Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, October 14, 2011

Borders The Curve - Tempat Terbaik Untuk Melepak!


Ummi happy sekiranya anak2 ummi suka membaca. Ummi pun suka membaca. Ummi dulu hantu novel. Masa zaman anak dara, ummi suka sangat baca novel omputih especially cerita2 ROMANCE kihkihkih. Paling suka bila setting cerita tu zaman kurun dulu2. Zaman omputih pakai gown kembang. Satu lagi ummi suka jugak kalau setting novel tu pasal highlander, atau cerita kat gurun padang pasir etc. Dalam otak ni dah boleh bayangkan muka hero untuk setiap setting. Hihihi jangan marah ye abah?

Tapi seriously dulu ummi suka baca novel. Ditambah lagi kalau hero kat cover novel tu ensem semacam. Laju je ummi habiskan baca sehari semalam pun boleh siap. Tapi novel romance jelah. Kalau novel thriller or bunuh2 memang ummi tak minat. Buat stress otak je!

Tapi bila dah kawin dan dah ada anak dua, nak abiskan satu surat khabar pun payah. Inikan pulak nak baca novel, memang akan ambik masa berbulan2. Tapi ummi mengharap sangat agar minat membaca tu akan turun kat Aiza dan Asyraf. Dan sebab tu sejak Aiza dah pandai kenal buku, ummi selalu heret dia ke sini:

Borders The Curve
On average setiap bulan kitorang akan pergi sini lebih kurang 2 kali. Borders kat The Curve ni tak ramai orang. Sangat convinient sebab terletak betul2 kat sebelah Tesco Mutiara Damansara. Lepas baca buku boleh terus shopping. Ada dua tingkat dan ruangnya sangat luas. Yang paling best sebab dia ada ruangan membaca untuk kanak2. So kitorang selalu lepak2 kat situ sampai berjam2 melayan Aiza baca buku.

Ruang membaca untuk kanak2. Selalunya tak ada orang so boleh buat macam rumah sendiri.
Ada banyak buku pop-up, buku yang ada music, sangat kalerful sesuai untuk budak2. Mak bapak budak pun suka baca.
Hopefully Asyraf pun akan suka membaca satu hari nanti
Ummi selalu berangan nak ada mini library dalam rumah. Tapi buat masa sekarang memang berangan jelah dulu, belum jadi kenyataan. Tunggu nanti bila mini library tu dah wujud, akan ummi penuhkan semua rak dengan buku romance hero highlanderku! Awww...

Sekadar hiasan. Contoh cover novel highlander. Kalau cover gini (muka hero terpotong so tak boleh nak bayangkan) - mungkin ambik masa 2,3 hari untuk habiskan kuikuikui.


2 comments on "Borders The Curve - Tempat Terbaik Untuk Melepak!"

dhr on October 14, 2011 at 4:59 PM said...

sydah,
aku msh igt masa kita dormates, kita selau tukar2 novel tp ms tu novel melayu. pastu kau kalo novel tu sad ending ko akan emo dan rasa nak tulis kat page yang last tu ending yang ko nak. Hehehe...

Aku sampai skg suke membaca. Lagi-lagi skg aku fulltime housewife, tapi aku dah kurang minat romance, aku minat baca kisah-kisah orang kat negara-negara lain.

ummi aiza on October 15, 2011 at 10:03 PM said...

hahaha yelah kita membaca untuk hiburan, tup2 sad ending. tak terhibur langsung. memang hangin jadinya! seronok eh kalau still ada masa nak baca novel. bacalah dian sementara sempat. Nanti dah ada anak, baca paper pun tak menyempat.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez