Ada berita gumbira.
Pokok mulberi ummi dah berbunga dan keluar putik! Syoknya! Hahahaha..
Dulu ummi ada tulis satu entry pasal kegembiraan ummi ada pokok mulberi. Then lepas beli pokok tu, abah pangkas ranting dan daunnya sebab nak bagi tunas baru keluar. Sejak minggu lepas pokok tu memang dah keluar tunas dan daun baru. Semalam bila balik kerja, ummi check pokok mulberi tu dah keluar putik. Seronoknya tak terkata! Padahal pokok mulberi aje. Itupun cuma sepokok. Tapi happy mengalahkan orang yang ada 100 hektar dusun buah-buahan kihkihkih.
Then batang daun kesum yang ummi rendam dalam air pun dah keluar akar. Malam tadi ummi dah pindahkan dalam pasu dengan harapan dia akan hidup subur so senang le nanti nak buat asam pedas. Selain tu kunyit pun dah keluar tunas, kangkung yang ummi tanam guna teknik keratan batang & akar pun dah mula keluar daun. Mood berkebun menyerang lagi nampaknya!
Cepatlah kau besar wahai kangkung. Nanti boleh masak kangkung goreng belacan. |
Daun bawang yang membahagiakan. Seminggu je tanam then dah boleh tuai hasilnya. |
Kailan or maybe salad (kes pakai main semai je letak banyak2 biji benih dalam satu pasu. Bila dah tumbuh, taktau pokok apa). |
Kailan (or maybe salad) ni ummi tanam sama waktu dengan pokok bunga telang dan pokok roselle. Pokok roselle dan bungan telang dah subur berdiri. Yang ni pulak cekudut je cuma 1cm. Kalau ginilah gayanya, sampai tua pun tak merasa kailan tanam sendiri. Sebab geram, ummi dah 'matikan' pokok2 bantut ni. Sekarang dalam proses semai benih yang baru.
Lada bantut |
Gardening sememangnya hobi yang menyeronokkan. Sekarang ni hampir 40% topik perbualan antara abah-ummi adalah pasal tanaman. Kalau shopping kat Tesco atau Daiso pun laju je kitorang ke bahagian gardening. Dua2 pun perasan nak jadi petani moden kihkihkih. Lepas tu macam berlumba2 sapa punya tanaman lagi hebat. Setakat ni rekod dipegang oleh abah. Dia berjaya tanam mulberi dari RANTING sahaja. Bangga tak hengat dunia!
Memang kalau nak diikutkan, lebih senang beli sayur kat pasar. Tapi makan hasil tanam sendiri memang lain rasanya. Tak percaya? Cubalah!
0 comments on "Update Pasal Tanaman"
Post a Comment