Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, December 6, 2011

Sessi Potong Rambut


Hari Ahad lepas ummi buat sessi potong rambut untuk Aiza dan Asyraf. Bukan potong sendiri tapi pergi kedai yang macam ala2 salon rambut kat area Desa Jaya, Kepong. Hairstylist semua Chinese. Aiza dah 2,3 kali potong rambut kat sini. Setiap kali potong, mesti muka berubah jadi macam anak cina.

Imej sebelum gunting - rambut macam HANTU

Dah lepas gunting, blow rambut kejap! Aiza cakap "orang tu vakum rambut Aiza" :)

Hahahaha hasilnya! Seriously kalau setakat macam ni rasanya abah pun boleh gunting.
Asyraf pun potong rambut jugak. Tapi ummi suruh orang kedai tu guna mesin je. Ambik no 2 so takdelah pendek sangat sampai botak. 2 bulan lepas actually baru je botakkan kepala Asyraf. Tapi lepas tu rambut dia tumbuh tak sekata. So semalam potong lagi sekali biar nampak hensem macam abah Robert Pattinson!

Rambut tumbuh tak sekata. Ada tanda2 bakal mengalami masalah rambut macam abah bila tua nanti.

Muka innocent sebelum potong rambut

Hasilnya!
Ummi dah lama tak gunting rambut kat kedai. Last sekali masa zaman anak dara dulu. Lepas kahwin, gunting rambut dengan abah je. Lawa atau tak lawa (kadang2 senget sebelah) simpan saje dalam hati. Kalau abah gunting tak lawa pun nasib dialah sebab dia yang tengok muka ummi hari2! The end.

1 comments on "Sessi Potong Rambut"

AyuArjuna BiGoshh on December 6, 2011 at 4:31 PM said...

comeynya aiza.....

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez