Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, October 31, 2011

Aiza Sambut Birthday Kat Sekolah


Nursery IIUM akan buat birthday celebration pada setiap hujung bulan. So pada hari Jumaat yang lepas, ada birthday celebration untuk semua budak yang lahir pada bulan 10. Antaranya ialah Aiza. 

Selain Aiza ialah Habib, Adam, Nor, Busyra & pasangan kembar (tak ingat nama)
So ummi pun gigih le buatkan goodie pack dan beli kek untuk Aiza. Goodie pack dah lama sediakan sejak sebelum raya hari tu. Beli kat kilang cocoaland sebelah rumah ni je <- kes emak terlebih excited berbanding anak!

Menu utama sekolah yang sediakan (menu breakfast). Parents cuma tambah makanan sampingan je. Setelah pikir2, ummi bawakkan jagung rebus je ke sekolah. Nak goreng mi or buat kuih macam malas. Tak sure parents lain bawak makanan apa. Tapi yang penting memang penuh satu meja masa ummi hantar makanan ke sekolah hari tu.

Aiza dengan kek tema belon dan jagung rebus penuh satu bekas besar.

Goodies untuk lebih kurang 50 orang budak2.
Sempat jugak bawakkan kamera mintak tolong teacher suruh ambikkan gambar. Nilah antara hasilnya:

Aiza dan Yumi
Birthday boys and girls. Habib dan Nor tak datang.
Tengah potong kek. Share dengan kawan-kawan.
So sempena birthday Aiza kali ni, puaslah dia potong kek (makannya tidak!). Mula2 potong kek dengan abah & ummi, then potong kek dengan sepupu sepapat belah abah, lepas tu potong kek dengan teacher & kawan2 kat sekolah, last sekali potong kek dengan sepupu sepapat belah ummi pulak. Cukup2lah tu nak mengkayakan King's Confectionery untuk tahun ni! Tahun depan beli lagi.


1 comments on "Aiza Sambut Birthday Kat Sekolah"

azlie on July 10, 2019 at 9:12 PM said...

happy early birthday, aiza !

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez