Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, December 23, 2011

Innalillah

0 comments
Ummi bercuti dari hari ni sampai awal tahun depan. Baki cuti ummi ada lagi 50 hari. Ni semua gara2 masa lahirkan Asyraf hari tu dapat maternity leave selama 3 bulan. Jadi banyak cuti tahun tak digunakan. Nak carry forward semuanya ke tahun 2012 macam terlalu banyak. Memandangkan sekarang tengah free takde kelas, so ummi pun bercuti. Niat asalnya hari ini sepatutnya ummi dan keluarga abah nak ke Penang cuti2 satu Malaysia. Tapi last minute petang tadi dapat khabar yang Paklang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung.

Sungguh tak sangka. Baru beberapa minggu yang lepas ummi jumpa Paklang di rumah anaknya sebab waktu tu ummi melawat menantu Paklang yang baru bersalin. Kalaulah ummi tau, pasti ummi akan salam tangannya kuat2 dan mintak maaf atas segala salah silap.

Malangnya kematian tak ada istilah 'kalau'. Mati itu pasti. Tak akan tercepat atau terkurang walau sesaat pun. Oleh itu, berbaiklah kita sesama manusia selagi hayat dikandung badan.

Sebahagian dari berita yang diperoleh dari sini
Didoakan agar Maklang sekeluarga tabah menghadapi dugaan. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Alfatihah untuk arwah Paklang. Amin.



Wednesday, December 21, 2011

HYTEX Warehouse Sale - Shopping Sakan!

2 comments
Rumah ummi bersebelahan dengan taman perindustrian. Segala jenis kilang pun ada. Antaranya yang glamer kilang Cocoaland, kilang Tiau Yoke yang buat mee kuning, kilang baju Bintang Fashion, kilang barang mainan kanak2 dan yang jadi feveret ummi sekarang: kilang HYTEX. Kilang Hytex ni buat baju  brand Disney (Looney Tunes, Pooh, Mickey Mouse etc). Selalunya baju2 keluaran Hytex dijual kat Jusco, Parkson, Anakku, World of Cartoons, World of Babies etc. Tapi kali ni Hytex buat warehouse sale jadi ummi terjah shopping kat kilangnya saje hehehe.

Hari pertama ummi pergi dengan abah, Aiza dan Asyraf. Well, kalau shopping bawak anak2 memang tak berapa syok. Mood nak membelek2 jatuh merudum. Capai mana yang sempat saje sebelum Asyraf melalak. Inilah hasil untuk hari pertama:
Tshirt Asyraf RM10 - tema Chinese New Year :)

Baju RM10 untuk gantikan baju2 Asyraf yang dah bertahi lalat :)

RM8. Tshirt untuk Aiza.
Sebab tak puas hati, hari Ahad ummi pergi lagi. Nasib baik Hytex dekat dengan rumah so nak ulang alik banyak2 kali pun takpe. Kali ni pergi dengan Cikta dan Aiza aje. Asyraf tinggal kat rumah dengan abah. Pergi kali ke-2 ni baru syok. Dapatlah peluang pergi kat bargain corner. Yang kat bahagian ni memang murah2 sebab dia pakai main longgok je so kena pandai2 cari pair untuk setiap baju. Kat sini jugak dia jual baju reject (butang tertanggal, ada stain, salah print etc) yang kebanyakannya masih cantik dan berkualiti. Ni antara hasil ummi pow duit abah shopping hari ke-2:

Harga asal above RM20++. Tapi ummi beli dengan harga RM3 je! Considered baju reject sbb ada satu butang dah tanggal. It's OK ummi boleh fix later.

Harga asal RM33. Tapi ummi beli sepasang RM6 sbb ada stain sikit.

Gown denim untuk Aiza. Harga asal RM53.90. Ummi beli RM6 je. Taktau apa yang rejectnya. Ummi check semuanya OK je.

Tshirt untuk anak2 buah abah. RM10 setiap pasang.
Sesapa yang teringin nak shopping tu, silalah check banner di atas ye! Sale ni setiap Sabtu dan Ahad sampai awal tahun ni. So ada lagi 2 weekend. Bukan setakat baju kanak2, baju orang besar pun ada. Barangan baby macam stoller brand Anakku (RM120), bouncer (RM30), stokin, botol susu (RM5 untuk 3 botol), shower foam, wet tissue, gift set, kasut comel2 etc semua ada. Dan ummi tengok pekerja2 Hytex keluarkan stok2 baju secara berperingkat. So takdelah sesapa yang datang lambat tu akan dapat yang 'redak2' saje :) Selamat menghabiskan duit you all!

p/s Cocoaland pun selalu buat warehouse sale. Ummi suka beli chocopie, koko jelly, lot100 gummies, mango pudding etc untuk buat stok goodie bag sempena bday Aiza. Rasanya bulan Jan nanti Cocoaland akan buat warehouse sale. Akan ummi war2kan pada semua!



Tuesday, December 20, 2011

Macy-NTV7 Breakfast Show Contest : Hadiah Dah Sampai!

4 comments
Alhamdulillah, hadiah sofa  hasil menang Macy-NTV7 Breakfast Show Contest dah pun selamat diterima. Syukur yang teramat sangat. Hadiah ni besar NILAINYA dan besar SAIZNYA! Inilah kemenangan terbesar sepanjang ummi join contest setakat ni. Harapnya akan ada rezeki lain lepas ni.

Pihak Macy sangat efisyen! Pada hari dia publish nama pemenang kat website, hari yang sama jugaklah dia contact abah bagitau pasal good news tu. Then terus person-in-charge arrange hari dan masa untuk hantar hadiah ke rumah kami. Pihak Macy call hari Jumaat, then katanya hari Selasa depannya dah boleh deliver hadiah. Tapi sebab ummi dan abah kerja, jadi abah minta hantar hari Sabtu pukul 3 petang.

Tapi sebab terlalu excited nak tunggu hadiah sampai, ummi ajak abah terjah Macy kat Ikano semata2 nak tengok macam mana rupa sofa yang bakal dapat tu kihkihkih. Sampai je kat pintu masuk Macy:

Ummi: Saya nak tengok sofa Pallazo 3-seater
Orang Macy: Ha jemput masuk. Kita tengah buat promosi sekarang. Beli sofa 4-seater boleh beli mana2 barang yang dalam senarai dengan harga RM10 je.
Ummi: OK. Tapi saya nak tengok Pallazo 3-seater dulu.

 Bila dah ditunjuk,

Ummi: (dalam hati - Wah, BESARNYA! Muat ke rumah aku?)
Abah: (terus duduk sebab nak ambik feel)
Orang Macy: Promosi sekarang ni kak. Harga asal RM4300. Sekarang kita jual RM3800 AJE!
Ummi: Gulp
Abah: (Sengih2 sebab dapat FOC)

Sebelum orang Macy tu sempat nak promosi apa2, ummi dan abah cakap thanks dan kemudian lariiiiiiik!

Tengahari Sabtu, orang Macy call lagi sekali tanya kami ada kat rumah ke tak. Bila abah kata ada, terus dia cakap lagi 20 minit dia sampai tak tunggu2 sampai ke petang. Laju betul buat kerja! 

So inilah dia sofanya, barangan kesayangan ummi yang terbaru!

Sofa ni sangat berat! Ummi dan abah terkial2 nak alihkan. Tapi orang Macy rileks je angkat.

Ha, just nice le letak kat situ!

Abah sign resit dan ambik warranty card

Its posing time! Asyraf boleh merangkak2 kat atas tu.

Sofa ni akan jadi tempat feveret ummi dan anak2 lepas ni

Macy Designer Sofa - warranty 10 tahun! Fabrik cantik dan tebal tapi washable

'Buah Hati' ummi yang terbaru
Sofa ni sangat besar. At least 4 orang adult boleh duduk. Kalau buang semua kusyen kat atas sofa tu, saiznya sama macam sebesar katil single. Kalau duduk kaki tak jejak lantai. Rasanya kalau ummi baring anak beranak pun muat kot.

Well, disebabkan ada sofa baru ni, petang ni jugak ummi nak beli febreeze. Kot2 kalau nanti ada stain atas sofa, cepat2 ummi nak sembur febreeze. Biar sofa sentiasa bersih dan wangi. Hai...teringat kat sofa, terus rasa nak zzzzzz.........


Saturday, December 17, 2011

I'm currently addicted to this!

0 comments
Pek luar

Isi dalam
Ummi suka makan biskut oat. Dah macam2 brand biskut oat ummi makan. Sebelum ni ummi selalu makan biskut oat brand IKO. Biskut tu sedap tapi agak mahal sikit. Kalau beli dalam tin, harganya berbelas2 ringgit jugaklah. Tapi abah tak suka dan kata tak sedap! End of story pasal biskut IKO.

Ummi pun pernah makan biskut oat brand Oat Crunch. Harganya murah tapi ummi rasa tak sedap! 

Then tiba2 beberapa minggu yang lepas ternampak biskut Oat 25 brand Julies ni kat Giant. Harganya murah je. 12 pek kecik2 ni dalam RM5. Rasanya sangat sedap, crunchy. Tak berapa manis. Just nice je semuanya. Dan yang bestnya, abah pun kata sedap! As of today, ummi dah makan lebih dari 20pek kecik2. Hambik kau!



Friday, December 16, 2011

Debaran Ambil Report Card Anak2

0 comments
Jumaat lepas adalah hari yang mendebarkan untuk ummi. Bukan sebab pagi Jummat tu ummi kena attend meeting bincang pasal paper exam, tapi sebab tengaharinya nak ambil report card di IIUM Nursery. Iye walaupun sekadar nursery, tapi perkembangan anak2 direkod dan dipantau. Jadi jangan terkejut kalau mak bapak datang sekolah ambik report card walau anak mereka baru berumur 3 bulan :)

Report Card

So abis je meeting, ummi berkejar ke nursery. Sampai je kat nursery, sessi ambil report card untuk Asyraf dah abis. Yang tinggal hanya untuk budak-budak 3 dan 4 tahun. Waktu tu teacher Aiza iaitu Teacher Yan dah menunggu. So tak perlu beratur, ummi terus duduk depan dia. Bermulalah sessi menadah telinga mendengar segala perkembangan Aiza kat sekolah. Aiza ni lain sikit perangainya. Dia sebenarnya hidup '2 alam'. Kat rumah perangainya lain, kat sekolah perangainya lain. Apa yang lain? Kalau kat rumah, dialah segala! Berlari ke sana sini, melompat2 atas tilam, bercakap tak hingat dunia, ketawa seluruh taman boleh dengar. Tapi kalau kat sekolah, dia agak pasif. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kawan2 lain semua berlari2, dia sorang duduk kat penjuru. Nak dengar suara dia sikit punya susah. Macam tak berapa pandai berkawan. Tapi bila ummi dia waktu petang, macam bertih jagung mulut dia merepot itu ini. Kadang2 kesian jugak bila ingat kat dia. Sehari suntuk dia pendam suara tak banyak bercakap dengan kawan2. Terlalu pemalu. Mungkin ikut perangai ummi yang waktu sekolah dulu pun memang sopan, pendiam dan pemalu!

Ummi selalu buat analisa pasal perangai Aiza ni. Conclusion ummi, Aiza sebenarnya berani hanya bila ada abah dan ummi. Bila dia sorang2 kat sekolah, malu, diam dan takut2. Harapan ummi, makin meningkat umurnya, makin pandailah Aiza bergaul.

Untuk penggal kali ni, pencapaian Aiza dah makin baik. Untuk budak2 umur 3 tahun, dah start diajar alphabets, numbers, colours, solat practical dan bahasa Arab. So far Aiza sangat OK. Dah boleh kira dari 1-20 walaupun kadang2 tak ikut turutan. ABC pun dah hafal. Shapes dan colours pun dia dah kenal. Arab dia pun OK. Cuma nak kena selalu tanya biar dia tak mudah lupa. Ummi ada plan nak hantar dia mengaji. Tapi abah kata nak ajar sendiri kat rumah. So abah, bila mau start???

Dan ini adalah antara artworks Aiza sepanjang penggal yang lepas ni. 

Cop2 guna jari :)

Cop guna tapak tangan

Macam butterfly :)

Sengih2 ummi tengok artwork Aiza. Harapnya dia membesar jadi anak ummi yang serba boleh dalam semua perkara. 

p/s Segala yang terbaik dalam dunia ni ummi doakan untuk Abah, Aiza dan Asyraf . Love you all!


Tuesday, December 13, 2011

Picture Of The Day #4 - Asyraf Kini 6 Bulan

0 comments
Asyraf during feeding time
Hari ini Asyraf genap 6 bulan. Perkembangannya yang terkini dia sedang giat belajar merangkak. Tapi belum berjaya sepenuhnya. Malam tadi ummi dan Aiza buat demonstrasi cara merangkak yang betul kat depan dia. Kami main kejar2 dengan cara merangkak dengan harapan dia akan turut sama. Malangnya usaha kami belum berhasil! Ummi dan Aiza penat merangkak sedangkan Asyraf terlopong sahaja tengok gelagat ummi dan kakaknya kihkihkih. Malam ni insyaAllah kami akan buat aktiviti yang sama. Penat tapi menyeronokkan!



Friday, December 9, 2011

Menang Contest - Hadiah Makin Membesar!

2 comments
Syukur Alhamdulillah Ya Allah! Mode happy dari petang semalam asyik senyum sampai sekarang dah sakit rahang!

Sungguh ummi tak sangka. Bermula dari 'aktiviti suka-suka', sekarang hadiah yang dapat makin berganda. Tulah kan, selama ni selalu tengok orang lain menang hadiah. Terutama sekali ofismate ummi kak ayu yang selalu menang grand prize sana sini. Tergerak hati ummi nak cuba nasib manalah tahu kot2 ummi ni pun ada bakat terpendam nak buat slogan yang best2 untuk contest.

Dipendekkan cerita, last week ummi ada join satu contest anjuran NTV7 dan Macy. Contest ni sempena Macy yang sekarang tengah buat mega sale. Banyak barang dia jual dengan harga RM10 je. Kalau tak sale, semua barang dia harga ribu riban. So ni kira gila2 punya sale. Ummi pernah sekali pergi Macy punya showroom kat Wisma Minlon, Serdang lebih kurang 9 tahun lepas kot. Time tu temankan Cikta beli sofa. Memang harganya mahal, tapi kualitinya pun sangat bagus sampai sekarang masih nampak OK dan comfy.

Berbalik pada cerita contest, caranya senang saje. Hanya perlu nyatakan apa barang Macy yang paling kita suka dan kenapa (tak lebih 50 patah perkataan). Then email. Tak payah beli apa2. Peraduan yang macam ni memang ummi suka; purely based on creativity. So as usual ummi pun hantarlah 2 penyertaan. Satu atas nama ummi, satu lagi hack akaun gmail abah dan hantar guna nama dia. Sebelum hantar email, sempat dulu email kat abah suruh dia betulkan ayat dan check grammar (memang kebanyakan slogan ummi akan 'dinilai' dulu oleh abah). Maklumlah ummi ni orang jawa, abah tu orang putih! Semalam bila balik kerja, abah cakap ada orang Macy call dia bagitau yang abah menang! Hadiahnya tak lain tak bukan.......SOFA! Yeay macam tak percaya je. Dekat 10 kali tanya abah ulang2 takut abah main2. Then bila result dah keluar kat website, haaa memang sahlah abah tak tipu ummi kihkihkih.
Memang sofa inilah yang jadi target ummi masa mula2 masuk contest ni

Close-up sikit kat sofa ummi yang cantik ni :)

Inilah winning slogannya yang dihantar atas nama abah:

My favourite item is the bedframe, because with 56 selections it meets my modest acclaim. I went crazy when I saw this, but there's no one to blame. The offers are too great, it increases my heart rate. Because they are sold cheap, now I have a place to sleep.

Mengikut kata abah, sofa ni akan dihantar oleh Macy ke rumah kami Sabtu minggu depan. Sekarang dah pening kepala pikir tempat paling strategik nak letak sofa baru ni. Sofa lama tolak jauh2 kihkihkih. So kepada sedara sedari hadirin hadirat sekalian, terutama Cikta dan Cikwan, jemputlah datang rumah ummi kalau nak duduk kat sofa baru. 

Moral of the story: Hack le akaun email suami anda untuk meningkatkan peluang menang contest. Sekian!



Operasi Kutip Hadiah

0 comments
Biasanya lepas balik kerja, ummi dan abah akan bawak Aiza dan Asyraf jalan2 dan makan2 dulu. Destinasinya sama ada One Utama, Borders atau Tesco. Tapi Rabu lepas, kami ke Mid Valley pulak. Sebabnya ummi nak redeem hadiah Lanvin Marry Me Contest yang ummi join baru2 ni. Contest ni anjuran Lanvin-Hitz.fm. Apa yang ummi buat asalnya cuma hantar love dedication untuk abah secara online. Tak ingat apa dedicationnya tapi memang jiwang2 jugaklah kihkihkih. [ikhlas dari hati tau abah, bukan rekaan semata2].

On the way nak ke sana, dalam hati berdoa mudah2han hadiah yang bakal dapat setimpal dengan kepayahan meredah jem dan hujan lebat yang turun waktu tu. Sebab sebelum ni pernah terjadi ummi meredah jem kat KL untuk redeem hadiah, tapi bila dapat hadiahnya sangat tak setimpal buat ummi frust sesangat.

Bila dah redeem, baru le senyum lebar! Ni hadiahnya:

Teng...tereng...inilah dia hasilnya!
Fragrance hamper worth RM1000. Ada 4 botol besar minyak wangi dan satu body lotion. Semuanya brand Lanvin. Cukup stok untuk 50 tahun. Kenapa ummi cakap 50 tahun? Sebab ummi ni bukanlah orang yang pakai minyak wangi hari2. Pakai hanya kalau ingat je. Takpun pakai bila '7-hari-dalam-sebulan' itu datang sebab time tu ummi rasa badan bau tak sedap so kena sembur minyak wangi banyak2. Malah minyak wangi Tresor dan Hypnose yang abah bagi masa hantaran kahwin 4 tahun lepas pun tak abis lagi. Jenuh nak abiskan sampai sekarang warna dia dah bertukar. Baunya pun dah jadi ala2 pungent gitu huahuahuahua. Note: minyak wangi boleh basi ke?? Ada sesapa tau?? 

So minyak wangi yang dapat ni akan disimpan jelah manalah tau kot2 Aiza kahwin nanti minyak wangi ni elok lagi so boleh buat hantaran untuk bakal menantu ummi kahkahakah.

Then ummi sebenarnya ada menang satu lagi contest Tetrapak kat FB. Ini based on 3 pemenang terpantas dengan jawapan tepat.


Hadiahnya 1 karton air soya HomSoy dengan goodie bag. Tapi sampai sekarang tak redeem lagi :(( Abah, kalau ada masa jomlah gi ambik. Bukan jauh pun kat Uptown je pon. Kot kalau dah ambik, bolehlah kita party soya anak beranak!

Updated on 16/12/2011:

Hadiah dari Tetra Pak dah selamat diambil pada hari Selasa lepas. Inilah dia hasilnya:

Satu carton air soya HomSoy

Goodie bag yang ada macam2 barang yang dibuat dari pek kitar semula.



Thursday, December 8, 2011

Rebah Ke Bumi

0 comments
2,3 menjak ni tiap2 petang mesti hujan. Bukan hujan biasa2 tapi hujan lebat, kilat sabung menyabung & guruh berdentum tak henti2. Kawasan yang selama ni tak pernah banjir pun tiba2 banjir kilat. Jadi kalau balik kerja lambat, sure terperangkap dalam jam yang sangat teruk. So sekarang kena pikir banyak kali kalau nak bawak anak jalan2 lepas kerja.

Ahad lepas kat area rumah ummi macam dilanda ribut. Hujan terlalu lebat, angin pun kuat. Rumah ummi bocor lagi hukhuk. Dan yang paling sedeh, bila hujan berhenti, ummi nampak ini:

Pokok cili ummi dah senget! Akar dah nak tersembul dari tanah.

Yang ni lagi sadis! Pokok roselle terus menyembah bumi. Selama ni pun pokok ni tak berapa kuat sebab berat dengan buah yang nak membesar.

Pokok cili dah senget. Nampak tak ada buah cili berjurai2 tu? Ha...tulah pokok cili yang ummi tanam. Kalau tak berbuah tu abah yang tanam.
Kebanyakan tanaman ummi sekarang dah keluarkan hasil. Cili dah banyak yang berbuah, daun kesum un dah ada 2 pasu. Tapi sekarang ni masa utuk gardening sangat limited. Hari kerja memang tak sempat nak gardening. Weekend pulak asyik takde kat rumah je. Tapi hujung ni ummi berazam nak cari masa buat aktiviti gardening. Mesti!

Note: hujan lebat pada hari yang sama juga telah menerbangkan aerial TV rumah ummi. Di rumah memang tak pasang Astro. So sangat bergantung pada aerial untuk tengok channel selain dari RTM. Tapi itu semua hanya kenangan. Sekarang yang tinggal hanya TV1 dan TV2 sahaja. Dapatlah ummi layan rancangan Agrojurnal! Sekian.


Wednesday, December 7, 2011

Akikah Aiza dan Asyraf

0 comments
Dipetik dari Zaharuddin.net:

Aqiqah itu  dari sudut bahasanya adalah 'tolakan', iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan. 

Aqiqah disebut dalam hadith :-
مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى
Ertinya : " Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
 
********************************************************************
Bersempena dengan majlis kahwin Ceklon beberapa minggu yang lepas, ummi dan abah buat akikah Aiza dan Asyraf. Memang ummi sengaja buat akikah waktu Ceklon kahwin, so daging akikah boleh dimasak dan dihidang untuk jemputan yang datang. 3 ekor kambing semuanya. 2 ekor bahagian Asyraf, 1 ekor bahagian Aiza. So memang sesuai jadi lauk tambahan untuk majlis kahwin Ceklon. 

Nyai sempat panggil kumpulan marhaban datang ke rumah. Kami buat majlis cukur jambul untuk Asyraf juga. 
Asyraf tak reti diam

Somebody please help me!!!

Ummi, habislah rambut saya!

Tengok betapa kuatnya ummi pegang tangan Asyraf. Kalau tak dia yang nak gunting rambut sendiri.

Ummi dan Asyraf

Rambut tumbuh tak sekata. Memang patut kena botakkan lagi.
Note: tak pasti sama ada ummi ni dah diakikahkan ke belum masa kecik2 dulu. Kalau belum, mungkin boleh buat akikah untuk diri sendiri.




Tuesday, December 6, 2011

Sessi Potong Rambut

1 comments
Hari Ahad lepas ummi buat sessi potong rambut untuk Aiza dan Asyraf. Bukan potong sendiri tapi pergi kedai yang macam ala2 salon rambut kat area Desa Jaya, Kepong. Hairstylist semua Chinese. Aiza dah 2,3 kali potong rambut kat sini. Setiap kali potong, mesti muka berubah jadi macam anak cina.

Imej sebelum gunting - rambut macam HANTU

Dah lepas gunting, blow rambut kejap! Aiza cakap "orang tu vakum rambut Aiza" :)

Hahahaha hasilnya! Seriously kalau setakat macam ni rasanya abah pun boleh gunting.
Asyraf pun potong rambut jugak. Tapi ummi suruh orang kedai tu guna mesin je. Ambik no 2 so takdelah pendek sangat sampai botak. 2 bulan lepas actually baru je botakkan kepala Asyraf. Tapi lepas tu rambut dia tumbuh tak sekata. So semalam potong lagi sekali biar nampak hensem macam abah Robert Pattinson!

Rambut tumbuh tak sekata. Ada tanda2 bakal mengalami masalah rambut macam abah bila tua nanti.

Muka innocent sebelum potong rambut

Hasilnya!
Ummi dah lama tak gunting rambut kat kedai. Last sekali masa zaman anak dara dulu. Lepas kahwin, gunting rambut dengan abah je. Lawa atau tak lawa (kadang2 senget sebelah) simpan saje dalam hati. Kalau abah gunting tak lawa pun nasib dialah sebab dia yang tengok muka ummi hari2! The end.

Monday, December 5, 2011

Peraduan Ceria Raya Syahirah - Prize Giving Ceremony

2 comments
Macam yang ummi ceritakan dalam entry sebelum ni, ummi ada join contest Ceria Raya Syahirah atas 2 nama; satu nama ummi dan satu lagi nama Cikta. Dengan modal RM30, ummi beli 2 gel pengelupasan, satu ummi guna, satu lagi bagi kat Cikta. Memang dulu2 pun pernah beli produk ni, tapi brand Ginvera. Rupanya Ginvera dan Syahirah datang dari company yang sama.Gel pengelupasan ni bagus untuk buang sel mati dan bintik2 hitam kat muka. Hasilnya kulit jadi halus selembut sutera dan nampak berseri.Ceh...macam promote pulak!

Nama ummi takde rezeki, tapi alhamdulillah penyertaan atas nama Cikta dalam tempat ke-2. Hadiahnya ialah Set Makan Royal Gold 24K. Hari Sabtu lepas diadakan sessi penyampaian hadiah  kat Mydin USJ. Majlis start pukul 2.30pm dalam suasana meriah dengan gold sebagai theme colour.

Sessi fotoGEDIK untuk para pemenang. Cikta posing tak hengat dunia!

Hadiah untuk para pemenang
Majlis diacarakan oleh Fara Fauzana. Sebelum tiba part penyampaian hadiah, ada jugak sessi kuiz untuk orang ramai. Rasanya hadiahnya ialah produk Syahirah. Tapi ummi tak join sebab time tu tengah sibuk melantak lunch nasi ayam kat foodcourt betul2 kat sebelah stage. Dalam pukul 3pm, barulah VIP yang jugak spokeperson dia sampai. Tak lain tak bukan........ABBY ABADI. Seriously dia nampak sangat cantik bila kita tengok live. Terserlah aura dan gaya artisnya. Fara Fauzana pun nampak cantik bila tengok dekat2.

Barisan pemenang tempat ke-2
Senyum ceria menang pinggan emas :p

Hadiah yang diterima
So far majlis sangat OK, tak meleret berjam2. Majlis penyampaian hadiah pun dibuat pada waktu yang dijanjikan tepat pukul 3.30pm. Bukan apa, banyak je event2 lain yang ummi dengar meleret2 dengan ucapan VIP, promo etc. Nak umum nama pemenang pun ambik masa lama. Tapi majlis Syahirah ni tak macam tu. Majlis yang meleret2 tak sesuai dihadiri untuk orang2 yang ada anak kecik macam ummi ni. 

Lepas habis majlis, ummi pun balik. Tak sempat nak shopping kat Mydin sebab Aiza dan Asyraf dah tertidur. Anyway as promised, hadiah yang diterima bakal dibahagi 2. Ummi ambik tea set, Cikta ambik set pinggan. Ummi tak tengok lagi macam mana rupa set pinggan mangkuk yang dimenangi tu. Tapi apapun, alhamdulillah. Memang kena pada masanya sebab rumah ummi sekarang tak ada tea set. Kalau ada tetamu datang rumah, ummi guna jug je. Air sejuk pun dalam jug. Air panas pun dalam jug juga. Sungguh tidak professional!

Entah bahagian mana yang ada emas 24K tu pun ummi tak tahu. Mungkin corak2 yang ada diperbuat dari emas kot. Ummi jokingly cakap dengan semua orang, kalau makan guna set pinggan mangkuk emas ni selera akan bertambah. So sesapa yang plan nak diet tu, kena guna pinggan melamin saja kihkihkih.

Note: kalau betul le ada emas 24K melekat kat tea set ummi tu nanti, harus ummi jaga bagai nak rak. Basuh pun tak boleh sental kuat2 takut emasnya tanggal. Lap guna wet tisu saja kihkihkih. Bila berlaku zaman kegawatan ekonomi nanti, tea set ummi inilah yang bakal jadi penyelamat. Akan ummi kikis emas yang melekat then jual kat kedai! Yahoo...




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez