Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, December 5, 2011

Peraduan Ceria Raya Syahirah - Prize Giving Ceremony


Macam yang ummi ceritakan dalam entry sebelum ni, ummi ada join contest Ceria Raya Syahirah atas 2 nama; satu nama ummi dan satu lagi nama Cikta. Dengan modal RM30, ummi beli 2 gel pengelupasan, satu ummi guna, satu lagi bagi kat Cikta. Memang dulu2 pun pernah beli produk ni, tapi brand Ginvera. Rupanya Ginvera dan Syahirah datang dari company yang sama.Gel pengelupasan ni bagus untuk buang sel mati dan bintik2 hitam kat muka. Hasilnya kulit jadi halus selembut sutera dan nampak berseri.Ceh...macam promote pulak!

Nama ummi takde rezeki, tapi alhamdulillah penyertaan atas nama Cikta dalam tempat ke-2. Hadiahnya ialah Set Makan Royal Gold 24K. Hari Sabtu lepas diadakan sessi penyampaian hadiah  kat Mydin USJ. Majlis start pukul 2.30pm dalam suasana meriah dengan gold sebagai theme colour.

Sessi fotoGEDIK untuk para pemenang. Cikta posing tak hengat dunia!

Hadiah untuk para pemenang
Majlis diacarakan oleh Fara Fauzana. Sebelum tiba part penyampaian hadiah, ada jugak sessi kuiz untuk orang ramai. Rasanya hadiahnya ialah produk Syahirah. Tapi ummi tak join sebab time tu tengah sibuk melantak lunch nasi ayam kat foodcourt betul2 kat sebelah stage. Dalam pukul 3pm, barulah VIP yang jugak spokeperson dia sampai. Tak lain tak bukan........ABBY ABADI. Seriously dia nampak sangat cantik bila kita tengok live. Terserlah aura dan gaya artisnya. Fara Fauzana pun nampak cantik bila tengok dekat2.

Barisan pemenang tempat ke-2
Senyum ceria menang pinggan emas :p

Hadiah yang diterima
So far majlis sangat OK, tak meleret berjam2. Majlis penyampaian hadiah pun dibuat pada waktu yang dijanjikan tepat pukul 3.30pm. Bukan apa, banyak je event2 lain yang ummi dengar meleret2 dengan ucapan VIP, promo etc. Nak umum nama pemenang pun ambik masa lama. Tapi majlis Syahirah ni tak macam tu. Majlis yang meleret2 tak sesuai dihadiri untuk orang2 yang ada anak kecik macam ummi ni. 

Lepas habis majlis, ummi pun balik. Tak sempat nak shopping kat Mydin sebab Aiza dan Asyraf dah tertidur. Anyway as promised, hadiah yang diterima bakal dibahagi 2. Ummi ambik tea set, Cikta ambik set pinggan. Ummi tak tengok lagi macam mana rupa set pinggan mangkuk yang dimenangi tu. Tapi apapun, alhamdulillah. Memang kena pada masanya sebab rumah ummi sekarang tak ada tea set. Kalau ada tetamu datang rumah, ummi guna jug je. Air sejuk pun dalam jug. Air panas pun dalam jug juga. Sungguh tidak professional!

Entah bahagian mana yang ada emas 24K tu pun ummi tak tahu. Mungkin corak2 yang ada diperbuat dari emas kot. Ummi jokingly cakap dengan semua orang, kalau makan guna set pinggan mangkuk emas ni selera akan bertambah. So sesapa yang plan nak diet tu, kena guna pinggan melamin saja kihkihkih.

Note: kalau betul le ada emas 24K melekat kat tea set ummi tu nanti, harus ummi jaga bagai nak rak. Basuh pun tak boleh sental kuat2 takut emasnya tanggal. Lap guna wet tisu saja kihkihkih. Bila berlaku zaman kegawatan ekonomi nanti, tea set ummi inilah yang bakal jadi penyelamat. Akan ummi kikis emas yang melekat then jual kat kedai! Yahoo...




2 comments on "Peraduan Ceria Raya Syahirah - Prize Giving Ceremony"

Cute Mum on December 5, 2011 at 3:37 PM said...

bestnya dapat pergi prize giving nie..
cute mum baru g sekali..
mesti cantikkan set tea tue..

ummi aiza on December 5, 2011 at 4:44 PM said...

Memang seronok walaupun menang bukan atas nama sendiri. InsyaAllah satu hari nanti ada rezeki diri sendiri naik atas pentas dapat hadiah :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez