Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, October 24, 2011

Petua Hilangkan Tahi Lalat Di Baju


Ummi yakin masalah tahi lalat kat baju dialami oleh semua orang especially orang2 yang ada anak kecik. For some reason mengikut pengalaman ummi, tahi lalat mudah ada kat baju yang terkena susu. Sekarang ni baju2 Asyraf banyak yang dah bertahi lalat. Tshirt ummi pun banyak dah bertahi lalat (kes baju kena susu lepas breast feed). Bila baju ummi dah banyak tahi lalat, rasa tak lalu nak pakai. Then ummi kerjakan tshirt abah pulak kihkihkih. Nak buang baju2 tu macam sayang le pulak (walhal sebenarnya dah ada 2,3 helai jugak baju melayang ke tong sampah). Sebab tu bila ada anak kecik umur less than 1 year ummi suka beli baju murah2 je. Pertamanya sebab budak2 cepat membesar. Pakai 2,3 bulan terus tak muat. Sebab kedua kalau dah kotor sangat kena tahi lalat takdelah ralat sangat nak buang!

Tapi masalahnya ada beberapa helai baju yang sayang nak buang sebab hasil pemberian orang. So pagi ni gigih ummi google petua2 cara nak hilangkan tahi lalat kat baju. So far ada satu petua yang macam boleh/logik/tak membebankan untuk dipraktikkan. Kebanyakan petua2 lain macam leceh. Antaranya ada yang suruh sapu dengan getah buah mengkudu (mana nak cari buah mengkudu oiii), rendam guna air limau nipis 3 hari 3 malam le (over bebenor!!) etc. Tapi ni ummi jumpa petua yg ok. Tak tahu lagi keberkesanan sebab belum cuba. Caranya begini:

1. Ambik secawan cuka dan campur dengan 1/2 baldi air.
2. Masukkan baju yang bertahi lalat. Sebolehnya jangan campurkan baju putih dengan baju berwarna.
3. Rendam semalaman.
4. Cuci menggunakan sabun seperti biasa.

Nampak macam mudah kan? Nanti ummi nak cubalah. Setakat guna cuka NO HAL. Harap2nya berhasil le cubaan ummi. Kalau tak berhasil, terbanglah duit abah ummi nak pow beli baju Asyraf!

p/s lepas ni nak cari petua hilangkan semut pulak. Macam2 jenis semut ada kat rumah ummi. Yang kecik2 ada, yang besar2 macam semut api pun banyak. Semut is EVERYWHERE, tensen kalau ingat. Paling tak menahan, semut suka minum air masak (konon2 healthy eating tak minum air manis sekarang kau minum air kosong banyak2 eh semut?). Abis jug air masak penuh dengan semut. Malam2 bangun nak buat susu tiba2 nampak semut kerumun air masak -> rasa nak meroyan time tu jugak! Hishhh...

Sambung lagi sikit nak meroyan pasal semut. Buat perhatian semua semut, ok fine kalau korang nak kerumun air masak. Manalah tau kot2 sekarang dah tukar tabiat pemakanan nak jaga badan taknak kencing manis. Tapi yang kau kerumun thermo pot aku tu kenapa???? WHY semut WHY???? Heran betul bila semut duduk kat thermo pot panas. Mandi wap ke hape???????

Sekian.

10 comments on "Petua Hilangkan Tahi Lalat Di Baju"

Shifa on October 25, 2011 at 11:27 AM said...

hahaha lawak lah akak berperang ngan semut! sama macam shifa jugak.. kadang2 1 tong air 5L kena buang sebab semut dah berkampong dlm tu. sekrg dah xnak masak air byk2.. kalau masak terus simpan dlm fridge.. pastu bila nak minum air x sejuk dah stress. hehe..

ummi aiza on October 25, 2011 at 12:07 PM said...

Pelik kan semut suka minum air masak. kat opis pun banyak semut jugak. semut berenang2 kat dalam tumbler. padahal air masak je dalam tu.

Anonymous said...

salam ummi, mcm mana dengan cuka tu? boleh ke hilangkan tahi lalat di baju? boleh kalu nak cuba gak nih..tq ummi

ummi aiza on November 30, 2011 at 9:52 AM said...

Anonymous: hahahaha ummi tak try pon lagi. Sebabnya beberapa hari lps tulis posting ni, ummi berjaya merabakkan poket husband beli baju baru anak2. takpe..takpe, nanti kalau dah try ummi akan update.

Anonymous said...

Salam...
Tak faham kenapa nak digunakan petua yang tuan blogger sendiri tak pernah amalkan atau cuba. Kalau setakat cut and paste petua dari Google, baik google je dari baca blog nie....

Anonymous said...

Apa salahnya dia cut n paste... share info dr blog lain...at least kita tahu juga. Anda ni kuat merungut laa...

Ecah Shafiee on April 6, 2015 at 7:41 AM said...

da cuba da petua ni :

Petua hilangkan Baju Bertahi Lalat

Baju Sedondon Dot Com on October 9, 2015 at 1:34 PM said...

Tq.. Saya share petua ni ye. (",)

Azlina Aziz on December 5, 2015 at 12:46 PM said...

Sy nk share satu cara yg cepat dan mudah...masukkan clorox dlm baldi,tuang air panas mendidih dan masukkan baju yg bertahi lalat tu..care ni confirm hilang tahi lalat insyaAllah..sy dh buat dan 100% menjadi..tapi jgn masuk banyak2 sekaligus,kena masuk satu dan kocak2(guna kayu atau ape2 yg sesuai) pastu keluarkan..baru masuk yg lain dn ulang proses yg sama..kalau perlu,tambah air mendidih dan clorox lagi..yg penting clorox kena banyak dan air kene betul2 panas

DeL M00n on December 27, 2015 at 11:43 AM said...

Utk baju org dewasa rasanya ok je gna clorox..sy pon mmg gna clorox utk bj sy..tp utk baju baby tu la..sbb kulit baby kan sensitive..nk cbe jgkla gna cuka..sbb byk baju baby bertahi lalat..terkena susu..huhu..

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez