Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, October 25, 2011

Ummi dan Contest - Apa Kaitannya?


Ummi suka join contest. Paling suka kalau contest tu online (tak payah susah2 beli setem) dan tak perlu vote (kalau vote memang kompem kalah sebab takde peminat) atau purchase apa2 barang (tak perlu keluar duit). Feveret ummi contest yang based on lucky draw ataupun slogan. Rasanya minat join contest ni datang dari abah ummi sendiri. Genetik le ni konon2nya. Haji Anuar seperti seperti yang ummi kenal sangat bertuah orangnya. Pantang ada cabutan bertuah kat Kedai FELDA, mesti nama dia naik. Dah 2,3 kali jugaklah sepanjang yg ummi ingat dia usung hamper bawak balik rumah. Dan dia sangat kompetitif orangnya. Pantang ada peraduan rumah FELDA tercantik ke, rumah terbersih ke -> tak menang tangan dia kemas satu rumah. Teringat dulu2 ada pertandingan memancing, sanggup dia kejut ceklon pagi2 buta ajak pergi pasar beli umpan kihkihkih. Nasib baik berbaloi sebab menang set pinggan ke apa ntah.

Bagi ummi pulak, minat masuk contest ni bermula lebih kurang 3 tahun lepas. Time tu Aiza baru lahir so ummi suka nak subscribe website2 yg bagi free gifts/free sample hehehe. Website huggies, dutch lady, dumex, mamy poko semuanya ummi dah join. Bermula dari situ ummi pun sukalah join contest bila ada masa lapang. Tambah excited bila menang. Tapi takdelah sehebat offismate ummi si kak ayu ni. Ummi setakat menang hadiah kecik2 je cukuplah nak buat modal nak show off kat abah kihkihkih.

So cakap pasal hadiah, pagi ni ummi datang ofis nampak satu parcel atas nama ummi. Bila bukak ini isinya:
Thumb drive 1GB

Hadiah dari contest Facebook Campbell's. Dapat sebab ummi antara 1000 orang terawal yang join contest tu. Bertambah le lagi koleksi thumb drive.

Lepas tu tengahari tadi dapat email dari United International Pictures Malaysia. Hari tu ummi ada join contest kat website dia. Hantar online je. Tak sangka menang. Grand prize pulak tu. Terbeliak bila tengok nama kat atas sekali ngehngehngeh (ada le peluang nak show-off giler2 depan abah).

Hadiahnya Sound Activated Camera berharga RM500 dan 10 keping tiket boleh tengok kat GSC Signature. Ummi dah email person-in-charge nak tanya sama ada tiket tu hanya boleh guna untuk movie Paranormal Activity 3 saje ke atau boleh tgk movie lain jugak. Actually sejak kawin rasanya sekali je pergi tengok wayang dengan abah. Sejak dapat anak memang langsung tak pernah masuk panggung. Tak sanggup ambik risiko bawak Aiza dan Asyraf masuk panggung. So rasanya hadiah tiket ni pun sedekah je lah kat sapa2 yang berminat. Tapi hadiah kameranya ummi nak hehehe (mode happy senyum sepanjang hari sampai sakit tulang rahang!). OK bye.

p/s baru je Google pasal sound activated kamera. Baru ni le tau kamera boleh snap gambar hanya guna sound-sensor. Bolehlah nanti ummi letak kamera ni kat dapur, so nanti kamera ni boleh snap gambar abah bukak peti ais malam2 buta cari makanan!



0 comments on "Ummi dan Contest - Apa Kaitannya?"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez