Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, November 23, 2011

Bila Penganjur Contest Tak Berapa Nak Ikhlas

0 comments
Awal bulan hari tu ummi dapat 2 SMS dari majalah Cosmopolitan pasal menang contest.

SMS yang pertama ini:
Barangan Eucerin: ada gambar moisturizing cream dengan facial wash. Kalau congak2 satu set nilainya RM111
Happy sangat bila mula2 dapat sms sebab itulah pertama kali menang contest dari majalah. Ummi memang suka nak try produk baru especially pencuci muka. Tapi masalahnya nak redeem hadiah tu  jauh kat KL. Kena redeem kat Menara Citibank, Jalan Ampang. Tambah masalah sebab hanya boleh redeem hadiah pada hari bekerja dari pukul 9am sampai 5pm. So pada 11/11/11 yang lepas kebetulan ummi dan abah sama2 ambik annual leave. On the way kami nak berdating berdua2an kat Pavillion, ummi suruhlah abah hantar ummi collect hadiah ni. Jalan nak ke sini memang jem. Ditambah pulak masa tu waktu pagi so semua orang nak pergi kerja. Bila sampai kat Menara Citibank ni, abah tunggu dalam kereta je sebab kami nak cepat dan rasanya rate parking pun mahal. Dipendekkan cerita, bila jumpa dengan person-in-charge, ummi dibagi satu sampul surat. Dalam kereta baru ummi bukak. Dan ini yang ummi dapat:
Satu kotak kecik moisturizing cream dan satu lagi eye cream
Eye cream??? Mana perginya facial wash yang ummi nak tu?? Apesal facial wash dah berubah bentuk jadi eye cream?? Sapa dalam dunia ni yang pakai eye cream?? Seriously ada ke orang pakai eye cream?? Well...maybe ada le. Tapi definitely bukan ummi! Dan rasanya dua produk ni nilainya tak sama macam yang diiklankan. Dua barang ni rasanya tak lebih dari RM50. Mood berubah jadi sedeh lepas tu. Dah le susah payah ajak abah datang KL. Jalan jem pulak tu. Bila collect tengok2 dapat EYE CREAM! Huwargghhh tensennya.

Tak tau le ni salah siapa. Adakah penganjur tak berapa ikhlas nak bagi hadiah? Iklan dalam majalah letak gambar lain, bila redeem dapat barang lain yang nilainya jauh lebih rendah. Ataupun salah marketing company yang suka hati letak barang apa dalam sampul then bagi je kat pemenang tanpa rasa bersalah?

SMS yang kedua pulak ini:
Barangan pencuci muka Biore.
Hadiah yang ni redeem kat Pejabat ACP kat Uptown 1. Dekat je dengan office ummi. Tak sampai 10 minit dah sampai. Tapi sebab mood dah down akibat rasa tertipu masa redeem hadiah Eucerin, so ummi takdelah menaruh harapan yang tinggi sangat. Ambik pun dah last2 minit. Tapi bila collect hadiah, baru rasa happy. Sebab bukan sahaja hadiahnya sama macam dalam iklan, malah dapat jugak 2,3 barangan lain sebagai hadiah extra.

Barangan Biore
Dapat 4 jenis facial foam pelbagai perisa untuk pelbagai jenis kulit, dapat sunblock yang boleh jadi make up base jugak, ada cleansing wipes dan jugak make up remover. Cukuplah stok pencuci muka selama setahun (or maybe less than that kalau Aiza buat main time mandi). Haaa...macam nilah baru ummi semangat nak join contest. Barulah rasa berbaloi meredah jem tadah telinga dengar abah bebel2 dalam kereta hikhikhik.

Last but not least, hari Isnin lepas ummi dapat bungkusan ini:

Kotak warna putih yang penuh misteri
Tengok kotak je ummi dah tau dari oversea. Siap tulis kat situ "If undelivered, return to Pos Malaysia International Hub KLIA". Saspens jugak masa nak bukak. Ini isinya:

Sampel perfume Burbery Body
Perfume!!! Yeay suka sangat. Rasanya dapat sebab isi details kat sini. Selama ni tak pernah sangka akan dapat free gift dari oversea punya company sebab selalunya memang diorang tak akan layan. Apapun, thanks to Burberry. Baunya boleh tahan sedap. Tapi ummi sebenarnya jarang pakai perfume. Perfume hantaran kahwin 4 tahun lepas pun ada lagi kihkihkih.



Tuesday, November 22, 2011

Ummi dan Lelaki X

0 comments
Rentetan dari peristiwa ummi hilang handphone masa gila bershopping kat One Utama hari Rabu lepas, so semalam ummi heret abah ke Celcom Centre TTDI untuk dapatkan sim kad yang baru. Ummi memang  kekalkan nombor yang sama sebab nombor tu tersangatlah cantik. In fact semalam masa kat kaunter, orang Celcom pon kata nombor phone ummi tu nombor eksklusif. Dan sebab nombor tu eksklusif, ummi kena lalui verification process. Mula2 dia suruh ummi nyatakan nama penuh, no ic, nama ibu dan alamat masa ummi mula2 daftarkan nombor tu. So senang jelah. Then dia suruh ummi senaraikan 5 nombor yang paling kerap ummi call guna phone yang hilang tu. Bila sampai part ni ummi failed! Sebabnya selama ni ummi bukan ingat pon nombor telefon orang lain. Ini bukan zaman kita guna public phone nak kena ingat nombor yang nak kena dial. Zaman sekarang ni cuma perlu browse contact then terus klik dial. So semalam ummi cuma berjaya senaraikan 3 nombor aje: no abah, no cikta dan no rumah nyai kat Johor. Mula2 orang kat kaunter tu tak nak terima dan siap cakap "takpelah saya bagi awak lagi 5 minit awak cuba la ingat mana2 no yang ada dalam sim kad tu". Lepas 5 minit still jugak hilang ingatan tak ingat apa2. Last2 dia bagi jugak <-- malas nak layan agaknya.

So sim kad dah setel.

Tapi apa guna ada sim kad kalau takde handphone ye tak? So lepas tu ummi heret pulak abah ke Digital Mall Seksyen 14. Kat dalam otak dah pikir2 nak beli handphone yang macam mana. Ummi bila part handphone cerewet sebenarnya. Kalau boleh nak handphone yang simple tapi ada semua function. QWERTY keypad memang totally taknak sebab tak berapa reti nak guna. Handphone yang jenis slide pon tak berapa suka. Touch screen pon taknak jugak. Cerewet sungguh rupanya ummi ni. Abah bebel2 itu ini tapi ummi buat dunno je. Pilihan memang tak banyak. Last2 ummi beli ini:

Nokia C5 google dari internet
Nokia C5 kaler putih. Handphone yang hilang hari tu pon Nokia C5 jugak. Hahaha takde perubahan langsung. Yang berubah cuma handphone Nokia C5 yang ummi beli sekarang ni dah upgrade kamera dari 3.2 mega pixel jadi 5 mega pixel. So gambar sharp sikit. Function yang lain (bluetooth, GPS, video call etc) semuanya tetap sama.

So sekarang dah bolehlah call/sms ummi macam biasa. Seriously hidup rasa tak kena bila takde handphone. Terpikir kot2 ada panggilan/sms yang penting nak sampai kat kita. Padahal bila ada phone tu...terperap je dalam handbag bila berdering pon kadang2 tak dengar. Guna handphone hanya untuk jadikan alarm kejut bangun subuh je. Tak penting langsung!

Maklumlah, sekarang ni nak dapat "sms-jiwang-karat" atau "call-sebab-saya-rindu-awak" dah jauh sekali. Berbeza sungguh dengan zaman masa berchenta dulu. Time tu handphone tak pernah lekang dari tangan sebab kejap2 dapat sms...kejap2 dapat sms...kejap2 dapat sms. Tak cukup dengan sms, bergayut pulak kat telefon berjam2. Sekarang ni bila anak dah 2, yang ada cuma sms macam ni:

Lelaki X: otw
Ummi: k

Lelaki X: Roomate??
Ummi: Never

Lelaki X: cepat sikit
Ummi: jap

Lelaki X: makan?
Ummi: zzzzz

Iyer...awaklah Lelaki X yang ummi maksudkan tu. Iyer awaklah sapa lagi tak perlulah toleh kiri kanan bukan ada sesapa pon. So mulai esok apa kata sms ummi panjang berjela sikit. Takdelah rasa membazir kredit, ye tak? Ok love you too...


Saturday, November 19, 2011

Akibat Tak Sedar Diri

2 comments
Hari Rabu yang lepas ummi ke One Utama sempena J Card Member's Day. Ummi sampai awal lepas punch out terus ke sana. Tapi mak oiiiii parking penuh. Penuh sepenuh penuhnya bukan setakat double parking even triple parking pun ada agaknya.Tapi dengan kehebatan abah, dapat jugak kitorang menyelit.

Tempat yang dituju tak lain tak bukan bahagian kanak2. Memang niat ummi nak belikan baju Asyraf dan Aiza sempena Ceklon nak kawin minggu depan. Masuk je kat bahagian kanak2 tu, ummi terdiam kejap. Mata juling tak boleh nak kelip tengok diskaun 70% kat sana sini. Bila dah berjaya mengumpul tenaga, ummi pun mulalah melancarkan misi menipiskan wallet.

Dalam tempoh 2 jam shopping, ini yang ummi dapat:

Baju gown floral printed untuk Aiza. Harga asal RM49. Lepas diskaun jadi RM39.
Baju Disney untuk Asyraf. Sepasang RM15.
Lagi baju untuk Asyraf. Sepasang RM15 jugak.
Yang ni paling best. Harga asal RM14. Lepas diskaun 70% jadi RM4.17 je. Sayang cuma ada satu jenis dan satu colour. Kalau tak sure ummi dah borong. Brand Tollijoy.
Selain tu ummi sempat jugak terjah bahagian ladies. Nampak ada sale triumph tapi tak sempat nak belek2 sebab Asyraf dah start nangis. Last2 beli 2,3 helai barangan scarlet je.

Total damage semua sekali RM117. Tapi sebab belanja lebih dari seratus, dapat voucher RM10 dari Jusco. ----> see Abah... betapa pandainya ummi berbelanja. Walaupun ummi habiskan duit abah, tapi in return ummi berjaya dapatkan voucher kehkehkeh. Terima kasihlah kat abah sebab jadi penaja utama.

Sesungguhnya bila sampai part bershopping, orang perempuan memang tiada tolok bandingnya. Semua boleh bertukar jadi 'wonder woman' berlari menolak troli dengan laju dalam sekelip mata. Waktu inilah tiba2 kepandaian matematik tiba2 naik mendadak. Setakat nak kira harga barang lepas tolak diskaun 50% hingga 70% ---> piece of cake!

Tapi lepas gembira balik bershopping, ummi sedih pulak. Sebabnya ummi mendapati HANDPHONE HILANG dari beg. Tak pasal2 kena sindir dan bebel2 dengan abah. Entah bila dan kat mana  hilangnya pun ummi tak sedar. Dan ini jelas membuktikan teori bahawa kita boleh jadi tak sedar diri bila sakan berbelanja! Sekian.




Wednesday, November 16, 2011

J Card Member's Day - Bandar Utama

0 comments
Iklan yang menggamit hati duit
Selang 5 minit tengok jam...selang 5 minit tengok jam...selang 5 minit tengok jam...selang 5 minit tengok jam...selang 5 minit tengok jam...

Tak sabar nak tunggu petang, punch out dan terus ke sini. One Utama....here I come. Misi menipiskan wallet abah akan bermula! 

Kalau petang ni ada sesapa nampak seorang perempuan cantik bersama dua orang anaknya sedang berlari marathon menolak troli sambil mengepit barang2 shopping di kiri dan kanan ---> dan kalau tak cukup tangan mungkin jugak siap junjung atas kepala sambil suaminya menggeleng2 kepala berpeluh2 mengira duit yang makin habis (nak bayar parking pun mungkin tak cukup)...sila pedulikan dan jangan tegur dia sebab dia berada dalam dunianya sendiri...kemungkinan besar itu adalah UMMI.

p/s It's time to reward myself <----ayat yang selalu abah guna tiap kali dia beli gajet terbaru.


Bila Suami Dikelilingi 8 Orang Anak Dara - Apa Perasaan Anda??

2 comments
Ewah..ewah abah senyum sampai telinga!
Malam tadi rumah ummi dikunjungi oleh 8 orang bakal2 doktor yang cantik manis slim melim belaka. Diorang semua ni student a.k.a mentee abah kat CUCMS. Dah lama diorang plan nak datang rumah tapi asyik cancel je. Akhirnya malam tadi 'impian' abah untuk show off perkenalkan student2 dia kat ummi terlaksana. Mengikut kata abah, program mentor-mentee kat CUCMS sepatutnya lecturer lelaki akan dapat mentee lelaki and vice versa. Tapi dah REZEKI abah dapat mentee semuanya perempuan. Comel2 pulak tu."Syukur Alhamdulillah...syukran...syukran" <- begitulah kata abah dalam hati.

So apa yang ummi masak? Sebab diorang datang on weekday so ummi takdelah sempat nak masak apa sangat. Sampai rumah lepas kerja pun dah dekat pukul 5.30. Memandangkan dalam fridge ada banyak daging korban sempena Raya Haji yang lepas, so ummi masak bihun sup siap dengan segala perencah nak tabur kat atasnya (tauge, bawang goreng, daun sup, ayam goreng siat kecik2 etc). Siap dengan sambal kicap kaw2 punya. Berdesup pedas bila makan. Then potong buah dan goreng keropok. Itu jelah yang sempat. Alhamdulillah habis licin semua.

Diorang datang bukan dengan tangan kosong. Tapi bawak ni:
Hadiah untuk Aiza
Dan ini:
Hadiah untuk Asyraf
Wah kalau ummi tau diorang akan datang bawak hadiah besar2 macam ni, mau ummi jemput datang rumah hari2.

Tapi as expected Aiza malu taknak borak dengan kakak2 dan akhirnya tertidur SANGAT AWAL as early as 10pm. Selalunya kalau tak pukul 12 mesti tak tidur. <- so ni lagi satu sebab kenapa ummi nak jemput student2 abah ni datang rumah lagi. Nanti bolehlah Aiza tidur awal lagi kihkihkih.

Sebab kakak2 yang datang, so saya tidur awal le. Kalau ABANG2 yang datang mungkin saya semangat nak borak dengan mereka!
Even Asyraf pun tertidur jugak tapi lepas tu bangun sebab nak 'beramah mesra' dan join sessi fotografi dengan abah.

Ngantuknya dia...
Bangun pagi subuh2 Aiza semangat bukak hadiah. Teng tereng....inilah dia isinya:

Tea Set kaler pink yang sangat cantik.
Terus time tu jugak dia perasan main tuang2 air dalam cawan konon2 ada tetamu datang rumah. Sapa tetamunya? Ummi dan Asyraf le sapa lagi. Kitorang pun buat2 le minum air sambil cakap "sedapnya...nak lagi" ulang2 kali!

So berbalik pada tajuk di atas...apa perasaan ummi? 

Ummi pandang abah kiri - kanan...atas - bawah...hurmmm....TAKDE PERASAAN. zzzzzzz.....


Monday, November 14, 2011

Blog Bertukar Wajah

1 comments
'Percintaan' ummi dengan Blogspot masih baru. Baru menjangkau 7 bulan. Sebelum ini ummi pernah juga berblogging - tapi menggunakan platform yang lain. Masa ummi mula2 ingin ada blog, hanya ada tiga blogging platform yang ada di fikiran ummi; Blogger a.k.a Blogspot, Wordpress dan Tumblr. Setelah difikir2, ummi akhirnya memilih Blogspot. Blogspot mudah diguna. Orang yang pertama kali menggunakannya pun pasti dapat post entry pertama dalam masa beberapa minit sahaja. Tapi sayang designnya agak terhad. Tapi takpe. Dengan adanya kemudahan internet (dan dalam keadaan takde kerja), ummi gigih mencari template blog yang cantik2 (dan semestinya percuma) hehehe.

Dan inilah hasilnya:

Theme lama
Theme baru

Dan pastinya ini bukan kali terakhir untuk ummi menukar design pada blog ini. Sebab ummi mendapati terdapat berjuta2 design yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaangat cantik (dan FREE) ada di internet. Terima kasihlah kepada designer2 di luar sana yang berjaya menjadikan blog ummi sangat cantik! (Mode perasan tak hengat dunia)

Friday, November 11, 2011

Tanaman Dah Mula Tunjuk Hasil

0 comments
Dah lama rasanya ummi tak update pasal pokok2 tanaman ummi. Sejak musim hujan ni, aktiviti gardening agak terbantut. Nak bercucuk tanam time weekend pun kadang2 tak boleh sebab hujan. Tapi hujan pun rahmat Allah. Bila musim hujan, tak perlu susah2 nak siram pokok pagi petang. Dan ada beberapa tanaman ummi dah mula keluarkan hasil. Antaranya ini:

Buah mulberi dah nak masak. Tapi sebab musim hujan, sure rasanya agak masam.
Pokok roselle pun dah mula berputik. Kat setiap dahan daun ada putik buah. Sukeeeee!!!
Ini pulak bunga telang. Semalam ada sekuntum je. Pagi ni dah ada 2 kuntum. Bunga telang ni pewarna biru yang orang gunakan untuk masak nasi kerabu.
Hobi gardening ni perlu banyak bersabar. Tak boleh ada sikap 'hari-ni-tanam-esok-mesti-berbuah' dalam diri. Ada pokok yang sekejap je dah keluarkan hasil. Ada pokok yang berbulan2 baru keluar hasil. Ada jugak pokok yang bertahun2 baru keluarkan hasil. Dan ada jugak pokok yang langsung tak keluarkan apa2 hasil. Semai pun tak tumbuh. Takpelah. Dari Allah dia datang, kepada Allah dia pergi <- ayat ending ni maca tiba2 je eh.


Hempedu Bumi

0 comments
Namanya pun hempedu bumi, maka haruslah rasanya PAHIT macam hempedu.

Apa tu hempedu bumi? Sejenis makanan kah? Kumpulan rock terbaru kah?
Oh tidak. Hempedu bumi adalah pokok herba yang boleh dijadikan ubat untuk rawat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dan dikatakan daun hempedu bumi yang ditumbuk lumat juga boleh dijadikan ubat merawat luka. Rasanya yang terlalu pahit boleh memecahkan molekul lemak dalam badan. Dan kalau rajin google kat internet, terdapat banyak lagi khasiat pokok hempedu bumi ni.

Dan abah berjaya mendapatkan pokok hempedu bumi ni kat Pasar Tani sebelah UIA. Murah je. Satu polibeg dengan pokok yang rimbun cuma RM5 je. Ini rupa pokok hempedu bumi untuk sesapa yang nak kenal. Daunnya macam daun kesum. Jangan nanti ummi tersalah masukkan daun hempedu bumi ni dalam asam pedas sudahlah!

Hempedu bumi kat ofis ummi. Lepas beli terus angkut masuk ofis. Tak nak simpan dalam kereta takut pokok ni sampai ajal sebelum waktunya.
So inilah pokok yang akan turut serta bersaing menarik perhatian ummi setiap kali ummi gardening!

Thursday, November 10, 2011

Permainan Terbaru Aiza

0 comments
Semalam lepas balik kerja ummi dan abah bawak Aiza & Asyraf jalan2 kat One Utama. Saja nak bagi Aiza lari2 kasi penat sikit. Sebab pada pendapat kami, bila penat dia akan tidur awal. Tapi ternyata pendapat ini selalu silap. Walaupun penat, mata Aiza mampu celik sehingga pukul 12 malam. Dan semestinya perangai suka tidur lambat ini tidak syak lagi genetik dari abah.

Masa berjalan di One Utama, abah terpaksa dengan gembiranya belikan Aiza satu set permainan mewarna guna water colour. Selalunya ummi akan belikan crayon atau pensel colour saje. Tapi semalam demi nak alih perhatian Aiza dari permainan yang jauh lagi besar (dan jauh lagi mahal) jadi abah belikan set mewarna guna water colour. Dalam set tu ada 6 water colour dengan 2 keychain (kena warna kat atas keychain tu).

Aiza khusyuk mewarna
Dan inilah hasilnya aktiviti mewarna selama 30 minit:

Ikan Aiza yang sungguh kalerful.
Not bad untuk budak usia 3 tahun. Boleh tahan kreatif jugak anak ummi yang sorang ni. Dan semestinya kekreatifan Aiza ini tidak syak lagi genetik dari ummi. Sekian harap maklum.

Disclaimer: Pengakuan ini datang dari ummi yang dulu tiap kali subjek lukisan dapat C memanjang. Dan ummi jugaklah orangnya yang waktu dulu2 tiap kali subjek lukisan tak pernah siap, so dapat bawak balik rumah. Bila sampai kat rumah, PAKSA cikwan tolong lukiskan kuikuikui. 

Dari:
Ummi yang kreatif - Penuh dengan ekspresi seni!

Wednesday, November 9, 2011

Bila Anak-Anak Buat Perangai

0 comments
# Aiza Buat Perangai

Mula-mula si kakak yang buat perangai. Hari Rabu lepas, Ummi kejut bangun pagi suruh mandi lepas tu pergi sekolah, dia melalak taknak. Alasannya dia ngantuk! Menangislah dia kat depan toilet taknak bukak pampers, taknak bukak baju, taknak mandi. Puas pujuk tapi tak jalan jugak. Last2 ummi ajak2 ayam - offer dia instead of pergi sekolah, dia boleh duduk kat office ummi. Nasib baik hari tu memang free boleh layan dia. Sekarang memang tak mengajar sebab semua student tengah cuti. Yang ada pun cuma student yang ambik short semester. 

So sakanlah Aiza kat ofis ummi. Segala file dipunggahnya. Semua kertas dia nak cop. Tak larat tengok keadaan ofis yang macam tongkang pecah, ummi heret dia pegi library. Lepas baca buku, terus pegi kafe. Lepas makan kat kafe, jenguk Asyraf kat nursery. Mula2 dia taknak sebab dia ingat ummi nak tinggalkan dia kat nursery. Bila ummi janji bawak dia semula ke ofis, baru dia nak ikut. Hari tersebut adalah hari paling BEST untuk dia, tapi hari yang HURU HARA untuk ummi.

Aiza kat depan library. Ada hati nak usung Mickey Mouse dia tu ke hulu ke hilir.
# Asyraf Buat Perangai

Hari esoknya si Ayraf pulak buat perangai. Masa ummi datang tengok dia kat nursery waktu tengahari, semua teacher dia ngadu yang Asyraf menangis taknak tidur sejak pagi. Minum susu pun sikit je. So bila ummi datang tu, ummi ambik dia dalam keadaan dia melalak berjurai2 air mata. Ummi susukan dia then dia tidur. So ummi pun balik bilik. Ditakdirkan hari tu banyak le pulak kerja nak kena setelkan. Kena update lab manual untuk student semester depan. Then pukul 3pm PENGETUA a.k.a Teacher Fauziah call suruh datang tengok Asyraf sebab Asyraf nangis tak berhenti. Kalut ummi waktu tu. Kerja tak setel lagi! Tambah kalut sebab waktu tu sembayang zuhur pun tak lagi huhuhu. Tak pernah seumur hidup teacher call sebab anak menangis, kalau demam tu biasalah. So terus ummi setelkan semua, dan terus decide untuk ambik annual leave hari esoknya.

Bila bawak balik dia OK je. Boleh gelak2 macam biasa. Tapi masa mandikan dia, ummi perasan ada bintik merah besar kat bahu dia.
Macam kena gigit binatang. Nak kata nyamuk macam terlalu besar. Ni ke yang buat Asyraf nangis sepanjang hari??
Hari esoknya ummi ambik cuti lepak2 golek2 depan TV dengan anak2. Seronoknya tak boleh kata! Nasib baiklah cuti tahun masih banyak - ada lagi 51 hari. Memang cuti tahun semuanya reserve untuk anak2. So bila anak2 buat perangai itu ini, adalah alasan untuk ummi apply cuti.

Seronoknya saya tak perlu pegi sekolah!


Picture Of The Day #2

0 comments
Anak2 ummi leka tengok kartun Mickey Mouse.
Tak kelip mata anak2 ummi terutamanya si Asyraf tengok mickey mouse menari. Nasib baik kartun ni ada banyak unsur2 pembelajaran. Setiap episod akan ajar pasal shapes, colours, numbers, alphabets etc. So memang bagus untuk budak2. Ummi suka kartun2 yang macam ni - berhibur sambil belajar. Selain mickey mouse, feveret Aiza yang lain adalah Barney (ada ke budak tak suka Barney?), Pocoyo (Aiza belajar banyak vocab baru dari kartun ni), Jojo Circus (ada banyak moral value), Tiger and Pooh etc. Last weekend asyik ulang tayang cerita Little Einstein pulak. Semua cerita2 ni ummi tak beli. Sebaliknya ehsan abah torrent dari internet kihkihkih.


Tuesday, November 8, 2011

Sweet Surprise!

0 comments
Hari ni sampai je kat ofis, terus senyum lebar sebab dapat dua bungkusan. PA kat ofis kata bungkusan2 tu sampai Jumaat lepas tapi sebab Jumaat lepas ummi annual leave, so baru hari ni sampai ke tangan ummi.
Satu dari Ajinomoto, satu lagi dari SCA Hygiene
Mula2 bukak bungkusan dari Ajinomoto dulu. Terpikir entah apa yang diorang hantar. Sebab apa? Ada masuk contest or survey ke? Memang ummi tak ingat apa2. Isinya adalah ini:
Apron warna merah yang sangat cantik. Mushroom sup, 3 bungkus rempah nasi goreng Seri Aji dan 1 paket BESAR perencah TUMIX. Jimat belanja hehe. Thank you so much Ajinomoto kerana membuatkan saya tambah semangat nak memasak.
Then terus bukak parcel dari SCA Hygiene pulak. SCA Hygiene ni company Drypers. Bila bukak, ni hasilnya:
Shower foam dan wet tissue dari Drypers. Ummi dapat sebab jadi 1000 orang terawal join Drypers Happy Family Club.
Syukur alhamdulillah. Seronok jugak bila hobi join contest ni mula menunjukkan hasil. Last week ummi dapat 2 sms suruh redeem hadiah. Yang pertama barangan Eucerin. Yang kedua barangan Biore. Dua2 menang dari majalah Cosmopolitan. Ni first time menang hadiah dari majalah Cosmopolitan. Thanks to abah sebab dia yang belikan majalah tu untuk ummi. Mungkin abah sebenarnya yang teruja nak join contest2 dalam majalah tu tapi sebab segan, dia pass le kat ummi kihkihkih.

Takpe abah, akan ummi sedekahkan barangan kecantikan itu kepadamu. Semoga sedekah ummi itu nanti akan mengHENSEMkan lagi muka abah. Amin Ya Rabbal Alamin!

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

0 comments
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua muslimin muslimat sekalian seluruh alam.

Tahun ni as usual ummi beraya di KL saja di rumah MIL. Tak ingat bila kali terakhir balik Johor time raya haji. Most probably 3 tahun lepas. Time tu Aiza baru lahir dan ummi baru abis pantang. So kami dapat merasa beraya di kampung sementara abah beraya di KL huhuhu. Tapi takpe sebab hujung bulan ni dah nak balik Johor cuti lama sempena Ceklon nak kawin.

Tahun ni pertama kali beraya korban di rumah sendiri. Siap dapat sebungkus daging dari jiran sebelah :) Menu hidangan pun sangat simple. Hanya rebus ketupat segera dan masak rendang ayam. Thanks to abah sebab sudi masak rendang yang super duper delicious. Ummi hargai pengorbanan abah memasak untuk ummi. Thank u so much. Muahhss!

Monday, October 31, 2011

Aiza Sambut Birthday Kat Sekolah

1 comments
Nursery IIUM akan buat birthday celebration pada setiap hujung bulan. So pada hari Jumaat yang lepas, ada birthday celebration untuk semua budak yang lahir pada bulan 10. Antaranya ialah Aiza. 

Selain Aiza ialah Habib, Adam, Nor, Busyra & pasangan kembar (tak ingat nama)
So ummi pun gigih le buatkan goodie pack dan beli kek untuk Aiza. Goodie pack dah lama sediakan sejak sebelum raya hari tu. Beli kat kilang cocoaland sebelah rumah ni je <- kes emak terlebih excited berbanding anak!

Menu utama sekolah yang sediakan (menu breakfast). Parents cuma tambah makanan sampingan je. Setelah pikir2, ummi bawakkan jagung rebus je ke sekolah. Nak goreng mi or buat kuih macam malas. Tak sure parents lain bawak makanan apa. Tapi yang penting memang penuh satu meja masa ummi hantar makanan ke sekolah hari tu.

Aiza dengan kek tema belon dan jagung rebus penuh satu bekas besar.

Goodies untuk lebih kurang 50 orang budak2.
Sempat jugak bawakkan kamera mintak tolong teacher suruh ambikkan gambar. Nilah antara hasilnya:

Aiza dan Yumi
Birthday boys and girls. Habib dan Nor tak datang.
Tengah potong kek. Share dengan kawan-kawan.
So sempena birthday Aiza kali ni, puaslah dia potong kek (makannya tidak!). Mula2 potong kek dengan abah & ummi, then potong kek dengan sepupu sepapat belah abah, lepas tu potong kek dengan teacher & kawan2 kat sekolah, last sekali potong kek dengan sepupu sepapat belah ummi pulak. Cukup2lah tu nak mengkayakan King's Confectionery untuk tahun ni! Tahun depan beli lagi.


Friday, October 28, 2011

Genting Highland - Here I Come

3 comments
Beberapa bulan lepas ummi ada join satu contest anjuran Genting Theme Park. Contestnya simple je, tak perlu purchase apa2. Cuma perlu bagi nama untuk satu permainan terbaru yang sedang dibina oleh pihak Genting Theme Park. Kena nyatakan jugak sebab kenapa kita bagi nama tu. Cara join pun mudah, cuma email maklumat peribadi beserta dengan cadangan nama yang dirasakan sesuai. Alkisahnya ummi pun joinlah. Dan ummi paksa abah join sekali. Hadiahnya macam2; IPad, kamera dan 50 pemenang saguhati dapat 2 keping tiket ke Genting Theme Park. Hari ni bila ummi check kat website Genting, ini resultnya  teng..teng..teng.....

Dapat consolation prize. So dapat 2 keping tiket ke Genting. Sukanya!!!!
Abah tak menang apa2 sebab nama yang abah cadangkan LANGSUNG TAK BEST kihkihkihkih. So tiket ni untuk ummi dan Aiza. Abah kena beli tiket sendiri. Even worse, abah kena duduk je jaga Asyraf sementara ummi dan Aiza naik roller coster wowowiiiiiii............

Dan tengahari ni dapat satu lagi berita gembira. Peraduan Syahirah yang ummi masuk atas nama ummi dan cikta tu dah keluar jugak resultnya. Nama cikta terpilih sebagai pemenang tempat ke-2. Nama ummi tak naik - takde ong. Hadiah yang cikta dapat - set makan Royal Gold 24K bernilai RM1170. Tapi dah kawtim dengan cikta. Cikta ambik set pinggan mangkuk, ummi pulak ambik set cawan/tekonya kihkihkih. Tak boleh bayangkan macam mana pinggan tu siap ada emas 24K. Nak basuh sental kuat2 pun tak berani takut tanggal emasnya kahkahkah. Dirasakan barang sesiapa makan menggunakan set pinggan mangkuk tersebut, akan bertambah seleranya!!! Beware!

Tahniah cikta. Lain kali join contest lagi nak???




Tuesday, October 25, 2011

Ummi dan Contest - Apa Kaitannya?

0 comments
Ummi suka join contest. Paling suka kalau contest tu online (tak payah susah2 beli setem) dan tak perlu vote (kalau vote memang kompem kalah sebab takde peminat) atau purchase apa2 barang (tak perlu keluar duit). Feveret ummi contest yang based on lucky draw ataupun slogan. Rasanya minat join contest ni datang dari abah ummi sendiri. Genetik le ni konon2nya. Haji Anuar seperti seperti yang ummi kenal sangat bertuah orangnya. Pantang ada cabutan bertuah kat Kedai FELDA, mesti nama dia naik. Dah 2,3 kali jugaklah sepanjang yg ummi ingat dia usung hamper bawak balik rumah. Dan dia sangat kompetitif orangnya. Pantang ada peraduan rumah FELDA tercantik ke, rumah terbersih ke -> tak menang tangan dia kemas satu rumah. Teringat dulu2 ada pertandingan memancing, sanggup dia kejut ceklon pagi2 buta ajak pergi pasar beli umpan kihkihkih. Nasib baik berbaloi sebab menang set pinggan ke apa ntah.

Bagi ummi pulak, minat masuk contest ni bermula lebih kurang 3 tahun lepas. Time tu Aiza baru lahir so ummi suka nak subscribe website2 yg bagi free gifts/free sample hehehe. Website huggies, dutch lady, dumex, mamy poko semuanya ummi dah join. Bermula dari situ ummi pun sukalah join contest bila ada masa lapang. Tambah excited bila menang. Tapi takdelah sehebat offismate ummi si kak ayu ni. Ummi setakat menang hadiah kecik2 je cukuplah nak buat modal nak show off kat abah kihkihkih.

So cakap pasal hadiah, pagi ni ummi datang ofis nampak satu parcel atas nama ummi. Bila bukak ini isinya:
Thumb drive 1GB

Hadiah dari contest Facebook Campbell's. Dapat sebab ummi antara 1000 orang terawal yang join contest tu. Bertambah le lagi koleksi thumb drive.

Lepas tu tengahari tadi dapat email dari United International Pictures Malaysia. Hari tu ummi ada join contest kat website dia. Hantar online je. Tak sangka menang. Grand prize pulak tu. Terbeliak bila tengok nama kat atas sekali ngehngehngeh (ada le peluang nak show-off giler2 depan abah).

Hadiahnya Sound Activated Camera berharga RM500 dan 10 keping tiket boleh tengok kat GSC Signature. Ummi dah email person-in-charge nak tanya sama ada tiket tu hanya boleh guna untuk movie Paranormal Activity 3 saje ke atau boleh tgk movie lain jugak. Actually sejak kawin rasanya sekali je pergi tengok wayang dengan abah. Sejak dapat anak memang langsung tak pernah masuk panggung. Tak sanggup ambik risiko bawak Aiza dan Asyraf masuk panggung. So rasanya hadiah tiket ni pun sedekah je lah kat sapa2 yang berminat. Tapi hadiah kameranya ummi nak hehehe (mode happy senyum sepanjang hari sampai sakit tulang rahang!). OK bye.

p/s baru je Google pasal sound activated kamera. Baru ni le tau kamera boleh snap gambar hanya guna sound-sensor. Bolehlah nanti ummi letak kamera ni kat dapur, so nanti kamera ni boleh snap gambar abah bukak peti ais malam2 buta cari makanan!



Monday, October 24, 2011

Petua Hilangkan Tahi Lalat Di Baju

10 comments
Ummi yakin masalah tahi lalat kat baju dialami oleh semua orang especially orang2 yang ada anak kecik. For some reason mengikut pengalaman ummi, tahi lalat mudah ada kat baju yang terkena susu. Sekarang ni baju2 Asyraf banyak yang dah bertahi lalat. Tshirt ummi pun banyak dah bertahi lalat (kes baju kena susu lepas breast feed). Bila baju ummi dah banyak tahi lalat, rasa tak lalu nak pakai. Then ummi kerjakan tshirt abah pulak kihkihkih. Nak buang baju2 tu macam sayang le pulak (walhal sebenarnya dah ada 2,3 helai jugak baju melayang ke tong sampah). Sebab tu bila ada anak kecik umur less than 1 year ummi suka beli baju murah2 je. Pertamanya sebab budak2 cepat membesar. Pakai 2,3 bulan terus tak muat. Sebab kedua kalau dah kotor sangat kena tahi lalat takdelah ralat sangat nak buang!

Tapi masalahnya ada beberapa helai baju yang sayang nak buang sebab hasil pemberian orang. So pagi ni gigih ummi google petua2 cara nak hilangkan tahi lalat kat baju. So far ada satu petua yang macam boleh/logik/tak membebankan untuk dipraktikkan. Kebanyakan petua2 lain macam leceh. Antaranya ada yang suruh sapu dengan getah buah mengkudu (mana nak cari buah mengkudu oiii), rendam guna air limau nipis 3 hari 3 malam le (over bebenor!!) etc. Tapi ni ummi jumpa petua yg ok. Tak tahu lagi keberkesanan sebab belum cuba. Caranya begini:

1. Ambik secawan cuka dan campur dengan 1/2 baldi air.
2. Masukkan baju yang bertahi lalat. Sebolehnya jangan campurkan baju putih dengan baju berwarna.
3. Rendam semalaman.
4. Cuci menggunakan sabun seperti biasa.

Nampak macam mudah kan? Nanti ummi nak cubalah. Setakat guna cuka NO HAL. Harap2nya berhasil le cubaan ummi. Kalau tak berhasil, terbanglah duit abah ummi nak pow beli baju Asyraf!

p/s lepas ni nak cari petua hilangkan semut pulak. Macam2 jenis semut ada kat rumah ummi. Yang kecik2 ada, yang besar2 macam semut api pun banyak. Semut is EVERYWHERE, tensen kalau ingat. Paling tak menahan, semut suka minum air masak (konon2 healthy eating tak minum air manis sekarang kau minum air kosong banyak2 eh semut?). Abis jug air masak penuh dengan semut. Malam2 bangun nak buat susu tiba2 nampak semut kerumun air masak -> rasa nak meroyan time tu jugak! Hishhh...

Sambung lagi sikit nak meroyan pasal semut. Buat perhatian semua semut, ok fine kalau korang nak kerumun air masak. Manalah tau kot2 sekarang dah tukar tabiat pemakanan nak jaga badan taknak kencing manis. Tapi yang kau kerumun thermo pot aku tu kenapa???? WHY semut WHY???? Heran betul bila semut duduk kat thermo pot panas. Mandi wap ke hape???????

Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Happy Birthday To My Daughter Aiza Izzati

0 comments
Aiza Izzati,
3 years ago you were born at Hospital Pusrawi,
Ummi can still remember how your pakciks, makciks and your abah held you in their arms happily.
Aiza the day she was born
What a priceless gift ummi and abah received that day,
Making 3 years seem like yesterday.

Aiza on her 1st birthday
You taught ummi a lot and gave ummi such pleasure,
These 3 years have become ummi's treasure.
Aiza on her 2nd birthday
Ummi wishes all the best to you,
And hope all your dreams come true.
Aiza today, on her 3rd birthday
Today abah and ummi want to make you happy,
So after work we'll take you to Secret Recipe,
At 5 o'clock, please be ready!


Love,
Ummi


Tuesday, October 18, 2011

Makan-Makan Kat Restoran Haji Sharin Low

0 comments
Ummi dan abah suka makan. Dan kami juga suka memasak. Kalau tak masak,ummi dengan abah suka jalan-jalan cari makan. Semua jenis makanan pun kitorang suka nak try tak kisahlah makanan middle east ke, western ke, makanan cina ke, ala2 mamak ke, jepun ke semua kitorang NGAP! Itulah rahsia kunci kejayaan kitorang membesarkan badan kihkihkih.

Rumah ummi kat Kepong memang ramai Chinese. Restoran cina memang melambak2. Bila lalu kat depan restoran mesti terbau dan ternampak masakan diorang. Semuanya nampak sedap. Memang terliur dibuatnya. So bila blogwalking dan ternampak review orang ramai pasal satu restoran chinese-muslim kat area Sri Gombak ni, terus rasa nak terjah. Sebelum ni dah 4,5 kali makan kat restoran chinese-muslim De Templer kat Taman Melati. Kali ni nak cuba Restoran Haji Sharin Low pulak. Menu yang ingin dicuba tak lain tak bukan ialah ITIK PANGGANG.

Restoran Haji Sharin Low ni actually ada banyak cawangan. Selain kat Sri Gombak, yang ummi tau dia ada cawangan kat Bukit Antarabangsa dan kat Sg.Merab, Bangi. Kitorang pergi betul2 lepas maghrib. Sampai sana dalam pukul 8, tak ramai orang.

Sebab dah tengok menu kat internet awal2, so sampai sana kitorang terus order. Dalam kepala dah ada berderet list. Akhirnya inilah yang kitorang order:
Daging black pepper - daging sangat lembut. Tapi tak rasa black pepper sangat. Lebih kepada rasa kicap :)
Tofu sizzling - sangat sedap!
Sayur chap chai untuk Aiza. Tapi ummi yg makan banyak. Ada udang, cendawan, segala jenis sayur, ayam etc.

Ada dua menu yang tak ada dalam gambar; salted egg crab (super delicious) sampai abah kata next time datang nak order ni je dan itik panggang (a bit dry tapi sedap je kat tekak ummi).

Semua sekali campur dengan nasi putih 5 pinggan, air untuk 5 orang (cikwan dan ameme join jugak) berharga RM101. Cantik kan nombornya ngehngehngeh. Agak murah kalau nak dibandingkan dengan restoran chinese-muslim yang lain. Makanan sedap, servis cepat, perut kenyang, duit melayang!

Team membedal makanan


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez