Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, December 8, 2011

Rebah Ke Bumi


2,3 menjak ni tiap2 petang mesti hujan. Bukan hujan biasa2 tapi hujan lebat, kilat sabung menyabung & guruh berdentum tak henti2. Kawasan yang selama ni tak pernah banjir pun tiba2 banjir kilat. Jadi kalau balik kerja lambat, sure terperangkap dalam jam yang sangat teruk. So sekarang kena pikir banyak kali kalau nak bawak anak jalan2 lepas kerja.

Ahad lepas kat area rumah ummi macam dilanda ribut. Hujan terlalu lebat, angin pun kuat. Rumah ummi bocor lagi hukhuk. Dan yang paling sedeh, bila hujan berhenti, ummi nampak ini:

Pokok cili ummi dah senget! Akar dah nak tersembul dari tanah.

Yang ni lagi sadis! Pokok roselle terus menyembah bumi. Selama ni pun pokok ni tak berapa kuat sebab berat dengan buah yang nak membesar.

Pokok cili dah senget. Nampak tak ada buah cili berjurai2 tu? Ha...tulah pokok cili yang ummi tanam. Kalau tak berbuah tu abah yang tanam.
Kebanyakan tanaman ummi sekarang dah keluarkan hasil. Cili dah banyak yang berbuah, daun kesum un dah ada 2 pasu. Tapi sekarang ni masa utuk gardening sangat limited. Hari kerja memang tak sempat nak gardening. Weekend pulak asyik takde kat rumah je. Tapi hujung ni ummi berazam nak cari masa buat aktiviti gardening. Mesti!

Note: hujan lebat pada hari yang sama juga telah menerbangkan aerial TV rumah ummi. Di rumah memang tak pasang Astro. So sangat bergantung pada aerial untuk tengok channel selain dari RTM. Tapi itu semua hanya kenangan. Sekarang yang tinggal hanya TV1 dan TV2 sahaja. Dapatlah ummi layan rancangan Agrojurnal! Sekian.


0 comments on "Rebah Ke Bumi"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez