Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, October 28, 2011

Genting Highland - Here I Come


Beberapa bulan lepas ummi ada join satu contest anjuran Genting Theme Park. Contestnya simple je, tak perlu purchase apa2. Cuma perlu bagi nama untuk satu permainan terbaru yang sedang dibina oleh pihak Genting Theme Park. Kena nyatakan jugak sebab kenapa kita bagi nama tu. Cara join pun mudah, cuma email maklumat peribadi beserta dengan cadangan nama yang dirasakan sesuai. Alkisahnya ummi pun joinlah. Dan ummi paksa abah join sekali. Hadiahnya macam2; IPad, kamera dan 50 pemenang saguhati dapat 2 keping tiket ke Genting Theme Park. Hari ni bila ummi check kat website Genting, ini resultnya  teng..teng..teng.....

Dapat consolation prize. So dapat 2 keping tiket ke Genting. Sukanya!!!!
Abah tak menang apa2 sebab nama yang abah cadangkan LANGSUNG TAK BEST kihkihkihkih. So tiket ni untuk ummi dan Aiza. Abah kena beli tiket sendiri. Even worse, abah kena duduk je jaga Asyraf sementara ummi dan Aiza naik roller coster wowowiiiiiii............

Dan tengahari ni dapat satu lagi berita gembira. Peraduan Syahirah yang ummi masuk atas nama ummi dan cikta tu dah keluar jugak resultnya. Nama cikta terpilih sebagai pemenang tempat ke-2. Nama ummi tak naik - takde ong. Hadiah yang cikta dapat - set makan Royal Gold 24K bernilai RM1170. Tapi dah kawtim dengan cikta. Cikta ambik set pinggan mangkuk, ummi pulak ambik set cawan/tekonya kihkihkih. Tak boleh bayangkan macam mana pinggan tu siap ada emas 24K. Nak basuh sental kuat2 pun tak berani takut tanggal emasnya kahkahkah. Dirasakan barang sesiapa makan menggunakan set pinggan mangkuk tersebut, akan bertambah seleranya!!! Beware!

Tahniah cikta. Lain kali join contest lagi nak???




3 comments on "Genting Highland - Here I Come"

azlie on October 28, 2011 at 10:03 PM said...

The Levidra! :p

Cute MuM on October 30, 2011 at 1:38 PM said...

Tahniah.. Cute mum tak tau pulak boleh join kalo takder worldcard.. Rugi2... Huhuhu... Memang tak dpt apa2 email.. Kena pergi kaunter n redeem jer..
Bila nak pergi tue? ;)

ummi aiza on November 1, 2011 at 11:50 AM said...

tak sure lagilah cute mum. Agenda bulan 11 dah full. Maybe pergi bulan 12 kot. Sure sesak sbb time tu cuti sekolah huhuhu

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez