Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, December 21, 2011

HYTEX Warehouse Sale - Shopping Sakan!


Rumah ummi bersebelahan dengan taman perindustrian. Segala jenis kilang pun ada. Antaranya yang glamer kilang Cocoaland, kilang Tiau Yoke yang buat mee kuning, kilang baju Bintang Fashion, kilang barang mainan kanak2 dan yang jadi feveret ummi sekarang: kilang HYTEX. Kilang Hytex ni buat baju  brand Disney (Looney Tunes, Pooh, Mickey Mouse etc). Selalunya baju2 keluaran Hytex dijual kat Jusco, Parkson, Anakku, World of Cartoons, World of Babies etc. Tapi kali ni Hytex buat warehouse sale jadi ummi terjah shopping kat kilangnya saje hehehe.

Hari pertama ummi pergi dengan abah, Aiza dan Asyraf. Well, kalau shopping bawak anak2 memang tak berapa syok. Mood nak membelek2 jatuh merudum. Capai mana yang sempat saje sebelum Asyraf melalak. Inilah hasil untuk hari pertama:
Tshirt Asyraf RM10 - tema Chinese New Year :)

Baju RM10 untuk gantikan baju2 Asyraf yang dah bertahi lalat :)

RM8. Tshirt untuk Aiza.
Sebab tak puas hati, hari Ahad ummi pergi lagi. Nasib baik Hytex dekat dengan rumah so nak ulang alik banyak2 kali pun takpe. Kali ni pergi dengan Cikta dan Aiza aje. Asyraf tinggal kat rumah dengan abah. Pergi kali ke-2 ni baru syok. Dapatlah peluang pergi kat bargain corner. Yang kat bahagian ni memang murah2 sebab dia pakai main longgok je so kena pandai2 cari pair untuk setiap baju. Kat sini jugak dia jual baju reject (butang tertanggal, ada stain, salah print etc) yang kebanyakannya masih cantik dan berkualiti. Ni antara hasil ummi pow duit abah shopping hari ke-2:

Harga asal above RM20++. Tapi ummi beli dengan harga RM3 je! Considered baju reject sbb ada satu butang dah tanggal. It's OK ummi boleh fix later.

Harga asal RM33. Tapi ummi beli sepasang RM6 sbb ada stain sikit.

Gown denim untuk Aiza. Harga asal RM53.90. Ummi beli RM6 je. Taktau apa yang rejectnya. Ummi check semuanya OK je.

Tshirt untuk anak2 buah abah. RM10 setiap pasang.
Sesapa yang teringin nak shopping tu, silalah check banner di atas ye! Sale ni setiap Sabtu dan Ahad sampai awal tahun ni. So ada lagi 2 weekend. Bukan setakat baju kanak2, baju orang besar pun ada. Barangan baby macam stoller brand Anakku (RM120), bouncer (RM30), stokin, botol susu (RM5 untuk 3 botol), shower foam, wet tissue, gift set, kasut comel2 etc semua ada. Dan ummi tengok pekerja2 Hytex keluarkan stok2 baju secara berperingkat. So takdelah sesapa yang datang lambat tu akan dapat yang 'redak2' saje :) Selamat menghabiskan duit you all!

p/s Cocoaland pun selalu buat warehouse sale. Ummi suka beli chocopie, koko jelly, lot100 gummies, mango pudding etc untuk buat stok goodie bag sempena bday Aiza. Rasanya bulan Jan nanti Cocoaland akan buat warehouse sale. Akan ummi war2kan pada semua!



2 comments on "HYTEX Warehouse Sale - Shopping Sakan!"

AyuArjuna BiGoshh on December 21, 2011 at 11:41 AM said...

amboi sakan shopping :)

ummi aiza on December 21, 2011 at 11:56 AM said...

Tulah pasal! Kelmarin masuk duit bonus, esoknya dah gone kihkihkih.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez