Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, December 9, 2011

Menang Contest - Hadiah Makin Membesar!


Syukur Alhamdulillah Ya Allah! Mode happy dari petang semalam asyik senyum sampai sekarang dah sakit rahang!

Sungguh ummi tak sangka. Bermula dari 'aktiviti suka-suka', sekarang hadiah yang dapat makin berganda. Tulah kan, selama ni selalu tengok orang lain menang hadiah. Terutama sekali ofismate ummi kak ayu yang selalu menang grand prize sana sini. Tergerak hati ummi nak cuba nasib manalah tahu kot2 ummi ni pun ada bakat terpendam nak buat slogan yang best2 untuk contest.

Dipendekkan cerita, last week ummi ada join satu contest anjuran NTV7 dan Macy. Contest ni sempena Macy yang sekarang tengah buat mega sale. Banyak barang dia jual dengan harga RM10 je. Kalau tak sale, semua barang dia harga ribu riban. So ni kira gila2 punya sale. Ummi pernah sekali pergi Macy punya showroom kat Wisma Minlon, Serdang lebih kurang 9 tahun lepas kot. Time tu temankan Cikta beli sofa. Memang harganya mahal, tapi kualitinya pun sangat bagus sampai sekarang masih nampak OK dan comfy.

Berbalik pada cerita contest, caranya senang saje. Hanya perlu nyatakan apa barang Macy yang paling kita suka dan kenapa (tak lebih 50 patah perkataan). Then email. Tak payah beli apa2. Peraduan yang macam ni memang ummi suka; purely based on creativity. So as usual ummi pun hantarlah 2 penyertaan. Satu atas nama ummi, satu lagi hack akaun gmail abah dan hantar guna nama dia. Sebelum hantar email, sempat dulu email kat abah suruh dia betulkan ayat dan check grammar (memang kebanyakan slogan ummi akan 'dinilai' dulu oleh abah). Maklumlah ummi ni orang jawa, abah tu orang putih! Semalam bila balik kerja, abah cakap ada orang Macy call dia bagitau yang abah menang! Hadiahnya tak lain tak bukan.......SOFA! Yeay macam tak percaya je. Dekat 10 kali tanya abah ulang2 takut abah main2. Then bila result dah keluar kat website, haaa memang sahlah abah tak tipu ummi kihkihkih.
Memang sofa inilah yang jadi target ummi masa mula2 masuk contest ni

Close-up sikit kat sofa ummi yang cantik ni :)

Inilah winning slogannya yang dihantar atas nama abah:

My favourite item is the bedframe, because with 56 selections it meets my modest acclaim. I went crazy when I saw this, but there's no one to blame. The offers are too great, it increases my heart rate. Because they are sold cheap, now I have a place to sleep.

Mengikut kata abah, sofa ni akan dihantar oleh Macy ke rumah kami Sabtu minggu depan. Sekarang dah pening kepala pikir tempat paling strategik nak letak sofa baru ni. Sofa lama tolak jauh2 kihkihkih. So kepada sedara sedari hadirin hadirat sekalian, terutama Cikta dan Cikwan, jemputlah datang rumah ummi kalau nak duduk kat sofa baru. 

Moral of the story: Hack le akaun email suami anda untuk meningkatkan peluang menang contest. Sekian!



2 comments on "Menang Contest - Hadiah Makin Membesar!"

Cute MuM on December 9, 2011 at 2:36 PM said...

bestnya..
memang teror buat slogan..
uyun masih nak belajar..
harap ada rezeki lepas nie menang hadiah grand camnie/

ummi aiza on December 9, 2011 at 2:48 PM said...

thanks uyun. Kita pun masih belajar cara2 buat slogan yang best. Dan belum ada rezeki nak menang besar atas nama sendiri. Nampak gaya kena pinjam nama husband je.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez