Dah lama rasanya tak update pasal contest. Syukur alhamdulillah masih ada rezeki dalam bidang ni
walaupun aktiviti agak slow sebab sibuk menghabiskan silibus, menyiapkan carry marks
students dan sekarang tak cukup tangan nak marking exam paper pulak. Hobi ummi yang satu ni
memang menyeronokkan, dan hasilnya pun not bad jugak. Antara yang ummi menang baru-baru ni:
#Jam Tangan Bonia Bernilai RM318 Promosi In Trend Bulan Ogos 2011
Dah beberapa kali beli In Trend dan join contest yang
ada tapi tak pernah menang sampai frust dibuatnya. Last sekali beli bulan Ogos
tahun lepas. Ummi join beberapa contest, hantar dan kemudian terus lupa (tak
mengharap kononnya). Tiba2 2 minggu
lepas dapat surat kata menang jam tangan. Menang atas nama abah. Sukeeeee
sangat! Tapi jam tangan Swatch yang abah bagi 7 tahun lepas masih elok. So jam
Bonia ni simpan dulu buat pekasam kihkihkih.
Jam Bonia kecik comel still berbalut dalam plastik |
#Hamper Libresse Bernilai RM100 Promosi In Trend Bulan Ogos 2011
Yang ni menang atas nama ummi pulak. Abah yang tolong
ambikkan dari Measat Publications sekaliarung masa dia ambik jam Bonia. Dia kata
malu usung benda alah ni ke kereta sebab saiznya besar gedabak! Kalau usung
hamper makanan takpe jugak, ini hamper TUALA WANITA. See:
Pengedar tunggal barangan Libresse kat rumah :) |
Cukup stok untuk setahun. Umi plan nak bagi sikit kat sedara
mara jiran tetangga masa balik kampong awal bulan depan. So Ceklon, if u read
this, inilah jajan untuk Ceklon.
#CD Album Jason Mraz dari YesWorld
Menang CD album Jason Mraz yang terbaru. Lagu2 dari album
dia yang dulu ummi layan jugak macam lagu I’m Yours atau lagu Lucky duet dia dengan Colbie
Cailatt. Tapi album yang baru ni ummi belum familiar lagi. CD ni pun belum
dituntut sebab jauh nun di KL sana. CD ini akan berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan CD Adele dan CD Lagu Cinta yang ummi dapat hasil menang contest
jugak.
#4th Prize Lancome Malaysia's "Hypnose Doll Eyes" Contest
Yang ini kemenangan paling tak disangka. Ummi join contest
kat Facebook Lancome Malaysia. Caranya cuma create karakter dolly guna aplikasi
yang disediakan, mekapkan lawa2, tambah rambut , aksesori etc, bagi nama dan
kemudian emailkan ke pihak Lancome. Then semalam ni dapat tahu ummi dapat hadiah ke-4.
Hadiahnya tak calang2 pulak tu! Beg Prada Raso Satin Pleated Wristlet worth RM1600 dari Rebonz dan
sebatang mascara dari Lancome worth RM85. Senyum sepanjang hari ummi dibuatnya. Seriously I’m still speechless until now!
Ummi dapat 4th prize |
#Marie Claire Web Winners March
Ternampak nama ummi terpilih as one of the winner untuk
promosi Marie Claire bulan Mac. Senang je contestnya. Bukak website Marie Claire, kemudian jawab soalan mudah. Hadiahnya barangan Crabtree and Evelyn. Dah lama
sebenarnya aim nak dapatkan produk ni. Nak beli guna duit sendiri macam tak
tergamak pulak. So selama ni duk curi2 pandang tiap kali lalu depan kedai dia. Tak
sangka akhirnya ada jugak rezeki nak merasa guna produk ni hasil menang
contest. Ummi sangat tak sabar nak tuntut hadiah ni!
Hadiah yang paling ummi tunggu2 |
So tu jelah yang ada buat masa sekarang. Syukur alhamdulillah yang teramat sangat. Lebih2 lagi contest yang ummi join ni
kebanyakannya tak perlu beli apa2 barang kecuali contest In Trend (kena beli
majalah harga RM7++). Yang lain semuanya web-based atau lalu Facebook, so tak perlu modal
walau sesen pun. Kesimpulannya, di mana ada usaha, di situ ada hadiah hihihi.
0 comments on "Rezeki Contest"
Post a Comment