Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, December 7, 2011

Akikah Aiza dan Asyraf


Dipetik dari Zaharuddin.net:

Aqiqah itu  dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan. 

Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
 
********************************************************************
Bersempena dengan majlis kahwin Ceklon beberapa minggu yang lepas, ummi dan abah buat akikah Aiza dan Asyraf. Memang ummi sengaja buat akikah waktu Ceklon kahwin, so daging akikah boleh dimasak dan dihidang untuk jemputan yang datang. 3 ekor kambing semuanya. 2 ekor bahagian Asyraf, 1 ekor bahagian Aiza. So memang sesuai jadi lauk tambahan untuk majlis kahwin Ceklon. 

Nyai sempat panggil kumpulan marhaban datang ke rumah. Kami buat majlis cukur jambul untuk Asyraf juga. 
Asyraf tak reti diam

Somebody please help me!!!

Ummi, habislah rambut saya!

Tengok betapa kuatnya ummi pegang tangan Asyraf. Kalau tak dia yang nak gunting rambut sendiri.

Ummi dan Asyraf

Rambut tumbuh tak sekata. Memang patut kena botakkan lagi.
Note: tak pasti sama ada ummi ni dah diakikahkan ke belum masa kecik2 dulu. Kalau belum, mungkin boleh buat akikah untuk diri sendiri.




0 comments on "Akikah Aiza dan Asyraf"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez