Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, December 20, 2011

Macy-NTV7 Breakfast Show Contest : Hadiah Dah Sampai!


Alhamdulillah, hadiah sofa  hasil menang Macy-NTV7 Breakfast Show Contest dah pun selamat diterima. Syukur yang teramat sangat. Hadiah ni besar NILAINYA dan besar SAIZNYA! Inilah kemenangan terbesar sepanjang ummi join contest setakat ni. Harapnya akan ada rezeki lain lepas ni.

Pihak Macy sangat efisyen! Pada hari dia publish nama pemenang kat website, hari yang sama jugaklah dia contact abah bagitau pasal good news tu. Then terus person-in-charge arrange hari dan masa untuk hantar hadiah ke rumah kami. Pihak Macy call hari Jumaat, then katanya hari Selasa depannya dah boleh deliver hadiah. Tapi sebab ummi dan abah kerja, jadi abah minta hantar hari Sabtu pukul 3 petang.

Tapi sebab terlalu excited nak tunggu hadiah sampai, ummi ajak abah terjah Macy kat Ikano semata2 nak tengok macam mana rupa sofa yang bakal dapat tu kihkihkih. Sampai je kat pintu masuk Macy:

Ummi: Saya nak tengok sofa Pallazo 3-seater
Orang Macy: Ha jemput masuk. Kita tengah buat promosi sekarang. Beli sofa 4-seater boleh beli mana2 barang yang dalam senarai dengan harga RM10 je.
Ummi: OK. Tapi saya nak tengok Pallazo 3-seater dulu.

 Bila dah ditunjuk,

Ummi: (dalam hati - Wah, BESARNYA! Muat ke rumah aku?)
Abah: (terus duduk sebab nak ambik feel)
Orang Macy: Promosi sekarang ni kak. Harga asal RM4300. Sekarang kita jual RM3800 AJE!
Ummi: Gulp
Abah: (Sengih2 sebab dapat FOC)

Sebelum orang Macy tu sempat nak promosi apa2, ummi dan abah cakap thanks dan kemudian lariiiiiiik!

Tengahari Sabtu, orang Macy call lagi sekali tanya kami ada kat rumah ke tak. Bila abah kata ada, terus dia cakap lagi 20 minit dia sampai tak tunggu2 sampai ke petang. Laju betul buat kerja! 

So inilah dia sofanya, barangan kesayangan ummi yang terbaru!

Sofa ni sangat berat! Ummi dan abah terkial2 nak alihkan. Tapi orang Macy rileks je angkat.

Ha, just nice le letak kat situ!

Abah sign resit dan ambik warranty card

Its posing time! Asyraf boleh merangkak2 kat atas tu.

Sofa ni akan jadi tempat feveret ummi dan anak2 lepas ni

Macy Designer Sofa - warranty 10 tahun! Fabrik cantik dan tebal tapi washable

'Buah Hati' ummi yang terbaru
Sofa ni sangat besar. At least 4 orang adult boleh duduk. Kalau buang semua kusyen kat atas sofa tu, saiznya sama macam sebesar katil single. Kalau duduk kaki tak jejak lantai. Rasanya kalau ummi baring anak beranak pun muat kot.

Well, disebabkan ada sofa baru ni, petang ni jugak ummi nak beli febreeze. Kot2 kalau nanti ada stain atas sofa, cepat2 ummi nak sembur febreeze. Biar sofa sentiasa bersih dan wangi. Hai...teringat kat sofa, terus rasa nak zzzzzz.........


4 comments on "Macy-NTV7 Breakfast Show Contest : Hadiah Dah Sampai!"

AyuArjuna BiGoshh on December 21, 2011 at 11:40 AM said...

wahhhh sangat beshhh....tahniah ya :)

ummi aiza on December 21, 2011 at 11:57 AM said...

tenkiu kak ayu! jemputlah duduk :)

@zim@h4eva on December 23, 2011 at 3:46 PM said...

congratz syidah menang sofa yg sgt beshhh itu :)

ummi aiza on January 3, 2012 at 2:05 PM said...

thanks azimah. tapi still tak blh lawan awak menang cash :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez