2 ummi pun tak sampai lagi time tu.

Fisher Price Rocker ni ada 2 kaler. Satu biru satu hijau. Harga sama je. Dua2 ada hanging toys dan boleh vibrate (battery operated). Ummi pilih yang hijau sebab ummi rasa yang hijau tu lagi cantik. Bila dah beli, baru tahu rupanya hijau dengan biru ada beza. Yang hijau takde muzik! Redha jelah. Muziknya nanti biar datang dari mulut ummi sendiri. Cakap je nak lagu apa, semua ummi boleh nyanyi ala2 jukebox hahaha.
Tak sempat nak tunggu baby ke-3 ni lahir, Fisher Price Rocker ni terlebeh dulu dirasmikan oleh Si Asyraf. Nasib baiklah rocker ni boleh tampung berat sampai 18kg. Boleh kata hampir setiap malam dia tido dalam rocker ni. Bila dah lena, baru ummi angkat dia tido sebelah ummi. So maknanya, rocker ni dah mula berjasa pada ummi. Thank u sooooo much!


Thursday, September 19, 2013

Barang Baby Part I: Carter's Romper

1 comments
Ummi currently 33-weeks pregnant. Yes, untuk sesapa yang tertinggal keretapi tu, ummi nak buat pengumuman sekali lagi. Ummi sedang pregnant! Diulangi, sedang pregnant. Kat UIA pun ramai yang tak sedar ummi pregnant. Sebabnya, perut ummi kecik. Bila dah masuk 3rd trimester ni, baru orang mula perasan. Biasanya orang akan tanya macam ni "Eh syidah pregnant ke? Tak perasan pun selama ni. Dah berapa bulan?" then ummi akan jawab "Iye saya pregnant. Dah nak bersalin pon" hehehe.

Alhamdulillah third pregnancy ni smooth macam dulu2 jugak. Tak ada alahan yang teruk. Cuma faktor umur buat ummi rasa cepat mengah. So lupakanlah hasrat nak beranak pinak ramai anak. Pregnant pada umur 32 banyak jugak cabarannya. Dah tak cergas macam dulu2. Masa mengandungkan Aiza 5 tahun lepas, siap boleh turun naik bas ngajar kat UIA Nilai sampai a few days before bersalin. Sekarang ni, nak naik lab kat tingkat 3 pon tak larat! 

Dan sebab tak larat le ummi dah start beli barang baby sikit demi sikit. Taknak le tunggu last2 minute baru nak shopping. Dulu masa pregnantkan Aiza, sakan beli itu ini. Maklumlah anak first. Bila time Asyraf, guna je barang kakak dia. Sampaikan seluar tido kaler merah/pink pun ummi belasah je pakaikan kat Asyraf hahaha kesian kan? Ni bila dah anak ke-3, adalah a few things nak kena beli baru. Antaranya ini:


Carter's Romper
Ummi beli online dari BabyShop for Mommies. Beli secara berjemaah dengan Si Sarah kawan ofis yang sama2 pregnant. Harganya RM30 for 5 pieces including postage. So sehelai RM6 je. Kalau kat luar harganya hampir dua kali ganda atau mungkin more than that. Ummi beli 2 set. Satu set 3months. Satu set lagi 6months.

Cuba tengok patternnya. Comel kan? Sebelum ni ummi dah beli beberapa helai baju masa raya sale yg lepas. So untuk baju, rasanya dah setel. Cuma nak cari baju lengan panjang pulak. Ummi gugel sana sini, harga sleepsuits boleh tahan mahal jugak. Any suggestions?



Wednesday, September 18, 2013

Pendatang Tanpa Izin : Part III

2 comments
Rumah ummi dah jadi port untuk pendatang tanpa izin (PATI). Kalau pihak imegresen tahu, kompem kena ops bersepadu. Asalnya dulu ada satu je PATI kat rumah. Sekarang dah bertambah jadi tiga. Sebabnya, PATI yang asal tu kawin dengan PATI yang lain (sekufu le katanya). Lepas tu baru-baru ni masa raya, beranak dapat satu lagi PATI. Tensen sesangat! Kalau korang nak tengok, inilah dia 'family potret' pendatang tanpa izin yang menumpang rumah kitorang sekarang.
L-R: Caddy Baby, Caddy Boyz and Caddy Mama

Semuanya dah dibagi nama dengan Aiza. Si Bapak-Caddy Boyz. Si Mak-Caddy Mama. Si Anak - Caddy Baby. Kot nanti makin beranak pinak, taktau nama apa pulak diletak. Ummi menjangkakan, bila Caddy Boyz dapat cucu, kenalah tukar nama dia jadi Caddy Grandpa. Whatever le kan!

Dulu ummi memang menyampah dengan semua binatang peliharaan abah ni. Sekarang, MASIH MENYAMPAH. Tapi ummi tahu, menyampah ummi tu tak bawak apa2 makna kat abah huhuhu. So buat masa sekarang, tangguh dululah hobi gardening. Daripada ummi meroyan tengok pokok2 ummi kena berak, baik tak payah gardening langsung. So bila hari tu abah cakap pasal teringin nak minum air roselle, ummi tengok je muka dia. Buat bodo!

Then baru-baru ni, something happened-yang buat ummi sangat hangin. Cuba tengok ni:
Manalah ummi tak hangin. Habis berparut kat pipi. Bila ditanya, dia kata Caddy Mama yang buat. Sebelum tu, a few months ago Asyraf pun pernah melalak kaki dia kena cakar dengan Caddy Boyz. So sekarang ummi tengah tunggu dan lihat saje. Kot ada yang cuba nak gesel2 kat kaki, ummi tendang jauh2 sampai Afrika!

More stories pasal ketiga2 PATI ni boleh baca sini, sini dan sini.





Thursday, September 5, 2013

Buah Hati Terbaru

3 comments
Kurang sehari je lagi nak genap sebulan ummi tak update blog! Punyalah lama kan? Mesti ada yang tertunggu2 posting dari ummi (statement bajet macam artis hahaha). Hari2 duk refresh page ni kot2 ada entry baru -> paragraph ni ditujukan pada abah kihkihkih.

Well, entry ni pun ditulis berkaitan dengan abah. Sebab sejak kelmarin, dia dah ada buah hati baru. Cuba tengok ni:
Ha, ni lah buah hati baru dia. Tablet Samsung Nexus 10. Pertambahan gajet terbaru ni adalah selaras dengan pertambahan anak tak lama lagi. Hahaha ada kaitan ke? Selama ni kitorang cuma ada satu tablet je. Lepas tu duk berangan kot2 boleh menang contest dapat tablet lain. Tunggu punya tunggu, tak menang2 jugak hahaha. Then minggu lepas Cikyah mintak tolong belikan tablet untuk dia. Survey punya survey, jumpalah tablet ni. Lepas tu abah pun macam terminat jugak. So last2, instead of beli untuk Cikyah je, beli jugak untuk diri sendiri. Kot kalau ada sepuluh orang mintak tolong belikan tablet, sepuluh kali jugaklah abah beli tablet baru untuk dia. Parah!

Tapi rasanya pembelian tablet ni memang berbaloi. Ummi tengok kat internet, sebelum ni retail price RM1,183. Tapi sekarang harganya turun jadi RM849 je. Diulangi, RM849 je. Tapi itupun banyak kedai dah habis stok. So minggu lepas jauh jugak kitorang sampai ke Cheras cari kedai yang ada ready stok.

So far, prestasinya memberangsangkan. Laju sebab dual core. Tipis, ringan dan cantik jugak. Common features macam bluetooth, wifi, camera semua ada. Dan yang paling ummi suka, tablet ni HD. So gambarnya nampak sharp dan cantik!

Itu jelah review dari ummi buat masa ni. Almaklumlah, sejak beli baru 2,3 kali dapat pegang. Selain dari tu, abah dan Aiza je yang konker. Huh nyampah!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez