Jumaat lepas adalah hari yang mendebarkan untuk ummi. Bukan sebab pagi Jummat tu ummi kena attend meeting bincang pasal paper exam, tapi sebab tengaharinya nak ambil report card di IIUM Nursery. Iye walaupun sekadar nursery, tapi perkembangan anak2 direkod dan dipantau. Jadi jangan terkejut kalau mak bapak datang sekolah ambik report card walau anak mereka baru berumur 3 bulan :)
Report Card |
So abis je meeting, ummi berkejar ke nursery. Sampai je kat nursery, sessi ambil report card untuk Asyraf dah abis. Yang tinggal hanya untuk budak-budak 3 dan 4 tahun. Waktu tu teacher Aiza iaitu Teacher Yan dah menunggu. So tak perlu beratur, ummi terus duduk depan dia. Bermulalah sessi menadah telinga mendengar segala perkembangan Aiza kat sekolah. Aiza ni lain sikit perangainya. Dia sebenarnya hidup '2 alam'. Kat rumah perangainya lain, kat sekolah perangainya lain. Apa yang lain? Kalau kat rumah, dialah segala! Berlari ke sana sini, melompat2 atas tilam, bercakap tak hingat dunia, ketawa seluruh taman boleh dengar. Tapi kalau kat sekolah, dia agak pasif. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kawan2 lain semua berlari2, dia sorang duduk kat penjuru. Nak dengar suara dia sikit punya susah. Macam tak berapa pandai berkawan. Tapi bila ummi dia waktu petang, macam bertih jagung mulut dia merepot itu ini. Kadang2 kesian jugak bila ingat kat dia. Sehari suntuk dia pendam suara tak banyak bercakap dengan kawan2. Terlalu pemalu. Mungkin ikut perangai ummi yang waktu sekolah dulu pun memang sopan, pendiam dan pemalu!
Ummi selalu buat analisa pasal perangai Aiza ni. Conclusion ummi, Aiza sebenarnya berani hanya bila ada abah dan ummi. Bila dia sorang2 kat sekolah, malu, diam dan takut2. Harapan ummi, makin meningkat umurnya, makin pandailah Aiza bergaul.
Untuk penggal kali ni, pencapaian Aiza dah makin baik. Untuk budak2 umur 3 tahun, dah start diajar alphabets, numbers, colours, solat practical dan bahasa Arab. So far Aiza sangat OK. Dah boleh kira dari 1-20 walaupun kadang2 tak ikut turutan. ABC pun dah hafal. Shapes dan colours pun dia dah kenal. Arab dia pun OK. Cuma nak kena selalu tanya biar dia tak mudah lupa. Ummi ada plan nak hantar dia mengaji. Tapi abah kata nak ajar sendiri kat rumah. So abah, bila mau start???
Dan ini adalah antara artworks Aiza sepanjang penggal yang lepas ni.
Cop2 guna jari :) |
Cop guna tapak tangan |
Macam butterfly :) |
Sengih2 ummi tengok artwork Aiza. Harapnya dia membesar jadi anak ummi yang serba boleh dalam semua perkara.
p/s Segala yang terbaik dalam dunia ni ummi doakan untuk Abah, Aiza dan Asyraf . Love you all!
0 comments on "Debaran Ambil Report Card Anak2"
Post a Comment